Langkau ke kandungan utama


NILAI SEORANG ASATIZAH

Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar

10 September 2017

Ada sesetengah orang meletakkan tanggungjawab mendidik masyarakat 100% ke atas golongan asatizah. Mereka mengatakan asatizah kurang berperanan mendidik, kalau di media sosial pos pasal perkara-perkara yang berkaitan keluarga, makanan, jalan-jalan dan lain-lain.
Ni nak bagi tahu, asatizah dah banyak mencorak kehidupan beragama di Singapura sejak sebelum Singapura mencapai kemerdekaan lagi hingga hari ini. Siapa yang bagi fatwa di MUIS?. Siapa tok Kadi? Siapa Hakim Syariah?. Siapa pegawai di Badan-Badan Islam?. Siapa mengajar Madrasah sepenuhmasa dan di institusi Swasta?. Siapa pegawai agama, mengajar, kuliah, syarahan, imam di masjid, institusi yang menghidupkan shariah di Singapura?. Tak boleh dibayangkan MUIS tanpa Mufti dan masjid, ROMM, Mahkamah Syariah tanpa asatizah.
Asatizah faham jangkauan masyarakat terhadap mereka. Tapi adakah masyarakat tahu, berapa token asatizah di madrasah jika dibandingkan sekolah pemerintah?. Berapa token asatizah berkelulusan ijazah bertugas di masjid sepanjang hidupnya Raya pertama di masjd, jika dibandingkan dengan seorang pegawai yang bertugas di institusi kerajaan dengan kelulusan yang sama?.
Berapa kita bayar asatizah mengajar tusyen di rumah jika dibandingkan guru mengajar matapelajaran Ilmu Hisap dll?. Berapa kita bayar guru madrasah masjid jika dibandingkan dengan guru separuhmasa mengajar bahasa Melayu di sekolah pemerintah?. Berapa kita bayar asatizah bagi cerama jika dibandingkan dengan professional?. Namun, asatizah jarang meletakkan harga. Jadi, insaflah jangan meletakkan semua jangkauan dan tanggungjawab ke atas pundak Asatizah, kerana mereka juga ada keterbatasan (limitation).
Asatizah juga manusia biasa, hidupnya macam manusia lain ada masa makan angin, ada masa makan-makan, ada masa makan hati, ada masa makan diri. Mereka juga ada jangkauan dalam hidup yang hendak dicapai dalam diri, keluarga dan masyarakat. Di samping berusaha memenuhi keperluan kehidupan.
Bukankah tugas mengishlah keluarga tanggung jawab kita semua. Jika ibu ayah tidak memainkan peranan itu, maka jadilah perkara yang tidak diingini seperti apa yang terjadi kepada sebahagian anak-anak kita. Redikalisma, terrorisma dan lain-lain lagi. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w. Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya di atas orang yang di bawah kepimpinan masing-masing.
Antara ciri masyarakat Islam cemerlang Singapura, kena buat perubahan ke arah kebaikan pada diri dan orang lain. Namun, jangan tunggu dan harapkan orang lain buat perubahan untuk kita. Kita sendiri harus berusaha ke arah kebaikan tersebut.
Mengenai asatizah yang pos pasal makan, jalan-jalan, keluarga dan lainnya. Sebenarnya, banyak makna tersurat dan tersirat jika diteliti dengan betul. Antaranya, mesej yang hendak disampaikan adalah, untuk banyak meluangkan masa dengan keluarga, makan bersama, jalan bersama, belajar bersama, solat bersama. Semuanya itu, menggalak pengukuhan hubungan di antara keluarga, kerana keluarga adalah anugerah Allah SWT dan tunggak keutuhan masyarakat. Jika runtuh keluarga maka runtuhlah masyarakat.
Seperkara lagi, kita boleh jadi orang hebat, ahli politik, pendakwah, karyawan, guru dan lain-lain dan ada ramai pengikut. Namun, sekalipun ramai manusia yang berada disekeliling kita, apabila mati ramai yang menghantar ke kubur, namun semuanya akan pulang yang tinggal hanyalah anak-anak dan doa mereka yang dapat menyelamatkan kita. Maka, sebab itu penting kita menggalakkan hubungan rapat di kalangan keluarga.
Apabila bercakap soal hati, ishlah manusia perlu bermula dari hati, tidak ada cara lain untuk kita mengishlahkan hati masyarakat melainkan dengan cara yang telah Allah SWT tunjukkan. Hati Muslim yang keras perlu dibasahi dengan tazkirah, doa, dengan bacaaan al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Barulah hati-hati tersebut menjadi lembut dan tindakan mendapat petunjuk dengan izin Allah SWT. Kita sebenarnya tidak ada kuasa merubah hati manusia, semuanya adalah terletak di tangan Allah SWT.
Akhir sekali, teringat kepada pesan Allah SWT, setiap manusia Allah jadikan mengikut tugas masing-masing yang telah ditakdirkan. Masing-masing saling bantu satu sama lain. Tidak boleh hanya satu golongan dipersalahkan tanpa melihat kekurangan yang memang fitrah kerananya manusia dijadikan.
Musibah yang melanda kita hari ini adalah, kerana ada dikalangan kita lupa ingat Allah SWT. Oleh itu, Allah SWT uji kita dengan kesempitan hidup sekalipun kita kaya raya. Dicampakkan dalam hati rasa takut dan gentar yang amat sangat. Sehingga, menyusahkan dan menyempitkan kehidupan sendiri. Nanti di hadapan Allah SWT kelak dibutakan mata kerana, kita meminggirkan Allah SWT semasa di dunia.

Catatan popular daripada blog ini

FATWA DAN FUNGSINYA

FATWA DAN FUNGSINYA SEBAGAI KOMUNIKASI HUKUM MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA: SATU PENELITIAN Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Rasulullah s.a.w diutus Allah s.w.t sebagai rahmat sekian alam. Dalam menjalankan tugas sebagai rasul, Rasulullah s.a.w bertanggungjawab menyeru umat manusia dengan memberikan panduan-panduan dan memperjelaskan ketentuan hukum daripa Allah s.w.t. Ketentuan hukum-hukum tersebut disampaikan melalui tiga bentuk: a) Penjelasan hukum melalui al-Quran b) Penjelasan hukum melaui al-Sunnah c) Penjelasan melalui ijtihan Baginda sendiri. Fatwa tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Malah, poses ini telah diikuti oleh jenerasi yang hidup selepas Nabi s.a.w mulai daripada jenerasi sahabah, tabi’in dan pengikut tabi’in sehinggalah hari ini dalam mengeluarkan sesebuah fatwa. Definisi Fatwa Menurut ibn Mandzur: “perkataan fatwa berasal dari perkataan Arab al-fata, alfutya, alfutwa yang bererti penjelasan tentang...

SEMARAK ILMU SEMANGAT PADU

SEMARAK ILMU SEMANGAT PADU Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Semarak ilmu semangat padu, merupakan empat patah perkataan tetapi mengandungi seribu satu macam erti dan tafsiran. “Semarak Ilmu Semangat Padu” menggambarkan kepada kita betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan manusia. Tanpa ilmu, manusia akan hidup seperti hidupnya haiwan-haiwan lain yang melata di muka bumi, tumpuan mereka hanyalah makan, minum, beranak-pinak. Oleh kerana pentingnya ilmu pengetahuan, ayat yang pertama di turunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam surah al-’alaq di mulakan dengan perkataan (iqra’) bermaksud: “bacalah”. Kerana dengan, membaca (menuntut ilmu), mengkaji dan menulis manusia boleh menimba maklumat-maklumat baru yang boleh di terokai dan menjadi pengalaman-pengalaman baru yang boleh dipelajari oleh jenerasi yang datang selepas kita. Kepentingan ilmu pengetahuan dapat kita lihat dari beberapa sudut. Antaranya, dari sudut indiv...