HARTA PEWARISAN (PUSAKA)
Harta pusaka ialah
peninggalan sesaorang yang telah meninggal dunia, baik berupa harta benda atau
hak-hak ataupun aset yang mempunyai nilai kebendaan yang dibenarkan syariat
untuk dipusakakan oleh ahli waris. Sabda Nabi s.a.w. :
Terjemahnnya:
"Baragsiapa yang meninggalkan sesuatu hak atau harta, maka hak atau harta
itu adalah untuk ahli warsnya setelah kematiannya".
Perkara-perkara
yang termasuk sebagai harta pusaka si mati adalah:
a. Harta benda yang bersifat tetap seperti bangunan, tanah, ladang
dan seumpamanya
b. Harat benda yang bersifat tidak tetap atau boleh bergerak
seperti, wang tunai, peralatan, kenderaan, barang-barang kemas, pakaian dan
seumpamanya.
c. Hutang-hutang orang kepada si mati.
d. Harta benda yang telah digadai oleh si mati dan boleh ditebus.
e. Harta benda yang telah dibeli oleh si mati semasa hayatnya
berupa sesuatu pembelian yang sudah dibayar wangnya tetapi belum diterima
barangnya.
f. Mahr yang masih belum diserahkan kepada isteri sehingga si
isteri meninggal dunia.
g. Harta benda laian seperti wang simpanan, wang CPF, saham, saham
amanah (Unit trust) bon, insuran dan seumpamanya yang dibolehkan syarak.
h. Harat benda yang disebutkan sama ada berada di dalam negeri, di
rumah si mati atau di luar negeri.
i.
lain-lain aset yang mempunyai
nilai kebendaan.
Adapun yang
dianggap sebagai ahli waris, ialah orang yang berhak mewarisi harta pusaka si
mati berdasarkan hubungan dengan si mati seperti berikut:
a.
Kekeluargaan (nasab)
b. Perkahwinan
c. Perhambaan (hamba)
Sumber Hukum
Hukum dan
sumber ilmu faraid adalah berdasarkan kepada sumber al-Quran, al-Sunnah dan
Ijmak.
a) al-Quran dalam (surah al-Nisaa': 11)
b) al-Sunnah, sabda Nabi s.a.w. : "Berikanlah harta pusaka
kepada orang-orang yang berhak. Sesudah itu, sisa-sisanya untuk orang
lelaki-lelaki yang lebih utama (Bukhari Muslim)
c) al-Ijmak dan ijtihad para sahabat, imam-imam mazhab dan
mujtahid-mujtahid yang muktabar. Sebahagian bersar daripada hukum faraid dan
peruntukan pembahagian kepada anggota waris telah ditetapkan oleh al-Quran.
Hanya sebahagian kecil sahaja yang ditentukan berdasarkan al-Sunnah (hadis) dan
ijmak.
Susunan Hak Keatas Harta Pusaka
Apabila berlaku
kematian, adalah wajib bagi waris yang hidup menyempurnakan lima hak si mati
menurut susunan seperti di bawah ini:
a)
Hutang yang bersangkutan dengan
harta tersebut
b)
Biaya pengurusan si mati
c)
Hutang yang bersangkutan dengan
tanggungan si mati
d)
Melaksanakan wasiat si mati
i.
Wasiat adalah bukan untuk ahli
waris. Ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya Allah telah
memberikan hak kepada yang punya hak, maka tidak ada wasiat untk ahli
waris".
ii.
Wasiat pula tidak boleh melebihi
satu pertiga baki harta pusaka setelah dibelanjakan untuk perkara-perkara (a) -
(c). Ini bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah telah
menganjurkan kamu bersedekah dengan sepertiga harta kamu di kala kamu meninggal
dunia (dengan jalan wasiat) sebagai tambahan kepada amal baik kamu (Bukari).
Hak Waris
Para waris berhak terhadap baki daripada harta si mati setelah
dibahagikan kepada (a) - (d). Sedikit mana sekalipun baki harta si mati, ia
tetap menjadi hak setiap waris. Justeru itu, ia mesti dibahagikan mengikut
peraturan Allah SWT, kecuali ada waris yang tidak mahu haknya.
Jika ada waris yang tidak berada di dalam negeri atau hilang,
maka bahagiannya mesti disimpan untuk diberikan setelah ia kembali. Merahsiakan
harta pusaka si mati daripada ahli waris yang berhak adalah penipuan. Ia
perbuatan yang haram dan zalim. Ahli waris yang terbabit dalam perkara tersebut,
secara langsung atau tidak langsung akan dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak.
Sebagai orang Islam, tidak boleh membahagikan harta mengikut
tatacara atau adat sesebuah negara dengan mengabaikan perintah Allah SWT.
Ahli Waris
Ahli waris terbahagi kepada dua golongan. Ahli waris lelaki dan
ahli waris perempuan. Ahli waris lelaki adalah sepreti berikut:
1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk sebelah bapa ke atas
5. Saudara kadung
6. Saudara seayah
7. Saudara seibu
8. Anak lelaki dari saudara sekandung
9. Anak lelaki dari saudara seayah
10. Bapa saudara (sebelah ayah) yang sekandung dengan ayah si mati
11. Bapa saudara (sebelah ayah) yang sebapa dengan ayah si mati
12. Anak lelaki daripada bapa saudara sekandung (sebelah ayah)
13. Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sebelah ayah)
14. Suami
15. Tuan yang memerdekakan hamba
Manakala ahli waris perempuan:
1.
Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki dan terus ke bawah
3. Ibu
4. Nenek (sebelah ayah) dan ke atas
5. Nenek (sebelah ibu) dan ke atas
6. Saudara perempuan sekandung
7. Saudara perempuan sebapa
8. Saudara perembuan seibu
9. Isteri
10. Wanita yang memerdekakan hamba
Ilmu Faraid
Faraid alah
ilmu yang menerangkan cara pembahagian harta pusaka kepada anggota waris si
mati mengikut ketentuan-ketentuan Allah S.W.T di dalam Al-Quran. Faraid, hukum
faraid melibatkan pengagihan harta pusakan yang telah ditinggalkan oleh
pemiliknya yang sudah meninggal dunia. Maka seorang Muslim hendaklah
mengagihkan harta pusaka kepada pewarisnya menuruk al-Quran.
Hikmah Di Sebalik Hukum Faraidh
Hukum Faraidh
ditetapkan Allah dalam Al-Quran dengan begitu terperinci. Masyarakat Islam dalam
keadaan bagaimanapun, mesti berpegang teguh dengan apa yang telah ditetapkan
Allah. Allah telah menentukan hak-hak perwarisan berdasarkan tanggungjawab ke
atas lelaki dan wanita. Ia telah secara adil dan sistematik memilih ahli waris
mengambil hak-hak yang telah diberikan kepada mereka (si mati). Dalam sistem
sosial Islam, wanita tidak diwajibkan bekerja untuk keperluan kehidupannya.
Lelaki di dalam
keluarganya dipertanggungjawabkan untuk mencari mata pencarian dan memberikan
keluarga wanitanya keperluan asas kehidupan. Begitu juga apabila wanita
berkahwin, ia menerima maskahwin yang ia sendiri tentukan. Ia mempunyai hak
mutlak untuk menentukan bagaimana maskahwin itu harus digunakan. Lelaki sebagai
suami yang memberinya maskahwin itu. Mengambil kira kedua-dua contoh tersebut
di mana wanita diberi kelebihan perlindungan oleh lelaki, maka jelas golongan
wanita telah ditentukan bahagian mereka yang adil.
Nazar Harta
Nazar harta
ialah niat oleh pemilik harta kepada Allah untuk melakukan sesuatu terhadap
hartanya. Pemilik harta boleh melakukan niat itu untuk dilaksanakan sama ada
semasa hayatnya mahupun setelah mati. Syarat-syarat nazar harta semasa
meniatkannya ialah:
a. Sihat
b. Berakal
c. Telah
cukup umur
Disahkan oleh dua saksi lelaki atau seorang saksi lelaki beserta
sumpah pemilik harta. Perempuan tidak boleh menjadi saksi walau berapa ramai
sekalipun bilangannya. Nazar harta (juga wasiat) yang diniatkan (ditulis)
melalui surat tanpa saksi hidup, tidak akan berkuatkuasa dari segi agama. Nazar
yang bersifat makruh dan haram tidak boleh dilaksanakan. Setiap nazar adalah
untuk orang-orang yang disebut dalam nazar tersebut sahaja.
Hibah (Pemberian)
Selain daripada
nazar dan wasiat, pemilik harta boleh juga memberi sesuatu atau sebahagian dari
hartanya kepada sesaorang sebagai hibah atau hadiah semasa ia masih hidup.
Sijil Warisan
Sijil Warisan, adalah
sijil di mana bahagian waris masing-masing akan tertera disijil itu. Sijil ini
diperlukan untuk mentadbirkan harta peninggalan oleh para waris. Di Singapura,
Sijil Warisan dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Sijil ini diberikan
berdasarkan maklumat yang diberiklan oleh pemohonnya kepada pegawai di Mahkamah
Syariah. Permohonan untuk Sijil Warisan boleh dibuat pada waktu pejabat di
Mahkamah Syariah dengan membawa keterangan berikut (www.syariahcourt.gov.sg):
a.
Kad Pengenalan pemohon
b. Salinan SijilKematian
c. Salinan Kad Pengenalan atau Sijil Lahir Waris
d. Bayaran sebanyak $34.00
Baitulmal
Baitulmal adalah lembaga atau institusi yang berfungsi sebagai
pengamanah perbendaharaan awam bagi orang Islam. Ia mengendalikan aset yang
bertujuan untuk maslahat umum. Di Singapura, Baitulmal ditadbirkan oleh Majlis Ugama
Islam Singapura (Muis).
Harta peninggalan si mati akan menjadi hak Baitulmal dalam
keadaan-keadaan berikut :
a.
Tiada ahli waris yang berhak
menerimanya
b. Ahli
waris telah menerima bahagian masing-masing tetapi masih terdapat baki harta
pusaka
c. Harta
si mati yang tidak dituntut oleh sesiapa
d. Tiada
ahli waris langsung
Soalan-Soalan Mengenai Faraid
1. Apakah itu faraidh dan adakah ia hanya kena-mengena dengan
yang sudah tiada? |
||||||
Hukum faraidh adalah khusus untuk harta yang telah
ditinggalkan oleh pemiliknya
yang sudah meninggal dunia. |
||||||
2. Bolehkah harta peninggalan dibahagikan sama rata kepada
waris-waris dengan
persetujuan masing-masing? |
||||||
Pembahagian harta pada hukum asalnya adalah mengikut hukum
faraidh. Setiap
waris perlu mengetahui bahagian saham masing-masing mengikut hukum Islam. Tetapi sekiranya waris-waris bersetuju untuk membahagi sama rata harta tersebut, maka hukum pembahagian tersebut adalah dibolehkan. |
||||||
3. Apa hukumnya orang yang tidak setuju dengan pembahagian
harta mengikut faraidh?
|
||||||
Hukum faraidh merupakan satu perintah yang ditentukan oleh
Allah s.w.t melalui
firmannya dalam ayat-ayat yang jelas dalam Al-Qur'an. Ia bertujuan untuk menjamin keadilan dan hak setiap ahli waris serta menjaga silaturahim antara keluarga. Sebagai umat Islam, kita wajib mematuhi hukum ini. |
||||||
Bagaimanapun, sekiranya semua ahli waris bersetuju dan reda
untuk membahagikan
harta ini dengan cara lain, ia boleh dilakukan kerana ia bersangkut dengan hubungan sesama manusia. |
||||||
4. Perlukah wang simpanan ibubapa yang meninggal dunia
dibahagikan kepada anak–anaknya mengikut hukum Islam?
|
||||||
Wang simpanan arwah ibu atau bapa perlu dibahagikan mengikut
hukum faraidh.
Akan tetapi para ahli waris boleh menghalalkan bahagian yang diterima untuk diserahkan kepada ahli waris yang lain. |
||||||
5. Bilakah hak waris bermula?
|
||||||
Hak waris bermula apabila kematian seseorang itu telah
dipastikan dan setelah
dilaksanakan semua hal-hal yang bersangkutan dengan harta itu, yakni: |
||||||
a. Perbelanjaan mengurus jenazah secara berpatutan.
|
||||||
b. Membayar hutang-hutang si mati, sama ada hutang dengan Allah
seperti, zakat, fidyah, kaffarah, nazar dan lain-lain dah hutang-hutang harta
dengan manusia.
|
||||||
c. Wasiat yang tidak melebihi 1/3 dan bukan untuk waris.
|
||||||
6. Adakah wajib membuat wasiat ke atas harta
peninggalan?
|
||||||
Mengikut ajaran Islam, orang Islam sangat–sangat digalakkan
membuat wasiat
supaya tidak meninggalkan masalah kepada warisnya yang hidup dan kepada dirinya. |
||||||
7. Bolehkah seseorang itu membuat wasiat untuk seorang waris
agar mendapat
bahagian lebih daripada yang telah ditetapkan? |
||||||
Wasiat untuk ahli waris tidak sah kerana ahli waris mempunyai
bahagian yang telah ditetapkan dalam hukum faraidh.
|
||||||
8. Bolehkah seorang Islam itu membuat wasiat agar harta
pusakanya dibahagika
menurut wasiat yang ditulis? |
||||||
Di dalam Islam, pembahagian harta pusaka orang yang telah
meninggal dunia
adalah menurut faraidh seperti yang telah ditetapkan di dalam Al-Qur’an. Tujuan berwasiat adalah untuk memberi harta pusaka kepada yang tidak mewarisi dan ia tidak boleh melebihi 1/3 harta tersebut. Hukum faraidh penuh dengan hikmahnya, seperti mana perintah-perintah Allah s.w.t yang lain berhikmah juga dan adalah baik kita sebagai orang Islam menghormati perintah tersebut kerana Allah Maha Mengetahui. |
||||||
9. Apakah hukumnya wasiat yang melebihi 1/3 dari harta pusaka?
|
||||||
Wasiat yang melebihi 1/3 bahagian dari harta pusaka hukumnya
bergantung kepada keredaan para waris yang berhak. Jika tidak ada keredaan mereka, maka wajib dikurangkan kepada had maksimum wasiat iaitu 1/3 dari harta pusaka dan
selebihnya hendaklah dibahagikan kepada waris. Izin waris itu hanya diakur sah jika ia
diberikan setelah pembuat wasiat tersebut meninggal dunia.
|
||||||
10. Bolehkah seorang isteri itu membuat wasiat kepada orang
lain dan tidak pada suaminya sendiri?
|
||||||
Wasiat termasuk di dalam perkara-perkara yang harus. Wasiat
dianggap sah jika diberikan kepada sesiapa sahaja yang bukan daripada kalangan pewaris dan
tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka.
|
||||||
11. Apakah boleh seseorang Islam membuat wasiat yang mana
pewarisnya adalah orang bukan Islam?
|
||||||
Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa adalah dibolehkan
seseorang Islam membuat wasiat kepada seseorang bukan Islam selagi ianya tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta pusaka tersebut.
|
||||||
12. Apakah kedudukkan anak luar nikah dari segi mewarisi harta
arwah ayahnya?
|
||||||
Garis pandu bagi seorang anak luar nikah kepada bapanya adalah
seperti berikut :
|
||||||
a.
| ||||||
13. Bolehkah mewasiatkan harta kepada anak angkat?
|
||||||
Boleh tetapi tidak melebihi dari sepertiga harta pusaka.
|
||||||
14. Bolehkah anak tiri mewarisi harta pusaka bapa atau ibu
tirinya yang sudah meninggal?. Bagaimana pula dengan anak angkat?
|
||||||
Dalam hukum faraidh, anak tiri, anak angkat dan isteri yang
telah diceraikan semasa
hidup tidak dianggap sebagai ahli waris yang berhak. Oleh itu, anak tiri tidak boleh mendesak balu bapa tirinya untuk menjual rumah untuk mereka mendapat bahagian dari rumah tersebut. Mereka hanya berhak mendapat harta pusaka dari bapa kandungnya sendiri. |
||||||
15. Jika si mati tidak mempunyai sebarang waris, bolehkah anak
angkatnya menuntut
seluruh harta peninggalan ayah angkatnya? |
||||||
Anak angkat tidak boleh mewarisi seluruh harta si mati. Ini
memandangkan
anak angkat itu bukanlah waris yang sah dari sudut hukum agama Islam. Namun, sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat yang disaksikan oleh dua orang saksi lelaki dewasa, maka hanya 1/3 bahagian sahaja yang boleh dituntutnya. Yang selainnya mestilah diserahkan kepada Baitul Mal yakni Muis sebagai amal jariah si mati dan digunakan untuk maslahat umum masyarakat Islam di Singapura. |
||||||
16. Yang mana harus diselesaikan dulu? Peninggalan harta atau
hutang
amalan si arwah? |
||||||
Mengikut hukum faraidh, harta pusaka perlu dibahagikan
mengikut
urutan berikut : |
||||||
a. Menyelesaikan segala perkara yang bersangkut-paut dengan
harta, seperti hutang si mati |
||||||
b. Menyelesaikan urusan pengebumiannya secara sederhana
|
||||||
c. Menyelesaikan segala perkara yang bersangkut-paut dengan si
mati,
seperti Kaffarah puasanya, hajinya, zakatnya. |
||||||
d. Wasiat si mati
|
||||||
e. Pembahagian kepada ahli waris yang berhak.
|
||||||
17. Adakah wang CPF (Tabung Simpanan Pekerja) yang telah
diletakkan nama
“calon” (nominee) oleh si mati menjadikan calon tersebut pemilik harta wang CPF itu secara mutlak? |
||||||
Fatwa terbaru yang
dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa mengenai nominasi CPF pada 3 Ogos
2010. Fatwa sebelum ini metetapkan bahawa penama (nominee)
yang diletakkan oleh si mati hanya dikira sebagai pengamanah (trustee).
Justeru itu, harta harta si mati perlu dibahagikan kepada warinya mengikut
hukum faraid.
|
||||||
18. Adakah wang pampasan yang dikeluarkan oleh CPF kepada
anggota-anggota Skim Perlindungan Tanggongan Pencarum (DPS) mesti dibahagikan mengikut hukum
faraid?.
|
||||||
Jawatankuasa fatwa memutuskan bahawa, Skim Insurans CPF
tersebut adalah sebuah skim DPS yang dikelolakan oleh CPF merupakan skim
ko-operatif bagi tujuan membatu ahli pencarum CPF. Skim ini hampir serupa
dengan kumpulan Khairat Kematian. Oleh itu, hasilnya halal dan menjadi pusaka
pencarum, pembahagiannya mestilah diagihkan menurut hukum faraidh.
|
||||||
19. Apa hukumnya menerima wang pampasan daripada syarikat
insurans?
|
||||||
Wang pampasan insurans dibahagikan kepada dua:
|
||||||
a. Wang yang dibayar (premium) oleh pemegang polisi (si mati).
|
||||||
b. Wang lebihan yang diberikan oleh syarikat insurans.
|
||||||
Wang yang dibayar oleh pemegang polisi (si mati) adalah
termasuk dalam harta
peninggalan yang harus diagihkan menurut hukum faraidh. Wang lebihan yang diterima dari syarikat insurans dianggap sebagai wang syubhah (nota): kalau syarikatnya mengamalkan kaedah takaful atau insurans Islam, maka ia tidak dikira syubhah. Tetapi yang mana taraf halal dan haramnya adalah kurang jelas, wang ini harus diberikan kepada BaitulMal agar ia digunakan untuk kebaikan masyarakat. |
||||||
20. Adakah flat peninggalan yang telah dibeli oleh seseorang
dengan bekas isterinya
secara "joint-tenancy" menjadi milik mutlak kepada bekas isteri ketika bekas suami meninggal dunia? |
||||||
Setelah mengkaji kedudukan "joint-tenancy",
Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa
flat tersebut bukanlah harta mutlak milik bekas isteri almarhum. Bekas isteri kepada yang meninggal dunia itu hanya mendapat separuh bahagian (50%) daripada nilai harga rumah tersebut. Bahagian ini diperolehi atas sebab hak beliau sebagai pembeli bersama (joint-tenant) Bakinya adalah bahagian yang dimilik waris si mati. Bahagian baki ini tidak boleh diberikan kepada bekas isteri si mati kerana mereka telah bercerai sebelum
si suami meninggal dunia. Maka bekas isteri tidak mendapat
apa-apa daripada bahagian baki ini kerana beliau bukan lagi merupakan isteri
dan waris kepada si mati
|
||||||
21. Apakah harus difaraidhkan jika pembayaran hutang kepada si
mati itu dilunaskan? Jika seseorang itu sudah meninggal dunia, dan kemudian
datang seseorang melunaskan
hutangnya kepada si mati tersebut, maka wang yang dibayar itu adalah dianggap sebagai harta pusaka yang wajib dibahagikan mengikut hukum faraidh |
||||||
22. Adakah pewaris berhak meminta segala hutang dibayar kepada
si mati sebelum harta warisan diagihkan?
|
||||||
Segala hutang-piutang menjadi tanggungjawab si peminjam
membayarnya tidak kira
siapa yang meminjamkan. Lantaran itu, pewaris berhak meminta orang yang diamanahkan untuk menguruskan harta selepas kematian untuk meminta peminjam agar hutang tersebut dibayar kerana harta itu merupakan harta warisan yang perlu diagihkan mengikut faraidh. |
||||||
23. Bolehkah harta pusaka si mati dilaburkan dan hasil
keuntungannya digunakan untuk
membiayai pendidikan anak, cucu dan cicit si mati? |
||||||
Perkara tersebut boleh dilakukan dengan syarat semua ahli
waris yang berhak telah
melepaskan bahagian mereka dengan reda. |
||||||
24. Bolehkah seorang wanita yang kematian suaminya menggunakan
wang sedekah yang diterima dari kematian itu untuk kegunaan harian?
|
||||||
Wang yang disedekahkan ketika kematian adalah milik keluarga
yang hidup. Maka itu,
ia tidak termasuk di dalam kategori harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut faraidh, lantas boleh digunakan untuk keperluan harian keluarga si mati.
25. Bagaimana caranya untuk menuntut wang CPF si mati yang
tidak mencalonkan nama pewaris?
Pewaris hendaklah membuat permohonan tersebut secara online di
lelaman Public Trustee seperti berikut (www.ipto.gov.sg)
26. Sepasang suami isteri telah membeli rumah flat atas dua
nama sebagai Joint Tenant. Menurut peraturan HDB, jika salah seorang dari
mereka meninggal dunia, rumah tersebut akan menjadi hak milik bersama yang
masih hidup. Apakah fatwa terbaru tentang kenyataan ini?.
Jawatankuasa fatwa telah membuat keputusan bahawa rumah
peninggalan yang dibeli secara Joint-tenancy boleh menjadi hak milik
menyeluruh kepada pihak yang masih hidup dengan syarat mereka ada membuat
surat persetujuan seperti Hibah Ruqba (Ruqba-hadiah) atau Nuzriah, Ini
konsisten dengan undang-undang Joint-tenancy di Singapura Namun sekiranya
tiada surat persetujuab tersebut, maka harta 50% milik si mati akan tetap
dibahagikan mengikut hukum faraid.
|
||||||
27. Adakah isteri yang bukan beragama Islam yang dinikahi secara
sivil boleh menjadi waris?
Menurut hukum Islam, orang yang bukan Islam tidak boleh mendapat
pusaka dari orang Islam. Begitu juga orang Islam tidak boleh mewarisi harta
orang buakan Islam. Ini adalah berpandukan hadis Nabi s.a.w. bermaksud:
"Seorang Muslim tidak mewarisi harta orang bukan Islam dan orang bukan
Islam tidak juga mewarisi harta orang Islam". Isteri yang bukan beragama
Islam yang dinikahi secara sivil tidak diiktiraf sebagai isteri, maka ianya
tidak termasuk dalam golongan waris.
28 Adakah saham dan barang kemas milik
si mati menjadi harat pusakan?
Saham dan barang kemas yang dimiliki
oleh si mati itu adalah harta pusaka dan hendaklah dijual dahulu mengikut harga
pasaran dan dibahagikan kepada ahli waris mengikut hukum faraid.