Skip to main content

Insurans Dan Keperluannya

Insurans Menurut Pandangan Islam

Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar

15.04.2010





1. Pendahuluan



1.1 Insurans dengan kepelbagaian jenisnya merupakan di antara muamalah baru di dalam bidang ekonomi yang memerlukan perbahasan terkini dari sudut Syari’ah.



1.2 Menurut para ulama’, insurans terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama: at-Tabaduli. Kedua, al-ijtima’ie. Ketiga, al-Tijari.



1.3 Jenis pertama dan kedua, para ulama’ sepakat ianya bertepatan dengan asas Syari’ah Islamiah. Manakala jenis yang ketiga - termasuk di dalamnya insurans nyawa – banyak perselisihan pendapat mengenainya. Khilaf ulama’ wujud pada hokum jenis yang ketiga.



1.4 Insurans dengan jenis-jenisnya yang berbeza menjadi satu keperluan social yang mendesak masakini kerana tuntutan keperluan hidup. Masyarakat tidak boleh lari daripadanya.



1.5 Kertas ini bertujuan menglaji semula isyu insurans, secara khusus insurans at-Tijari yang merangkumi isu insurans nyawa, dilihat dari konteks dan kacamata kehidupan kontemporari, adakah perlu dirujuk kembali fatwa Muis pada tahun 1976 – 1991.





2. Matlamat Kajian:



2.1 meninjau semula fatwa-fatwa yang dikeluarkan dan jika perlu, dinilai semula mengikut konteks kehidupan masa kini kerana keperluan-keperluan masyarakat yang sentiasa berubah-ubah.



2.2 Kajian ini juga diharapkan dapat mencetuskan perbincangan-perbincangan yang positif mengenai isu-isu semasa. Kerana, salah satu tujuan fatwa ialah meraikan kontek semasa dan mencari penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam disetiap zaman..





3. Sejarah Insurans dan Jenis-Jenisnya



3.1 Insurans Insuran adalah satu sistem Eropah yang muncul buat pertama kalinya di Jerman pada 12 Mei 1910. Ianya satu system perlindungan daripada kerugian dan ganti rugi.[1]



3.2 Insurans ialah, “Jaminan di mana orang yang meninsurankan (insure) patuh dengan membayar sumbangan yang tertentu kepada penjamin (insurer) – syarikat - yang terdiri daripada peserta-peserta lain bukan (insurer). Adapun tujuan penubuhannya ialah semata-mata ingin mendapatkan keuntungan yang bakal diperolehi oleh (insurur) sahaja.



3.3 Tiga jenis insurans yang disebutkan oleh ‘ulama’ ialah, Insurans at-Tabadli, al-Ijtimaie, at-Tijari.



i) Insurans al-Tabaduli: “Diusahakan oleh segolongan masyarakat atau pertubuhan untuk menggantikan kemudharatan yang menimpa sebahagian mereka”.



ii) Insurans al-Ijtima’is: “Insurans yang yang diusahakan oleh pemerintah atas dasar cooperatif (at-takaful al-Ijtima’ie) bagi melindungi para pekerja yang bergantung seratus peratus dengan pekerjaannya daripada bahaya-bahaya yang terdedah keatas mereka”.



iii) Insurans at-Tijari: “Diusahakan oleh syarikat-syarikat dengan tujuan memperoleh saham”. Insurans ini terbahagi kepada dua bahagian. Perlindungan daripada bahaya dan perlindungan diri dan nyawa.



3.4 Ulama’ berselisih pendapat tantang insurans perniagaan berserta dengan jenis-jenisnya. Di antara mereka menghukumkan haram dan ada pula menghukumkan halal. Majma’ Fiqh Islami memutuskan dalam seminar pertama yang berlangsung pada 10 Sya’ban 1398H di Mekah mengharamkan Insurans perniagaan dengan berbagai bentuknya, samada untuk perlindungan nyawa, barangan dan lain-lain. Begitu juga Majlis Hai’ah Kibar Ulama’ di Saudi Arabia mengharamkan pada 4.4.1397H, insurans jenis ini dan segala benuknya.



3.5 Fatwa fatwa Muis yang telah dikeluarkan sejak tahun 1976-1991 mengenai insurans juga mengharamkannya. Antaranya, adalah seperti berikut:



i) 22 Feb 76: Insuran Nyawa: “Membeli, menjual dan pengendali insuran nyawa hukumnya adalah haram dengan tiga alasan. Pertama, tidak sah mengikut kaedah jual beli dalam Islam. Kedua, ianya disifatkan sebagai muamalah yang bergantung pada nasib (gharar) iaitu, keuntungan yang menggalakkan tetapi tidak nyata. Ketiga, waris hanya berhak mendapat balik jumlah wang yang dibayar oleh si mati semasa hidupnya untuk insuran itu. [2]



ii) 27 Dec 79: Wang Pampasan Insuran: “Insuran nyawa terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, wang yang dibayar oleh pemegang polisi (si mati). Kedua, Wang tambahan dari Syarikat Insurans. Yang pertama, dikira harta pusaka dan dibahagikan kepada wari mengikut hukum faraid. Manakala yang kedua, dikira wang syubhah (diragukan halal atau haramnya) dan perlu diserahkan kepada Baitul Maal untuk kegunaan umum”. [3]



iii) 1991: Skim Insurans Berkumpulan: “Masalal baru, sebahagian ulama’ mengharukannya dan sebahagian lagi mengharamkannya. Oleh itu, terserah kepada individu untuk memilih pendapat yang mana satu bagi dirinya” [4] berdasarkan fatwa-fatwa ini..



3.6 Melihat kepada fatwa yang dikeluarkan samada oleh Muis, dan badan-badan Islam antarabangsa yang lain mengharamkan insuran perniagaan termasuk dibawahnya insuran nyawa, insuran barangan dan lain-lain, menghasilkan natijah kepayahan dalam masyarakat menangani isu-isu kewangan yang bakal berlaku ke atas mereka jika berlaku sesuatu musibah ke atas mereka.



3.7 Pertimbangan yang perlu difikirkan:



i) keperluan masyarakat kepada perlindungan kewangan

ii) sejauh ini yang diketahui, hanya insuarns sahaja cara yang terbaik

iii) perbelanjaan kesihatan, pembelajaran dan keselamatan semakin meningkat. Masyarakat amat memerlukan perlindungan seperti ini, bagi menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.





4. Hujjah Golongan Yang Mengharamkan



4.1. Golongan ini juga berhujjah dengan Al-Qran, Al-Hadis dan Al-Qiyas, Mereka terdiri daripada, Al-‘Allamah, Al-Hanafi ibn Abidin r.h, Sheikh, Jadal Haq Ali Jadal Haq, Mantan Sheikh Al-Azhar, Dr Yusuf Qaradhawi, Dr. Hussein Hamid Hassan, Dr. Abdul Fattah Idris, Majma’ Al-Fiqh A-Islami di Mekah dan Al-Majlis Al-Aroubbi Lil Buhuth Wal Ifta’. [5]



4.2 Hujjah mereka ialah:



a) unsur (غرر). Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah bermaksud:



“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang jual beli yang ada gharar (penipuan)”.



b) unsur القمار )perjudian. Allah s.w.t. memerintahkan kita menjauhkan diri daripada judi dalam firmanNya bermaksud:



“Sesungguhnya minum arak, perjudian, telek, azlam adalah najis daripada perbuatan syaita, maka jauhilah semoga kamu berjaya” [6]



c) unsur رباالفصل ورباالنسيئة. Diriwayatkan olehh Abi Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah s.a.w melarang riba’ al-fadhl dan riba’ al-nasi’ah.



d) unsur الرهان )cagaran( yang diharamkan, kerana mengandungi kesamaran, penipuan dan perjudian.



e) mengambil harta orang lain tanpa modal المقابل. Umum firman Allah s.w.t bermaksud:



“Janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan cara yang batil (salah), melainkan dengan cara perniagaan yang diredhai dikalangan kamu” [7]



f) mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Syara’ الإلزام بمالايلزم شرعا Maka dengan sebab itu, hukumnya haram.





5. Hujjah Golongan Yang Mengharuskan



5.1. Mereka ini terdiri daripada, Dr Ali Jumu’ah, Mufti Negara Mesir, Dr. Mutaffa Zarqa’, kalangan ulama’ Syria, Sheikh Ali Al-Khafif, Dr. Nasr Farid Washil, mantan Mufti Mesir. Dar Al-Ifta’ Al-Mishriyyah. [8] Antara hujjah mereka ialah:



a) Dalil al-Quran dalam surah Al-Maidah, bermaksud:



”Wahai orang-orang yang beriman tunaikanlah janji-janji kamu”.



Kalimah العقود (perjanjian) dalam ayat ini umum untuk segala bentuk akad. Antaranya, perjanjian insuran dan lain-lain[9].



b) Jika perjanjian insuran ini diharamkan, maka Rasulullah s.a.w. tentu telah menerangkannya sewaktu Baginda di Mina dahulu. Di antara perkara yang disebutkan oleh Baginda s.a.w dalam khutbahnya, bermaksud:



“Tidak halal bagi sesaorang keatas harta saudaranya melainkan dengan cara yang disenangi olehnya”. [10]



c) Rasulullah s.a.w telah mengariskan cara yang betul untuk mendapatkan harta orang lain. Antaranya, mestilah atas dasar redha. Dan insuran merupakan pengambilan harta dengan cara khusus dan diredhai oleh kedua-dua pihak, maka ianya adalah halal. [11]



d) Insuran perniagaan merupakan aspek baru yang belum pernah disebut oleh nas-nas tertentu dan tiada pula nas yang menegahnya. Maka, ianya berbalik kepada kaedah, الأصل في الأشياء الإباحة (Asal sesuatu perkara itu ialah harus).[12]



e) المصلحة(al-Mashlahah), tidak sekali-kali terdapat di dalam transaksinya sebarang kemudharatan. Jika telah sabit kemaslahatannya, maka bertepatanlah dengan hukum Allah.[13]



f) ‘عرف العام” (adat umum). Telah berlaku banyak transaksi yang bersandarkan ‘uruf. ‘Uruf merupakan sumber daripada sumber tasyrie’. Seperti, peraturan العاقلة (Al-‘aqilah).[14]



g) الصرورة (keperluan mendesak) dalam kehidupan masyarakat sehingga tidak ada jalan keluar.[15]



h) Qiyas dengan الوعد (janji). Madzab Maliki berpendapat, menunaikan janji itu menjadi wajib sekalipun, hukumnya harus pada asalnya. Barangsiapa berjanji dengan sesaorang dengan perjanjian pinjaman, menanggung barang titipan الإيداع (titipan), pinjaman dan lain-lain, maka menunaikan amanah menjadi wajib.[16]



i) Qiyas dengan المصاربة dimana ianya merupakan salah satu transaksi yang diharuskan oleh syari’at Islam. Satu pihak membayar premium, manakala satu pihak yang lain pula memperniagakan dan keuntungan dibahagi kepada pencarum, kadar premium beserta dengan keuntungan pelaburan. Bagi syarikat pula, keuntungannya diperoleh daripada jumlah premium yang dibayar oleh pencarum.[17]



j) Insuran nyawa termasuk jenis insuran perniagaan yang tidak mengandungi unsur-unsur penipuan yang diharamkan. Kerana ianya perjanjian التبرع (sumbangan), bukan bentuk perjanjian المعوصة ganti rugi yang boleh rosak dengan adanya unsur penipuan. [18]



k) Menurut keputusan yang dibuat oleh Darul Ifta’ Mesir, kebanyakan perjanjian insuran perniagaan yang dikeluarkan oleh syarikat insuran tidak melanggar ٍSyari’at Islam, ini dibuat pada 25.3.1997. [19]



5.2 Jawapan kepada meraka yang mengharuskan Insurans perniagaan seperi dinyatakan oleh Dr. Abdul Fattah Idris dalam tulisannya diringkaskan seperti berikut: [20]



a) Menggunakan dalil مصلحة tidak tepat, kerana maslahah dalam Syari’ah Islamiah terbahagi kepada tiga bahagian.



· Pertama: Syari’ah menganggap sebagai hujjah

· Kedua: Syari’ah mendiamkannya (المصلحة المرسلة)

· Ketiga: Syari’ah membatalkannya.



Oleh kerana insuran perniagaan mengandungi unsur-unsur kekaburan, penipuan, perjudian dan riba’, maka inilah jenis muamalah yang dibatalkan oleh syari’ah kerana kerosakkannya المفسدة lebih besar daripada kebaikan المصلحة



b) Menggunakan dalil asal segala sesuatu harus (الإباحة الأصلية) tidak tepat, kerana adanya dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah yang bertentangan. Syarat menggunakan dalil ini mestilah tidak ada tentangan. Jika ada, maka batallah berhujjah dengannya.



c) Menggunakan kaedah “الصرورة تبيح المحذورات” (darurat menghalalkan yang terlarang) juga tidak tepat, kerana terlalu banyak cara untuk memperolehi pendapatan yang halal daripada yang diharamkan Allah, selain daripada cara seperti ini.



d) Menggunakan dalil العرف(adat) juga tidak tepat, sebab ‘urf bukanlah sumber hukum yang boleh dijadikan dalil. Tidak ada kesan ‘uruf jika masalah dan maksudnya jelas. Banyak dalil-dalil yang mengharamkan insuran, maka penggunaan ‘uruf di sini tidak boleh dipakai.



e) Menggunkan qiyas insuran dengan ولاء الموالاةtidak tepat, kerana perjanjian insuran tujuannya memperolehi keuntungan kebendaan, berbanding dengan perjanjian mualah, tujuannnnya ialah persaudaraan, bantu membantu dalam keadaan susah dan senang.



f) Qiyas insuran dengan peraturan العاقلةtidak tepat. Kerana tanggungan membayar al-‘aqilah, berdasarkan sifat ingin membantu, mengeratkan hubungan tanpa mengharap sebarang pulangan. Manakala, insuran pula berasaskan pertukaran wang, ianya tidak cukup dengan dasar ihsan, buat baik dan menjaga hubungan. [21]





6. Himah Sebalik Muamalah Insurans Nyawa:



6.1 Setelah kita lihat dalil golongan yang mengharam Insuran dan jawapan-jawapan terhadap hujjah golongan yang mengharuskan. Maka, kita perlu melihat konteks dan keperluan masakini yang amat mendesak.



6.2 Insurans bukan bererti menjamin kehidupan sesaorang. Akan tetapi, ia merupakan wasilah muamalah yang memberi khidmat kepada sebahagian golongan kurang upaya dalam masyarakat. Adapun hikmah disebalik polisi insurans amat banyak sekali, seperti yang di nyatakan oleh Dr Ma’sum Billah dalam makalahnya, seperti berikut: [22]



i) ia merupakan satu cara menyediakan perlindungan kewangan untuk anak-anak. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w.



ii) merupakan jaminan kebendaan jangkamasa panjang untuk janda dan waris-waris si mati yang lain. Rasulullah s.a.w. menggalakkan jaminan tersebut.



iii) menjamin perlindungan kebendaan akan datang untuk anak-anak yatim dan ini juga bertepatan dengan perintah Rasulullah s.a.w.



iv) menyediakan bagi sebahagian manusia (janda, anak yatim dll) dengan perlindungan daripada sesuatu kesempitan kewangan yang tidak dijangka akan berlaku. Natijahnya kepayahan dan kesempitan hidup bagi golongan seperti ini.



v) Mengambil langkah kehadapan mengurangkan bilangan kemiskinan dan menyumbang ke arah keselesaan hidup yang munasabah. Ini juga bertepatan dengan ajaran Al-Quran.



vi) Saling Bantu membantu dalam suasana persaudaraan dikalangan masyarakat.



vii) Mengambil inisiatif ke arah masyarakat berdikari, tanpa menghadapi kepayahan.

7. Pertimbnagan di antara Maslahah dan Madharrah



7.1 Setelah melihat pandangan ulama dalam masalah insuran perniagaan ini, serta melihat kepada keperluan hidup masyarakat Islam di Singapura secara khusus, kita perlu menimbangkan di atara maslahah dan keburukkan yang bakal dialami oleh masyarakat.



7.2 Dalam kaedah fiqh, jika bertembung dua kemudharatan, maka mudharat yang lebih ringan akan menjadi pilahan. Seandainya, insurans nyawa mengandungi kemudharatan seperti, unsur judi, penipuan dan tidak jelas, akan tetapi mudharat yang lebih besar menanti jika sesaorang itu tidak menyertainya, seperti tanggungan kesihatan yang tinggi, perbelanjaan keluarga yang mahal, sehingga seorang isteri tidak akan mampu menampung anak-anak dan keluarga jika berlaku sesuatu kemalangan, meninggal dunia, cacat seluruh anggota dan lain-lain ke atas ketua keluarga. Maka keluarga tersebuat akan pincang jika tiada perlindungan kewangan.





8. Cadangan:



8.1 Panduan panduan agama mengenai insuran yang ada sekarang mungkin perlu disemak semula. Untuk itu;
· Sebuah seminar mengenai insuran dengan berbagai bentuknya perlu diadakan bagi membuka jalan berbincangan lebih luas agar J/kuasa fatwa dapat gambaran lebih menyeluruh.

.8.2 Hasil seminar yang diadakan itu boleh dijadikan bahan untuk mengkaji sejauhmana keperluan insuran dalam kehidupan Islam Singapura. Jawatankuasa Fatwa perlu memberi panduan jelas kepada masyarakat Islam untuk mereka meraih faedah daripada system insuran yang ada hari ini.

Popular posts from this blog

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Masaalah sihir adalah masalah besar yang wajib dibuat kajian oleh para ‘ulama’. Adalah menjadi tanggungjawab mereka membasmi kegiatan sihir yang berleluasa dikalangan masyarakat kita hari ini. Tukang sihir bekerja siang malam membantu menunaikan niat jahat sesaorang terhadap sesama manusia, semata-mata memperoleh kepentingan peribadi. Akibatnya, ramai manusia merana hasil perbuatan tukang sihir tadi. Oleh yang demikian, hukum menerangkan tentang bahaya sihir terhadap masyarakat adalah wajib keatas para ‘ulama’. Bahkan yang lebih penting lagi memberi bantuan berupa perubatan yang diizinkan oleh Islam keatas mereka yang menderita akibat mangsa sihir supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan tukang sihir apatahlagi mengharapkan bantuan mereka ketika dalam kesusahan. Nota ini telah saya bahagikan kepada empat bahagian berikut: · Bahagian Pertama: Pengenalan Tentang Sihir

FATWA DAN FUNGSINYA

FATWA DAN FUNGSINYA SEBAGAI KOMUNIKASI HUKUM MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA: SATU PENELITIAN Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Rasulullah s.a.w diutus Allah s.w.t sebagai rahmat sekian alam. Dalam menjalankan tugas sebagai rasul, Rasulullah s.a.w bertanggungjawab menyeru umat manusia dengan memberikan panduan-panduan dan memperjelaskan ketentuan hukum daripa Allah s.w.t. Ketentuan hukum-hukum tersebut disampaikan melalui tiga bentuk: a) Penjelasan hukum melalui al-Quran b) Penjelasan hukum melaui al-Sunnah c) Penjelasan melalui ijtihan Baginda sendiri. Fatwa tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Malah, poses ini telah diikuti oleh jenerasi yang hidup selepas Nabi s.a.w mulai daripada jenerasi sahabah, tabi’in dan pengikut tabi’in sehinggalah hari ini dalam mengeluarkan sesebuah fatwa. Definisi Fatwa Menurut ibn Mandzur: “perkataan fatwa berasal dari perkataan Arab al-fata, alfutya, alfutwa yang bererti penjelasan tentang
HARTA PEWARISAN (PUSAKA)             Harta pusaka ialah peninggalan sesaorang yang telah meninggal dunia, baik berupa harta benda atau hak-hak ataupun aset yang mempunyai nilai kebendaan yang dibenarkan syariat untuk dipusakakan oleh ahli waris. Sabda Nabi s.a.w. :             Terjemahnnya: "Baragsiapa yang meninggalkan sesuatu hak atau harta, maka hak atau harta itu adalah untuk ahli warsnya setelah kematiannya".             Perkara-perkara yang termasuk sebagai harta pusaka si mati adalah: a.        Harta benda yang bersifat tetap seperti bangunan, tanah, ladang dan seumpamanya b.       Harat benda yang bersifat tidak tetap atau boleh bergerak seperti, wang tunai, peralatan, kenderaan, barang-barang kemas, pakaian dan seumpamanya. c.        Hutang-hutang orang kepada si mati. d.       Harta benda yang telah digadai oleh si mati dan boleh ditebus. e.        Harta benda yang telah dibeli oleh si mati semasa hayatnya berupa sesuatu pembelian yang suda