Skip to main content

PANDUAN ZAKAT

PANDUAN ZAKAT




Pendahuluan:



Islam sebagai agama untuk manusia sejagat telah menetapkan satu system keadilan dan perseimbangan dalam pembahagian harta dan kekayaan tanpa menindas antara satu sama lain dan membiarkan golongan miskin dan orang yang memerlukan pertolongan hidup dalam kesusahan. Dengan ini Islam telah menentukan satu system dinamakan Zakat.



Pengertian Zakat;



Dari segi bahasa zakat bererti “bersih”, “suci”, “subur”, “berkat” dan “berkemabang”.



Pengertian “bersih” dan “suci” dan “suci” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.



Firman Allah:

(#qßJŠÏ%r&ur no4qn=¢Á9$# (#qè?#uäur no4qx.¨“9$# (#qãèx.ö‘$#ur yìtB tûüÏèÏ.¨§9$# ÇÍÌÈ

Maksudnya: “Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan ruku’lah kamu bersama-sama dengan orang yang ruku’”



Zakat dari segi syara’ ialah mengeluarkan sebahgian harta tertentu diberikan kepada ashnaf-ashnaf yang berhak menerimanya setela memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.





Hikmah Disyariatkan Zakat:



Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Antara hikmah dan tujuannya Allah s.w.t mensyariat zakat ialah:



1. Pembersihan diri Muzakki

2. Mewujudkan perasaan tenag dan tenteram dalam jiwa Muzakki

3. Pembersihan dan pengembangan harta Muzakki

4. Mendidik manusia melahirkan sifat syukur

5. Mengurangkan perasaan irihati golongan bernasib baik

6. Mengukuhkan hubungan hamba dengan Allah disamping hubungan manusia dengan manusia.

7. Mengajar manusia cara pengurusan ekonomi yang diridhai Allah.





Jenis-Jenis Zakat:



1. Zakat Fitrah

2. Zakat Harta



Jenis-Jenis Harta Yang dikenakan Zakat:



1. Zakat Emas

2. Perak

3. Zakat Perniagaan

4. Zakat Binatang ternakan

5. Zakat Pertanian

6. Zakat Wang

7. Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz

8. Zakat Saham

9. Zakat Pendapatan



Zakat Emas:



a) Jongkong Emas

b) Bijih Emas

c) Wang Emas

d) Perkakas atau perhiasan rumah daripada emas

e) Barang-barang perhiasan

f) Barang-barang kemas wanita yang tidak digunakan atau lebih dari uruf (semasa)

Perak;

a) Jongkong Emas

b) Bijih Perak

c) Wang Perak

d) Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak

e) Barang kemas perak



Zakat Perniagaan:



a) Barangan pengguna dan industri

b) Perdagangan

c) Hartanah dan pembinaan

d) Kewangan dan perbankan

e) Peladangan dan perlombongan



Zakat Binatang

a) Kerbau

b) Lembu

c) Kambing

d) Biri-biri

e) Kibas

f) Unta



Zakat Pertanian (Hasil-hasil tanaman asasi seperti):

a) Padi

b) Jagung

c) Padi



Zakat Wang:



a) Wang kertas dan wang siling yang dikeluarkan oleh Bank

b) Wang luar negara yang sah dan laku di pasaran pertukaran wang

c) Caruman CPF

d) Semua bentuk caruman dalam dan luar negara



Zakat Ma’adin, kunuz dan Rikaz



a) Ma’adin: ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair dari darat atau laut



b) Kunuz: ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun)



c) Rikaz: ialah harta benda tersimpan di dalam bumi dan terdapa tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (semua jenis simpanan jahiliah)



Zakat Saham:



a) Saham Perniagaan, pemodalan dan perusahaan

b) Bon / Debentor

c) Saham-saham amanah

d) Waran / Opsyen

e) Sijil-sijil perimium

f) Lain-lain



Zakat Pendapatan



a) Penggajian – iaitu pendapatan atau perolehan yang diperolehi oleh sesaorang melalui pekerjaannya dengan orang lain atau majikan

b) Pendapatan bebas atau professional, iaitu perolehan yang diperolehi melalui bekerja sendiri.

c) Sebarang usaha mengambil upah seperti pengangkutan udara, laut darat dan sebagainya.





Zakat Fitrah:



Zakat fitrah merupakan suatu amalan yang menyucikan diri manusia dari sudut ibadat.



Pengertian Zakat fitrah:



Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan keatas setiap individu muslim lelaki dan wanita yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan:

Syarat Wajib Mengeluarkan Fitrah:



Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri keluarga atau tanggungannya ialah:



a) Individu yang mempunyai kebihan makanan atau hartanya dari keperluan tangunggannya pada malam dan pagi hari raya

b) Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari

c) Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan ramadhan dan berkekalan Islamnya

d) Seorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir ramadhan.



Kadar Fitrah:



Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. (ijtihad)



Waktu Mengeluarkan Fitrah:



Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:



1. Waktu wajib: apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu yang paling afdhal: Sebelum sembahyang Hari raya

3. Waktu yang paling afdhal: Sebelum sembahyang hari raya

4. Waktu sunat: sepanjang bulan Ramadhan

5. Waktu makruh: Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

6. Waktu haram: Selapas terbenam matahari satu Syawal











Zakat Emas dan Perak:



Emas dan Perak merupakan logam yang berharga. Manusia menjadikannya nilai tukaran wang. Sementara syariat pulamenjadikan Emas dan Perak sebagai kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat telah mewajibkan zakat keatas pemilik kedua jenis barangan tersebut apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.



Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak: Firman Allah S.W.T:



šúïÏ%©!$#ur šcrã”É\õ3tƒ
=yd©%!$# spžÒÏÿø9$#ur Ÿwur $pktXqà)ÏÿZム’Îû È@‹Î6y™ «!$# NèdöŽÅe³t7sù A>#x‹yèÎ/ 5OŠÏ9r& ÇÌÍÈ



Maksudnya: “Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Taubah: 34)



Sabda Nabi s.a.w:



"ما من صاحب دهب ولافضة لايؤدي منها حقها إلا إدا كان يوم القيامة صفحت له صفائح من نار، فأحمي عليها في نار جهنم ، فيوكوى بها جنبه وجبينه وظهره كلما بردت أعيدت له في يوم كان مقداره خمسين الف سنة حتى يقضى بين العباد.."



“Tidak ada seotrang yang mempunyai emas dam perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keeping api neraka. Ssetelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi, dan belakangnya, setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada suatu hari yang lamanya 50 ribu tahun, sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya”. (Riwayat Muslim).

Jenis Emas Yang Wajib Zakat:



a) Emas yang tidak dipakai: Jika ianya tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun dan nilainya menyamai atau melebihi 85 gm (nisab) maka zakatnya ialah 2.5%.

b) Emas yang Dipakai: Jika ianya melebihi uruf (adat kebiasaan dikenakan zakat 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Sebagai contoh di Wilayah Persekutuan, kadar uruf yang telah ditetapkan $RM5,000 atau sekitar 120 gm.



Nizab dan Kadar Zakat Emas:



Sabda Nabi s.a.w:



"...وليس عليك شيء – يعني في الدهب حتى يكون لك عشرون دينارا . فإدا كان لك عشرون ، وحال عليها الحول ففيها نصف دينار ، فماداد فبحساب لك..."



“… Tidak wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya ½ dinar (2.5) maka sekiranya lebih (dari 20 dinar), hendaklah dihisab menurut lebihannya itu (2.5%) daripada keseluruhannya…” (Riwayat Abu Daud).



Ulama’ sepakat mengatakan bahawa emas apabila cukup 20 (dua puluh) misqal, wajid zakat. Kadarnya zakatnya ialah satu perempat puluh (1/40) (رُبْعَ اْلعُشْرِ ) atau dua setengah peratus (2.5%).









Nisab dan Kadar Zakat Perak:



Wajib zakat pada perak lima auqiyah (أَوْقِيَةٌ):



(Satu auqiyah = 40 dirham. (5 x 4 + 200 dirham). Ijma’ ulama’ telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gm.



Dalil Zakat Perak: Sabda Rasulullah s.a.w.:



"...فَإِدَا كَانَ لَكَ عِشْرُوْنَ ، وَحَالَ عَلَيْهَا اْلحَوْلُ فَفِيْهَا نِصْفُ دِيْنَارِ ، فَمَا زَادَ فَبِحِسَابِ دَلِكَ ".



Maksudnya: “Apabila engkau memilikki 20 dinar (85 gm) dan genap setahun, maka kadar zakatnya setengah dinar, dan yang lebih dikenakan kadar yang sama (2.5%)… (Riwayat Abu Daud)



Cara Mengeluarkan Zakat Emas dan Perak:



Zakat emas dan perak boleh dikira mengikut salah satu daripada dua cara berikut:



a) Contoh Pengiraan Zakat Emas:



Nisab: Harga 85 gram emas semasa (harga segram)

85 gm x harga emas semasa.

85 gm x harga segram = SD$ XXXX,00



Contoh 1



Berat emas : 70 gm

Harga segram : SD XX.XX

Nilai (SD) : 70 x XX,XX = X,XXX.XX

Zakat: : SD XXX,XX – (uruf) x 2.5%

: X,XXX x 2.5% = SD XX.XX





Contoh 2



Berat emas : 250 gm

Harga segram : SD 33.10

Nilai SD : 250 gm x SD 33.10 = 8,275.00

Zakat : SD8,275 – (uruf SD5,000) x 2.5%

: 3,275 x 2.5% = SD81.90





b) Contoh PerniagaanZakat Perak:



1,000 gm perak (lebih 405 gm dari nisab)

1,000 x 2.5%

= 1,000 x 2.5%

100

= 250 gm (zakat)

Zakat yang dikenakan ialah 250 gm.





Zakat Perniagaan:



Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan samada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan, atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan samada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan, perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat koperasi atau perniagaan saham atau sebagainya.



Dalil Zakat Wajib Perniagaan:



Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik,dansebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya, (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambilyang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu),kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa Terpuji”. Al-Baqarah: 267.



Dalil Hadis. Sabda Rasulullah s.a.w:



Maksudnya: “….Maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta yang kami sediakan untuk dijual ….” (Riwayat Abu Daud).



Dalil tersebut menunjukkan bahawa semua jenis perniagaan orangIslam wajib dikeluarkan zakat apabila cukup syarat-syaratnya. Aktiviti pengeluaran dan pengagihan barang-barang dan perkhidmatan adalah seperti berikut:



1. Perniagaan Persendirian (tunggal)

2. Perniagaan Perkongsian

3. Perniagaan Syarikat

4. PerniagaanKoperasi



Syarat Wajib Zakat Perniagaan:



1. Islam

3. Merdeka

4. Harta yang halal

5. Cukup nisab

6. Genap haul

7. Harta yang produktif

8. Milik sempurna

9. Sumber harta perniagaan termasuk derma

10. Niat berzakat

11. Harta perniagaan tidak diambil untuk kegunaan sendiri.





Zakat Binatang Ternakan



Bnatang Yang Wajib dikeluarkan Zakat:



a) Lembu (termasuk kerbau)

b) Kambing (termasuk biri-biri dan kibas)

c) Unta



Syarat Zakat Ternakan:



a) Binatang dipelihara di padang ternakan bebas

b) Binatang dipelihara bukan untuk tujuan kerja

c) Nisab berkekalan sepanjang tahun (haul)

d) Nisab lembu 30 ekor dan kambing 40 ekor

e) Zakat tidak dikenakan bagi bilangan yang lebih dari kadar nisab pertama.



Zakat Pertanian



Zakat Pertanian ialah zakat hasil tanaman yang diusahakan oleh orang islam sama ada dalam bentuk biji-bijian atau buah-buahan dengan syarat-syarat tertentu



Sumber Zakat Pertanian



Sumber zakat pertanian ialah seperti berikut:



a) Hasil tanaman asas seperti padi, biji-bijian yang lain seperti padi.

b) Hasil tanaman tidak asas seperti kelapa,kelapa sawit,koko, tebu dan lain-lain sekiranya diperniagakan.

c) Hasil perikanan dan hasil laut seperti ambar,sarang burung, mutiara, ikan diletakkan di bawah zakat perniagaan sekiranya diperniagakan.



Masa Wajib Zakat Pertanian



Waktu wajib zakat pertanian ialah sesudah masak dan sesudah dibersihkan.



Kaedah Taksiran Zakat Pertanian



zakat pertanian bermaksud zakat perlu ditaksirkan atau dianggar secara profesional oleh penaksir yang berkemahiran untuk mengetahui lebih awal jumlah yang kena dibayar oleh pembayar zakat serta hak yang boleh diterima oleh pemerintah.



KaedahAl-Khars



Kaedah ini digunakan dizaman nabi Muhammad di mana produk pertanian ditaksir sebelum hasil itu dituai.iaitu semasa hasil pertanian ranum/matang (sebelum kering). Kemudian memperuntukkan 1/3 atau1/4 daripada taksiran bagi keperluan asasi/kebajikan petani sendiri,keluarga,dan masyarakat.



Zakat Wang



Matawang yang wajib dikenakan zakat sama ada emas dan perak. Wang lain seperti wang kertas, syiling yang setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.



Cara Pengiraan Zakat Wang



Pada dasarnya wang bermaksud “ wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, saham, saham amanah, serta lain-lain bentuk simpanan”.



Zakat dikenakan atas jumlah baki terendah yang sudah cukup nisab dan haul.



Contoh Pengiraan Zakat Wang.



Tahun Haul : 1 Muharram – 30 Zulhijjah

Nisab : SD 3,000

Baki terendah : SD 4,200 (termasuk hibah)

Kadar zakat : 2.5 %



Zakat yang dikenakan SD 4,200 x 2.5 % = SD 105



Zakat Ma’adin/Kunuz/Rikaz



Harta galian,simpanan jahiliah,dan harta karun wajib dikeluarkan zakat sama ada yang diperolehi di darat dan di laut, bahan pepejal atau cecair,boleh ditempa,atau tidak seperti minyak dan gas.



Syarat-Syarat Nisab Zakat Ma’adin,Kunuz dan Rikaz



Nisab zakat galian ialah apabila 20 misqal bagi emas(85 gram) dan (595 gram) bagi perak atau senilai dengannya mengikut harga pasaran semasa nisab emas atau perak.

Kadar yang wajib dikeluarkan ialah 2.5%, 5%, 10% atau 20% berdasarkan kos pengeluaran.

Zakat galian tidak disyaratkan cukup haul bahkan wajib dikeluarkan terus sesudah ditapis dan dibersihkan.



Zakat Saham Bon dan Debentur



Saham adalah wang modal yang dilaburkan dalam perniagaan sesebuah syarkat dan sebagainya.Dalam urusan perniagaan saham, pratuaran perniagaan itu dilaksanakan berpandukan kepada harga saham dalam pasaran semasa bukan atas nilai saham asal semasa belian.Oleh itu zakat dikenakan pada kadar 2.5 % daripada nilai saham tersebut.Ketika mengira pendapatan tahunan hendaklah dikira saham itu sebagai harta tetap yang boleh membawa keuntungan seperti geran, cagaran atau kilang-kilang perusahaan itu.





Zakat CPF dan Seumpamanya



Caruman wang simpanan pekerja dan majikan ke dalam kumpulan Wang Simpanan.dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul.



1. Milik Tak Sempurna



Zakat hanya wajib dikeluarkan pada hari wang campuran diterima ketika bersara atau mengeluarkan sebahagian wang dari CPF atau seumpamanya semasa cukup umur. Kadarnya 2.5%.



2. Milik Sempurna



Dikenakan zakat apabila ia cukup nisab dan haul ( Caruman wang pekerja sahaja iaitu tidak termasuk wang majikan.) Ini bermakna ia wajib dikeluarkan zakat pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syaratnya. Walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung CPF.



3. Keputusan Fatwa



Wang CPF bagi pekerja-pekerja islam wajib dikeuarkan zakat bila cukup nisab dan haulnya.



Zakat Pendapatan



Merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional.





Pengertian Gaji



Iaitu pendapatan penggajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Pendapatan penggajian merangkumi.



i) Gaji tahunan

ii) Tunggakan gaji

iii) Pelbagai elaun

iv) Lain-lain



Syarat Wajib Zakat Gaji



i) Islam

ii) Pemilikan sempurna

iii) Pendapatan /hasil

iv) Cukup nisab

v) Haul



Kadar Zakat



Kadar Zakat sebanyak 2.5 % berpandukan kepada kadar zakat emas.Amalan ini dilakukan kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk mata/nilai wang.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Masaalah sihir adalah masalah besar yang wajib dibuat kajian oleh para ‘ulama’. Adalah menjadi tanggungjawab mereka membasmi kegiatan sihir yang berleluasa dikalangan masyarakat kita hari ini. Tukang sihir bekerja siang malam membantu menunaikan niat jahat sesaorang terhadap sesama manusia, semata-mata memperoleh kepentingan peribadi. Akibatnya, ramai manusia merana hasil perbuatan tukang sihir tadi. Oleh yang demikian, hukum menerangkan tentang bahaya sihir terhadap masyarakat adalah wajib keatas para ‘ulama’. Bahkan yang lebih penting lagi memberi bantuan berupa perubatan yang diizinkan oleh Islam keatas mereka yang menderita akibat mangsa sihir supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan tukang sihir apatahlagi mengharapkan bantuan mereka ketika dalam kesusahan. Nota ini telah saya bahagikan kepada empat bahagian berikut: · Bahagian Pertama: Pengenalan Tentang Sihir

FATWA DAN FUNGSINYA

FATWA DAN FUNGSINYA SEBAGAI KOMUNIKASI HUKUM MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA: SATU PENELITIAN Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Rasulullah s.a.w diutus Allah s.w.t sebagai rahmat sekian alam. Dalam menjalankan tugas sebagai rasul, Rasulullah s.a.w bertanggungjawab menyeru umat manusia dengan memberikan panduan-panduan dan memperjelaskan ketentuan hukum daripa Allah s.w.t. Ketentuan hukum-hukum tersebut disampaikan melalui tiga bentuk: a) Penjelasan hukum melalui al-Quran b) Penjelasan hukum melaui al-Sunnah c) Penjelasan melalui ijtihan Baginda sendiri. Fatwa tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Malah, poses ini telah diikuti oleh jenerasi yang hidup selepas Nabi s.a.w mulai daripada jenerasi sahabah, tabi’in dan pengikut tabi’in sehinggalah hari ini dalam mengeluarkan sesebuah fatwa. Definisi Fatwa Menurut ibn Mandzur: “perkataan fatwa berasal dari perkataan Arab al-fata, alfutya, alfutwa yang bererti penjelasan tentang
HARTA PEWARISAN (PUSAKA)             Harta pusaka ialah peninggalan sesaorang yang telah meninggal dunia, baik berupa harta benda atau hak-hak ataupun aset yang mempunyai nilai kebendaan yang dibenarkan syariat untuk dipusakakan oleh ahli waris. Sabda Nabi s.a.w. :             Terjemahnnya: "Baragsiapa yang meninggalkan sesuatu hak atau harta, maka hak atau harta itu adalah untuk ahli warsnya setelah kematiannya".             Perkara-perkara yang termasuk sebagai harta pusaka si mati adalah: a.        Harta benda yang bersifat tetap seperti bangunan, tanah, ladang dan seumpamanya b.       Harat benda yang bersifat tidak tetap atau boleh bergerak seperti, wang tunai, peralatan, kenderaan, barang-barang kemas, pakaian dan seumpamanya. c.        Hutang-hutang orang kepada si mati. d.       Harta benda yang telah digadai oleh si mati dan boleh ditebus. e.        Harta benda yang telah dibeli oleh si mati semasa hayatnya berupa sesuatu pembelian yang suda