Skip to main content

Salam Pertemuan

Assalamulaikum wrt wbt,

Kepada pembaca yang budiman,

Blog ini kami sediakan dengan tujuan, antaranya adalah:

a) mengongsi maklumat mengenai isu-isu agama terkini bagi mengukuhkan akidah Islamiah
b) menerangkan kepada masyarkat akan bahaya amalan sihir dan cara-cara mengubatinya
c) berkongsi pengalaman dan maklumat sepanjang penglibatan dalam bidang rawatan
d) membantu masyarakat mengatasi masalah yang dihadapi melalui nasihat agama wasiat al-Quran
e) ruang perkongsian ilmu dan pengalaman

Untuk itu, kami juga akan mengisi blog ini dengan cerita-cerita dan pengalaman realiti kehidupan yang dilalui oleh masyarakat Islam di Singapura agar dapat dijadikan iktibar serta pengajaran kepada yang lain dan tidak melakukan kejahatan kedurjanaan terhadap orang lain.

Semaoga artikel-artikel dan nasihat-nasihat agama yang diberikan dalam blog ini dapat membantu merubah sedikit sebanyak pemikiran dan kehidupan serta memberi inspirasi kepada manusia.


Email: darul_ilaj@yahoo.com

Popular posts from this blog

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Masaalah sihir adalah masalah besar yang wajib dibuat kajian oleh para ‘ulama’. Adalah menjadi tanggungjawab mereka membasmi kegiatan sihir yang berleluasa dikalangan masyarakat kita hari ini. Tukang sihir bekerja siang malam membantu menunaikan niat jahat sesaorang terhadap sesama manusia, semata-mata memperoleh kepentingan peribadi. Akibatnya, ramai manusia merana hasil perbuatan tukang sihir tadi. Oleh yang demikian, hukum menerangkan tentang bahaya sihir terhadap masyarakat adalah wajib keatas para ‘ulama’. Bahkan yang lebih penting lagi memberi bantuan berupa perubatan yang diizinkan oleh Islam keatas mereka yang menderita akibat mangsa sihir supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan tukang sihir apatahlagi mengharapkan bantuan mereka ketika dalam kesusahan. Nota ini telah saya bahagikan kepada empat bahagian berikut: · Bahagian Pertama: Pengenalan Tentang Sihir

FATWA DAN FUNGSINYA

FATWA DAN FUNGSINYA SEBAGAI KOMUNIKASI HUKUM MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA: SATU PENELITIAN Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Rasulullah s.a.w diutus Allah s.w.t sebagai rahmat sekian alam. Dalam menjalankan tugas sebagai rasul, Rasulullah s.a.w bertanggungjawab menyeru umat manusia dengan memberikan panduan-panduan dan memperjelaskan ketentuan hukum daripa Allah s.w.t. Ketentuan hukum-hukum tersebut disampaikan melalui tiga bentuk: a) Penjelasan hukum melalui al-Quran b) Penjelasan hukum melaui al-Sunnah c) Penjelasan melalui ijtihan Baginda sendiri. Fatwa tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Malah, poses ini telah diikuti oleh jenerasi yang hidup selepas Nabi s.a.w mulai daripada jenerasi sahabah, tabi’in dan pengikut tabi’in sehinggalah hari ini dalam mengeluarkan sesebuah fatwa. Definisi Fatwa Menurut ibn Mandzur: “perkataan fatwa berasal dari perkataan Arab al-fata, alfutya, alfutwa yang bererti penjelasan tentang
HARTA PEWARISAN (PUSAKA)             Harta pusaka ialah peninggalan sesaorang yang telah meninggal dunia, baik berupa harta benda atau hak-hak ataupun aset yang mempunyai nilai kebendaan yang dibenarkan syariat untuk dipusakakan oleh ahli waris. Sabda Nabi s.a.w. :             Terjemahnnya: "Baragsiapa yang meninggalkan sesuatu hak atau harta, maka hak atau harta itu adalah untuk ahli warsnya setelah kematiannya".             Perkara-perkara yang termasuk sebagai harta pusaka si mati adalah: a.        Harta benda yang bersifat tetap seperti bangunan, tanah, ladang dan seumpamanya b.       Harat benda yang bersifat tidak tetap atau boleh bergerak seperti, wang tunai, peralatan, kenderaan, barang-barang kemas, pakaian dan seumpamanya. c.        Hutang-hutang orang kepada si mati. d.       Harta benda yang telah digadai oleh si mati dan boleh ditebus. e.        Harta benda yang telah dibeli oleh si mati semasa hayatnya berupa sesuatu pembelian yang suda