Skip to main content

Salam Pertemuan

Assalamulaikum wrt wbt,

Kepada pembaca yang budiman,

Blog ini kami sediakan dengan tujuan, antaranya adalah:

a) mengongsi maklumat mengenai isu-isu agama terkini bagi mengukuhkan akidah Islamiah
b) menerangkan kepada masyarkat akan bahaya amalan sihir dan cara-cara mengubatinya
c) berkongsi pengalaman dan maklumat sepanjang penglibatan dalam bidang rawatan
d) membantu masyarakat mengatasi masalah yang dihadapi melalui nasihat agama wasiat al-Quran
e) ruang perkongsian ilmu dan pengalaman

Untuk itu, kami juga akan mengisi blog ini dengan cerita-cerita dan pengalaman realiti kehidupan yang dilalui oleh masyarakat Islam di Singapura agar dapat dijadikan iktibar serta pengajaran kepada yang lain dan tidak melakukan kejahatan kedurjanaan terhadap orang lain.

Semaoga artikel-artikel dan nasihat-nasihat agama yang diberikan dalam blog ini dapat membantu merubah sedikit sebanyak pemikiran dan kehidupan serta memberi inspirasi kepada manusia.


Email: darul_ilaj@yahoo.com

Popular posts from this blog

FATWA DAN FUNGSINYA

FATWA DAN FUNGSINYA SEBAGAI KOMUNIKASI HUKUM MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA: SATU PENELITIAN Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Rasulullah s.a.w diutus Allah s.w.t sebagai rahmat sekian alam. Dalam menjalankan tugas sebagai rasul, Rasulullah s.a.w bertanggungjawab menyeru umat manusia dengan memberikan panduan-panduan dan memperjelaskan ketentuan hukum daripa Allah s.w.t. Ketentuan hukum-hukum tersebut disampaikan melalui tiga bentuk: a) Penjelasan hukum melalui al-Quran b) Penjelasan hukum melaui al-Sunnah c) Penjelasan melalui ijtihan Baginda sendiri. Fatwa tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Malah, poses ini telah diikuti oleh jenerasi yang hidup selepas Nabi s.a.w mulai daripada jenerasi sahabah, tabi’in dan pengikut tabi’in sehinggalah hari ini dalam mengeluarkan sesebuah fatwa. Definisi Fatwa Menurut ibn Mandzur: “perkataan fatwa berasal dari perkataan Arab al-fata, alfutya, alfutwa yang bererti penjelasan tentang...

Insurans Dan Keperluannya

Insurans Menurut Pandangan Islam Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 1. Pendahuluan 1.1 Insurans dengan kepelbagaian jenisnya merupakan di antara muamalah baru di dalam bidang ekonomi yang memerlukan perbahasan terkini dari sudut Syari’ah. 1.2 Menurut para ulama’, insurans terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama: at-Tabaduli. Kedua, al-ijtima’ie. Ketiga, al-Tijari. 1.3 Jenis pertama dan kedua, para ulama’ sepakat ianya bertepatan dengan asas Syari’ah Islamiah. Manakala jenis yang ketiga - termasuk di dalamnya insurans nyawa – banyak perselisihan pendapat mengenainya. Khilaf ulama’ wujud pada hokum jenis yang ketiga. 1.4 Insurans dengan jenis-jenisnya yang berbeza menjadi satu keperluan social yang mendesak masakini kerana tuntutan keperluan hidup. Masyarakat tidak boleh lari daripadanya. 1.5 Kertas ini bertujuan menglaji semula isyu insurans, secara khusus insurans at-Tijari yang merangkumi isu insurans nyawa, dilihat dari konteks dan kacamata ke...

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Masaalah sihir adalah masalah besar yang wajib dibuat kajian oleh para ‘ulama’. Adalah menjadi tanggungjawab mereka membasmi kegiatan sihir yang berleluasa dikalangan masyarakat kita hari ini. Tukang sihir bekerja siang malam membantu menunaikan niat jahat sesaorang terhadap sesama manusia, semata-mata memperoleh kepentingan peribadi. Akibatnya, ramai manusia merana hasil perbuatan tukang sihir tadi. Oleh yang demikian, hukum menerangkan tentang bahaya sihir terhadap masyarakat adalah wajib keatas para ‘ulama’. Bahkan yang lebih penting lagi memberi bantuan berupa perubatan yang diizinkan oleh Islam keatas mereka yang menderita akibat mangsa sihir supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan tukang sihir apatahlagi mengharapkan bantuan mereka ketika dalam kesusahan. Nota ini telah saya bahagikan kepada empat bahagian berikut: · Bahagian Pertama: Pengenalan Tentang Sihir ...