SIMPOSIUM Al-QURAN SEBAGAI SHIFA’
Tajuk
AL-QURAN PENAWAR BAGI PENYAKIT JIWA DAN ANGGOTA
Oleh
Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar
KANDUNGAN
1.
Pendahuluan
2. Dalil al-Quran Menunjukkan al-Quran Adalah Penawar
3. Hadis Menunjukkan al-Quran Adalah Penawar
4.
Pendapat Ulama Mengenai al-Quran Adalah Penawar
5.
Perhatian Penting
6.
Kesan Mendengar al-Quran
7.
Penggunaan Ayat-Ayat Ruqyah
8.
Penutup
1.
PENDAHULUAN
a)
Adakah anda pernah mengalami rasa rungsing, sedih, sempit dada,
tidak tentu arah, banyak masalah dan menghadapi berbagai kesusahan dalam hidup
anda?.
b)
Adakah anda pernah mengadu mengalami sakit rohani dan jasmani yang
tidak ada ubantnya?
c)
Adakah anda merasa malas untuk melakukan perkara-perkara ketaatan
dan suka untuk melakukan maksiat?
d)
Adakah anda pernah merasakan kelainan dalam diri yang tidak pernah
anda rasakan sebelum ini dan tidah tahu apa puncanya?
e)
Adakan anda menginginkan naik tingkatan iman dan akhlak yang lebih
baik?
Terlalu
banyak persoalan yang timbul dan insya’Allah anda akan mendapatkan jawapan yang
sempurna. Terlalu banyak penyakit jiwa dan anggota yang melanda manusia
masakini dengan berbagai jenis dan bentuk. Timbul penyakit-penyakit baru yang
tidak pernah wujud sebelum ini. Manusia berusaha mengubati dan mengatasi apa
yang melanda mereka dengan harta dan waktu.
Namun, penyakit terus merebak dan hospital, klinik tetap penuh dengan
pesakit. Perkara ini terjadi disebabkan kebanyakkan manusia leka untuk
melindungi diri dari penyakit-penyakit tersebut daripada berlaku. Dari sudut
lain, mereka juga tidak tahu cara-cara yang betul mengubati penyakit setelah
ianya terjadi. Khusunya, mengambil manfaat daripada cara-cara megubati
menggunakan ayat-ayat al-Quran (Ruqyah Syar’iyyah).
Sesungguhnya
keperluan manusia terhadap perawar-perawat (al-Raqy) sama seperti keperluan
mereka terhadap doktor. Justeru, seharusnya bagi para ulama, asatizah dan
doktor-doktor yang ikhlas dapat membantu perawat dengan petunjuk dan nasihat
dan perintahkan mereka melakukan kebaikan dan menegah kemungkaran serta
terangkan batas-batas syari’at yang perlu dipatuhi tanpa menyusahkan mereka,
atau mematikan kreativiti mereka kerana mereka sedang berjihad melawan sihir
dan syaitan. Berapa bayak kesusahan dapat diatasi, berapa banyak sihir dapat
dilepaskan dan berapa banyak penyakin ‘ain dapat dibantu dengan pertolongan
Allah SWT di sebabkan para perawat. Jika sekalipun terdapat beberapa kesilapan,
ketelanjuran dan perkara negetif, ia walaubagaimana keadaan sekalipun, kebaikan
dan manfaat ke atas orang Islam akan lebih banyak daripada kekurangan (Shaidu
al-Fawaid; 1).
Mungkin
ada yang tidak bersetuju dengan berkata; Sesunguhnya al-Quran diturunkan
menjadi petunjuk kepada manusia, perlembagaan dan undang-undang kehidupan,
kenapa dijadikan ubat dan rawatan?.
Sheikh
‘Abdullah Siddiq menjawab: “Allah SWT menurunkan Kita dengan hikmah. Antaranya,
mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, menerangkan syariat dan
hukum-hukum yang Allah wajibkan ke atas hambaNya, seperti mambacanya dan
membaca dalam solat, antaranya berubat mengunakannya. Fiman Allah SWT
(Fushilat; 44). Hikmah ini tidak bertentangan bahkan bersesuaian dan boleh
diambil semuanya.
Sebagaimana
Islam mengajar masnusia berubat dengan ubat-ubatan konvensional dna mengambil
langkah secara ilmiah, Islam juga menggalak mencampur dengan ubat-ubatan rohani
(Ruhiyyah) dengan menggunakan kalam Allah SWT dan doa-doa yang ma’thur, kerana
Nabi s.a.w. menjadikan doa itu salah satu ibadah penting dengan berkata: Doa itulah
ibadah”, sehingga pesakit mengigati Pencipta penyakit dan ubat, lalu kekallah
aqidah pesakit bersih kerana Allah SWT waktu dia sihat dan waktu sakit. Itulah
yang menjadikan jiwa pesakit tenang, positif dan kembali kepada Allah SWT, lalu
meningkatlah sabarnya, hilangkan was-was, ketakutan dan ragu-ragu, meningkat
moralnya, timbullah cita-citi untuk sembuh sehingga menjadikannya semangat
bertambah kuat dan hilang unsur-unsur gangguan jiwa, serta nampak secara tabi’I
kesembuhan sekalipun sakit anggota badan dengan bantuan Allah SWT.
2. DALIL AL-QURAN
MENUNJUKKAN AL-QURAN ADALAH PENAWAR
Firman
Allah SWT: (al-Isra’; 84). Berkata Ibn al-Qayyim: “Yang jelas, al-Quran
semuanya penawar dan rahmah kepada orang Mukmin (Ighatha al-Lahfan, 1:24).
Berkata
al-Sa’di: “Penawar yang terdapat dalam ayat al-Quran umum untuk penawar hati
dan penawar badan daripada sakit dan deritanya” (Taysir al-Karin al-Rahman,
3:128).
Firman
Allah SWT: (Fushilat: 44). Berkata al-Sa’di: “Menunjukkan mereka ke jalan
petunjuk dan jalan yang lurus dan mengajar mereka ilmu-ilmu yang bermanfaat
dengan mereka mendapat hidayah yang sempurna, penyembuh bagi mereka daripada
penyakit anggota badan dan penyakit hat, kerana ia menegah daripada keburukan
akhlak, amlan yang tidak senonoh, menggalakkan kepada taubat nasuhah yang
menyuci hati (Ibid, 4: 403).
Berkata
al-Qardawi: “Kita beriman bahawa al-Quran adalah petunjuk dan penawar
sebagaiman firman Allah SWT: (Fushilat: 44). Dan firman Allah SWT: (al-Isra’:
82).
Akan
tetapi, daripada sirah Nabi s.a.w. Baginda menganjurkan doktor dan ubat.
Baginda bersabda: “Penawar ada tiga, minum madu, bekam, dan menggunakan api.
Aku melarang umatku menggunakan api (HR; Bukhari).
Nabi
s.a.w. juga memeerintahkan sahabat Baginda berubat dengan katanya: “Pergilah
kepada al-Harithah bin Kaldah al-Thaqafi, beliau adalah tobib masyhur sejak
zaman jahiliyyah. Bahkan datang kepada baginda dua orang tobib dari Bani Anmar,
Baginda bertanya, siapakan yang lebih mahir dalam melakukan rawatan?. Mereka
tunjuk salah seorang, lalu nabi s.a.w. memerintahkannya mengetui rawatan
pesakit.
Jadi,
apakah maknanya al-Quran itu penawar?.
al-Quran
menjelaskan penawar secara umum dalam satu sebahagian ayat dan dikaitkan dengan
perkara lain dalam ayat yang lain. FirmanNya dalam surah (Yunus: 57). Ayat ini
menerangkan bahawa al-Quran adalah penawar apa yang ada dalam dada dari syak,
kehairanan, dan buta, termasuk juga rungsing, sedih, takut dan tidak tenteram.
Oleh itu, Nabi s.a.w. berdoa : “Ya Allah, jadikanlah al-Quran penenag hatiku,
cahaya di dadaku, melapangkan kesedihanku, dan menghilangkan kerisauan dan
kekusutanku”.
Kesemua
doa-doa ini adalah perkara ma’nawi bukan maddi, yang terkait dengan jiwa dan
hati bukan badan atau anggota. Akan tetapi, ada pandangan lain mengatakan,
kalimah Syifa’ lafaz umum merangkumi semua jenis penyakit, sama ada berkaitan
dengan jiwa dan akal, kesusakan akidah, dosa hati atau penyakit tubuh badan.
Kaedah dalam ilmu tafsir menagatakan: Asal dalam tafsir, umum kekal dengan
keumumannya tanpa dikhususkan kecuali ada pengkhususan. Dan tidak ada tanda
pengkhususan dalam ayat ini sebagaimana diputuskan oleh ulama.
3. HADIS MENUNJUKKAN
AL-QURAN ADALAH PENAWAR
Hadis Abi Sa’ed
al-Khudri (Muttafuqn ‘Alaihi).
Berkata Ibn al-Qayyim: “Hadis ini menjelaskan berlaku kesembuhan ke
atas pesakit dengan bacaan fatihah ke atasnya tanpa memerlukan sebarang ubat
(Madarik al-Salikin, 1:67).
Berkata Ibn Kathir: “Telah diriwayatkan bahwa ‘Umar al-Khattab
beliau di ruqyah dan sembuh dengan bacaan fatihah.. Rasulullah s.a.w.
menamakannya dengan (al-Ruqyah wa al-Syafiah).
Berkata al-Ghazali: “Cerita ini telah membuat aku berhenti seketika
atas beberapa sebab.. surah fatihah adalah surah yang agong, terkandung di
dalamnya pujian dan doa, aku sangka ianya hanya memberi faedah kepada
pembacanya, akan tetapi ke atas orang yang dibacakan untuknya, itulah yang
terjadi cerita dalam hadis tersebut (al-Syafiat, 27).
Habid Ibn Mas’ud, ‘Aisyah: “ Nabi s.a.w. jika didatang pesakit
kepadanya, Baginda akan mendoakan ke atasnya. Dalam riwayat lain dibacakan
al-Mu’awwizat dengan mengusap tangan kanannya seraya berkata: Azhibil Ba’sa,
washfi Anta al-Syafi, la syifa’an illa syifauk, syifaan la yughadiru saqama”
(Mattafaqun ‘Alaihi).
Berkata al-Hafiz: “Melatakkan tangan ke atas pesakit tujuan
megasihaninya, mengetahui sejauh mana sakitnya bagi mendoakan keafiatan ke atas
apa yang berlaku, mungkin boleh diruqyah dengan menggunakan sentuhan tangan di
tempat yang sakit, ia akan menghasilkan faedah kepada pesakit jika pelawat
seorang yang soleh” (Fahu al-Bari, 10: 126).
Berkata al-Nawawi: “Nabi s.a.w. jika mendapati sesiapa yang mengadu
sakit, Baginda akan sapu dengan tangannya sambal berdoa, “Azhibi al-Ba’sa ..
hingga akhir”. Ini menunjukkan keharusan meletakkan tangan kanan ke atas
pesakit dan mendoakan untuknya. Maknan la yughadiru saqama (tidak meninggalkan) sebarang kesan sakit
(HR: Muslim).
4. PENDAPAT ULAMA’
MENEGNAI AL-QURAN ADALAH PENAWAR
Berkata
al-Syawkani, Ulama berbeza pendapat makna al-Quran itu syifa’ kepada dua:
Pertama,
ianya syifa’ bagi hati dengan menghilangkan kejahilan, ragu-ragu dan membuka
hijab untuk mengenai Allah SWT.
Kedua,
ianya syifa’ bagi penyakit yang zahir dengan rugayah dan ta’awwuz. Tidak salah jika dikatakan
syifa’ mengandungi dua makna. (Fathu al-Qadir, 3: 553).
Berkata
Sayuthi, dari al-Baihaqi, dari Talhah bin Musharrif berkata: “Sesungguhnya
pesakit apabila dibacakan al-Quran terdapat keringanan. Aku masuk bilik
Khaithamah dan dia sedang sakit. Aku berkata: Aku lihat engkau hari ini sihat.
Beliau berkata, aku telah dibacakan al-Quran” (al-Duraru al-Manthur, 3: 553).
Berkata
Ibn al-Qayyim: “al-Quran adalah penawar yang sempurna bagi semua penyakit hati
dan badan, ubat untuk dunia dan akhirat, jadi mengapa orang tidak mahu merawat
menggunakannya?. Jadi, sebaiknya pesakit berubat dengannya, diletakkan di
tenpat yang sakit secara jujur dan iman, penerimaan yang utuh, beri’tiqad yang
sungguh-sungguh serta menepati syaratnya maka penyakit akan hilang. Bagaimana
penyakit hendak melawan kata-kata Tuhan Ampunya lagit dan bumi, yang jika
diturunkan ke atas gunung maka tunduklah gunung atau di bumi maka terbelahlah
ia. Firman Allah S.W.T (al-Ankabut: 51). Siapa yang tidak boleh sembuh dengan
al-Quran maka tidak ada kesembuhan bagunya. Siapa yang tidak cukup dengan
al-Quran maka tidak akan cukuplah ia (al-Tibu al-Nabawi, 352).
5. PERHATIAN PENTING
Sabda
Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menurunkan penyakit melainkan ada
ubatnya, mengetahui siapa yang mengetahui, jahil siapa yang jahil” (HR:
al-Baihaqi).
Hadis
ini memberi penerangan bahawa setiap penyakit ada ubatnya, ia juga memberi
harapan kepada pesakit untuk sembuh dan doktor untuk mencari ubat yang sesuai.
Akan tetapi, ramai yang belum ketemu ubat uang sesuai. Jika tepat ubat dengan
sakit, maka sembuhlah pesakit dengan izin Allah S.W.T.
Berkata
al-Qardawi: “Ini bermakna, penyakit adalah ketentuan Allah SWT dan ubat juga
ketentuan Allah SWT, jadi kenapa tidak kita menerima bahawa sakit adalah qadar
Allah SWT dan ubat juga qadar Allah SWT. Jadi kita menolak qadar dengan qadar.
Ini sunah Allah, menolak qadar lapar dengan qadar makan haus dengan minum,
sakit dengan berubat”.
6. KESAN MENDENGAR
AL-QURAN
a)
Kesan peneyembuhan dengan mendengar al-Quran
b)
Kesan penyembuhan dengan al-Ruqyah
c)
Kesan penyembuhan dengan sebahagian pemahaman al-Quran dan
al-Sunnah
7. PENGGUNAAN
AYAT-AYAT RUQYAH
a)
Mencegah kemudaratan
b)
Menggunakan ruqyah mengikut apa yang disahkan oleh ulama dan doktor
c)
Menggunakan rugyah dalam perubatan konvensional
8. PENUTUP
Mengubati
penyakit menggunakan al-Quran adalah perkara nyata dan berlaku har ini. Ini
telah ditegaskan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah dan melalui kajian
saitifik. Barangsiapa menafsirkan al-Quran hanya sebagai penyembuh hati, maka
tafsirannya adalah singkat, keran ala-Quran adalah penawar hati dan badan.
Melalui kajian tentang Sunnah, kita dapati, penyakit yang dirawat
menggunakan ruqyah di zaman Nabi s.a.w. adalah penyakit-penyakit anggota tubuh
badan, mereka tidak mengetahui tentang sakit jiwa yang berlaku di zaman kita
hari ini.
Sabtu, 28 Januari 2017,
Jam 10.00 pagi hinga 1.00 petang,
Masjid Al-Ansar