Skip to main content
Pesanku Buat Anak.. 

Oleh UDSM, 12 September 2017

Jangan tinggalkan solat, dan solatlah pada waktunya, jika mampu berjemaah kerana solat menjaga kita ketika ayah ibu tiada di depan mata.
Banyakkan doa, kerana doa membuka hati dan minda untuk lulus dalam apa jua ujian, ujian peperiksaan atau ujian kehidupan.
Banyakkan zikir, kerana zikir menenagkan hati, menjernihkan akal dan menajamkan fikiran, menepatkan sasaran untuk capai matlamat dan tujuan.
Banyakkan sedekah jika mampu, kerana sedekah membuka pintu rezki dan membantu di waktu dalam kesempitan dan kesusahan.
Bercakaplah yang baik-baik, kerana setiap percakapan yang baik itu adalah sedekah dan memperoleh 10 pahala serta dicatat dalam timbangan kebaikan oleh Malaikat.
Jauhi bercakap perkara sia-sia, berdiamlah jika tiada yang hendak di perkata. Kerana, seorang mukmin itu cakapnya adalah nasihat, diamnya adalah zikir dan tidurnya adalah ibadah.
Dahulukan orang lain sebelum dirimu, kerana itulah sifat para sahabat Nabi s.a.w sekalipun kamu dalam keadaan kesempitan.
Jauhi pujian manusia, kerana pujian itu hanya tipu daya dan sementara, pujian sebenar hanyalah milik Allah SWT. Dia lah yang berhak dipuji pagi petang, siang malam dan selama-lamanya.
Lakukan kebaikan kepada orang lain semampumu, kerana setiap yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Dengan demilkian, kamu beroleh keberkatan dalam kehidupan.
Jangan sesekali menyalahkan orang lain atau keadaan jika gagal dalam urusan, kerana sikap sedemikian tidak melambangkan kesyukuran sebenar. Akan tetapi, salahkan diri sendiri kerana kurang berusaha mencorak perubahan.
Ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat yang sementara, tempat manusia berlumba-lumba mencari nama, harta dan berbangga-bangga dengan apa yang mereka ada.
Oleh itu, jangan sesekali terpedaya dengan keindahan dan kenikmatan dunia yang sementara. Berlumba-lumbalah menanam benih kebaikan dari sekarang untuk menuai hasilnya di akhirat kemudian.
Pandanglah orang yang di bawah, jangan pandang orang yang di atas, kerana apabila kamu pandang yang di bawah maka kamu akan lebih bersyukur sebab nasibmu tidak seperti mereka. Pandanglah di atas apabila ingin mencotohi mereka.
Berusahalah semaksima mungkin dalam apa jua bidang yang diceburi, kerana itu melambangkan sifat kesyukuran kepada Allah SWT dengan modal yang telah Allah SWT berikan berupa kesihatan, peluang dan kemampuan.
Peliharalah hak Allah SWT, maka Dia akan menjagamu dan sentiasa berada di sisimu. Ketahuilah, tidak akan ada suatu mudharat atau manfaat pun yang boleh sampai kepadamu melainkan dengan izin Allah SWT.
Akhir sekali, jadilah anak yang taat kepada kedua ibu bapamu, kerana itu adalah wasiat Allah SWT kepada manusia untuk menjaga mereka dan berlaku hormat terhadap keduanya.
Jangan sesekali mengangkat suara atau menyakitkan hati mereka, kerana kejayaanmu terletak pada keredhaan mereka, dan keredhaan Allah SWT terletak pada keredhaan keduanya, bahkan syurgamu terletak di bawah telapak kaki mereka.

Popular posts from this blog

FATWA DAN FUNGSINYA

FATWA DAN FUNGSINYA SEBAGAI KOMUNIKASI HUKUM MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA: SATU PENELITIAN Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Rasulullah s.a.w diutus Allah s.w.t sebagai rahmat sekian alam. Dalam menjalankan tugas sebagai rasul, Rasulullah s.a.w bertanggungjawab menyeru umat manusia dengan memberikan panduan-panduan dan memperjelaskan ketentuan hukum daripa Allah s.w.t. Ketentuan hukum-hukum tersebut disampaikan melalui tiga bentuk: a) Penjelasan hukum melalui al-Quran b) Penjelasan hukum melaui al-Sunnah c) Penjelasan melalui ijtihan Baginda sendiri. Fatwa tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Malah, poses ini telah diikuti oleh jenerasi yang hidup selepas Nabi s.a.w mulai daripada jenerasi sahabah, tabi’in dan pengikut tabi’in sehinggalah hari ini dalam mengeluarkan sesebuah fatwa. Definisi Fatwa Menurut ibn Mandzur: “perkataan fatwa berasal dari perkataan Arab al-fata, alfutya, alfutwa yang bererti penjelasan tentang...

Insurans Dan Keperluannya

Insurans Menurut Pandangan Islam Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 1. Pendahuluan 1.1 Insurans dengan kepelbagaian jenisnya merupakan di antara muamalah baru di dalam bidang ekonomi yang memerlukan perbahasan terkini dari sudut Syari’ah. 1.2 Menurut para ulama’, insurans terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama: at-Tabaduli. Kedua, al-ijtima’ie. Ketiga, al-Tijari. 1.3 Jenis pertama dan kedua, para ulama’ sepakat ianya bertepatan dengan asas Syari’ah Islamiah. Manakala jenis yang ketiga - termasuk di dalamnya insurans nyawa – banyak perselisihan pendapat mengenainya. Khilaf ulama’ wujud pada hokum jenis yang ketiga. 1.4 Insurans dengan jenis-jenisnya yang berbeza menjadi satu keperluan social yang mendesak masakini kerana tuntutan keperluan hidup. Masyarakat tidak boleh lari daripadanya. 1.5 Kertas ini bertujuan menglaji semula isyu insurans, secara khusus insurans at-Tijari yang merangkumi isu insurans nyawa, dilihat dari konteks dan kacamata ke...
HARTA PEWARISAN (PUSAKA)             Harta pusaka ialah peninggalan sesaorang yang telah meninggal dunia, baik berupa harta benda atau hak-hak ataupun aset yang mempunyai nilai kebendaan yang dibenarkan syariat untuk dipusakakan oleh ahli waris. Sabda Nabi s.a.w. :             Terjemahnnya: "Baragsiapa yang meninggalkan sesuatu hak atau harta, maka hak atau harta itu adalah untuk ahli warsnya setelah kematiannya".             Perkara-perkara yang termasuk sebagai harta pusaka si mati adalah: a.        Harta benda yang bersifat tetap seperti bangunan, tanah, ladang dan seumpamanya b.       Harat benda yang bersifat tidak tetap atau boleh bergerak seperti, wang tunai, peralatan, kenderaan, barang-barang kemas, pakaian dan seumpamanya. c.   ...