Langkau ke kandungan utama

KEHEBATAN BERZIKIR

SEKADAR PANDUAN


MAJLIS ZIKIR DI TEMPAT UMUM


Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar

15.04.2010
_______________________________________________________



1. Pendahuluan:



1.1 Amalan zikir dan doa adalah ciri kehidupan seorang Mukmin, kerana amalan tersebut membantu membersihkan rohani menjadi manusia yang baik.



1.2 Amalan ini seharusnya tidak terikat dengan masa dan cara tertentu yang mesti diikuti, tetapi sebaik-baiknya perlu mengikut panduan yang diiktiraf oleh para ulama.



1.3 Masyarakat Islam Singapura gemar dengan Majlis-Majlis seperti ini untuk menenangkan jiwa setelah seminggu suntuk sebuk dengan tugas. Masalah yang timbul sekarang, unsur-unsur ta’assub dengan guru dan cara masing-masing mula menebal, menyebabkan umat Islam boleh berpecah-belah disebabkan amalan.



1.4 Oleh yang demikian, satu kajian semula terhadap amalan-amalan zikir di Singapura harus dilakukan untuk mendapat maklumbalas dari pihak-pihak tertentu akan kebaikkan dan keburukkan untuk jangkamasa panjang sebelum sebarang peraturan atau perubahan dilaksanakan.



1.5 Tujuan dan Matlamat

· Memastikan Majlis Zikir atau Doa yang dijalankan tidak bercanggah dengan syari’at Islam.

· Memberikankan garispandu kepada umum yang ingin mengadakan Majis Zikir atau Doa

· Menerangkan kepada masyarakat, bertaqarrub kepada Allah s.w.t bukanlah hanya melalui zikir-zikir sahaja



2. Dorongan Dihasilkan:

2.1 Antara dorongan yang menyebabkan nota ini dihasilkan ialah:

· Semakin ramai masyarakat Islam cenderong menghadiri Majlis Zikir, tidak pada majlis ilmu

· Masjid-Masjid merasakan itulah cara yang terbaik untuk menarik jemaah dan mengumpulkan dana

· Wujudnya zikir yang dibawa oleh guru-guru tidak pasti kesahihannya

· Kebimbangan ulama’, majlis zkir menjadi keutamaan dalam masyarakat

· Kebimbangan lahirnya ajaran-ajaran menyimpang melalui perhimpunan-perhimpunan seperti ini, jika tiada panduan.



3. Jenis-Jenis Tariqah & Zikir:



3.1 Di sana terdapat banyak jenis-jenis zikir yang diamalkan oleh masyarakat. Akan tetapi, yang mashur dilakukan di negara kita ini. Antaranya, seperti berikut:

· Tariqah Al-Qadariyyah

· Tariqah As-Syazliyyah

· Tariqah Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah

· Tariqah Al-Naqshabandiyyah

· Tariqah Sufiyyah

· Tariqah Syazliyyah

· Bacaan Tahlil

· Bacaan Yasin



4. Sekadar Panduan:



4.1 Sejak akhir-akhir ini, Masjid-Masjid kita ghairah menganjurkan Majlis Zikir, kerana itu adalah jalan mudah untuk menarik jemaah ke Masjid. Beberapa perkara penting yang boleh dijadikan penduan. Antaranya:



· Majlis Zikir, bukanlah keutamaan program di Masjid

· Tidak mengganggu jemaah yang sedang melakukan Ibadah solat

· Tidak mengganggu jemaah yang sedang menuntut Ilmu

· Tidak menjejaskan kelas-kelas yang sedang berjalan di Masjid pada ketika itu

· Zikir yang dibawa seharusnya mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa agama.

· Zikir mestilah dilakukan dikhalayak ramai, bukan hanya tertumpu pada kumpulan tertentu sahaja

· Zikir tidak seharusnya dilakukan dalam keadaan gelap di masjid

· Tidak mengangkat suara terlalu tinggi sehingga mengganggu orang lain

· Tidak seharusnya berzikir sampail menari-nari atau pengsan-pengsan

· Kalimah zikir yang disebutkan mestilah jelas dan nyata

· Pihak masjid seharusnya memerhatikan kegiatan-kegiatan majlis tersebut. Jika berlaku penyelewengan, harus dikhabarkan kepada pihak berkuasa agama.



4.2 Sebelum sebarang tindakkan yang hendak diambil terhadap majlis-majlis zikir dan Doa di Masjid. Langkah-langkah berikut perlu dilakukan, supaya keputusan dibuat mendapat persetujuan masyarakat., samada yang menyokong atau yang menentang. Antaranya:

· Mendapatkan maklumbalas dari para asatizah

· Mendapatkan maklumbalas dari asatizah yang memimpin majlis zikir tersebut.

· Mendapatkan maklumbalas daripada para jemaah dan masyarakat

· Mendapatkan maklumbalas daripada LPM Masjid



5. Penutup



5.1 Dengan langkah-langkah tersebut, masyarakah akan faham bahawa zikir boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan tidak semestinya di tempat-tempat perhimpunan ramai.



5.2 Masyarakat juga dapat menerima, jika sesuatu zikir itu diharamkan atas penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpinnya setelah garis pandu dan penerangan dilakukan sejelas-jelasnya.





Wassalam

Catatan popular daripada blog ini

FATWA DAN FUNGSINYA

FATWA DAN FUNGSINYA SEBAGAI KOMUNIKASI HUKUM MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA: SATU PENELITIAN Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Rasulullah s.a.w diutus Allah s.w.t sebagai rahmat sekian alam. Dalam menjalankan tugas sebagai rasul, Rasulullah s.a.w bertanggungjawab menyeru umat manusia dengan memberikan panduan-panduan dan memperjelaskan ketentuan hukum daripa Allah s.w.t. Ketentuan hukum-hukum tersebut disampaikan melalui tiga bentuk: a) Penjelasan hukum melalui al-Quran b) Penjelasan hukum melaui al-Sunnah c) Penjelasan melalui ijtihan Baginda sendiri. Fatwa tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Malah, poses ini telah diikuti oleh jenerasi yang hidup selepas Nabi s.a.w mulai daripada jenerasi sahabah, tabi’in dan pengikut tabi’in sehinggalah hari ini dalam mengeluarkan sesebuah fatwa. Definisi Fatwa Menurut ibn Mandzur: “perkataan fatwa berasal dari perkataan Arab al-fata, alfutya, alfutwa yang bererti penjelasan tentang...

SEMARAK ILMU SEMANGAT PADU

SEMARAK ILMU SEMANGAT PADU Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Semarak ilmu semangat padu, merupakan empat patah perkataan tetapi mengandungi seribu satu macam erti dan tafsiran. “Semarak Ilmu Semangat Padu” menggambarkan kepada kita betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan manusia. Tanpa ilmu, manusia akan hidup seperti hidupnya haiwan-haiwan lain yang melata di muka bumi, tumpuan mereka hanyalah makan, minum, beranak-pinak. Oleh kerana pentingnya ilmu pengetahuan, ayat yang pertama di turunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam surah al-’alaq di mulakan dengan perkataan (iqra’) bermaksud: “bacalah”. Kerana dengan, membaca (menuntut ilmu), mengkaji dan menulis manusia boleh menimba maklumat-maklumat baru yang boleh di terokai dan menjadi pengalaman-pengalaman baru yang boleh dipelajari oleh jenerasi yang datang selepas kita. Kepentingan ilmu pengetahuan dapat kita lihat dari beberapa sudut. Antaranya, dari sudut indiv...
NILAI SEORANG ASATIZAH Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 10 September 2017 Ada sesetengah orang meletakkan tanggungjawab mendidik masyarakat 100% ke atas golongan asatizah. Mereka mengatakan asatizah kurang berperanan mendidik, kalau di media sosial pos pasal perkara-perkara yang berkaitan keluarga, makanan, jalan-jalan dan lain-lain. Ni nak bagi tahu, asatizah dah banyak mencorak kehidupan beragama di Singapura sejak sebelum Singapura mencapai kemerdekaan lagi hingga hari ini. Siapa yang bagi fatwa di MUIS?. Siapa tok Kadi? Siapa Hakim Syariah?. Siapa pegawai di Badan-Badan Islam?. Siapa mengajar Madrasah sepenuhmasa dan di institusi Swasta?. Siapa pegawai agama, mengajar, kuliah, syarahan, imam di masjid, institusi yang menghidupkan shariah di Singapura?. Tak boleh dibayangkan MUIS tanpa Mufti dan masjid, ROMM, Mahkamah Syariah tanpa asatizah. Asatizah faham jangkauan masyarakat terhadap mereka. Tapi adakah masyarakat tahu, berapa token asatizah ...