PENGURIUSAN MASJID
SEBAGAI PUSAT KOMUNITI DI SINGAPURA
SEBAGAI PUSAT KOMUNITI DI SINGAPURA
Oleh
Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar
ABSTRAK: Sejak masjid al-Nabawi
dibangunkan di zaman Nabi s.a.w., ia menjadi tempat tumpuan orang ramai sama ada datang
untuk tujuan ibadah, menuntut
ilmu, melakukan kegiatan sosial atau
berbincang mengenai soal pemerintahan negara. Dengan lain perkataan, masjid sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre). Namun, setelah
beberapa abad berlalu, peranan masjid semakin sempit dan fungsinya semakin
mengecil di beberapa tempat, seperti terhad kepada tempat solat lima waktu,
solat Jumaat dan dua Hari Raya
sahaja. Mungkin disebabkan faktor
ekonomi, politik, sosial dan sebagainya yang menghambat kemajuan masjid dari sudut pengisian dan pentadbiran.
Oleh itu, kegemilangan institusi masjid perlu dikembalikan semula dengan mengambil kira keperluan masyarakat yang berubah-ubah dari masa ke semasa, selari dengan peredaran masa dan tempat. Keutamaan perlu diberikan kepada pembangunan
sumber insan, kerana ia adalah asas kepada
perubahan positif masjid seperti, menggajikan pakar bidang dalam pentadbiran, keagamaan dan kemasyarakatan dalam plan pengurusan masjid.
Kerana masjid milik masyarakat dan
dekat di hati mereka sejak berabad lamanya. Dengan adanya pentadbir yang cekap
dan prihatin terhadap pembaharuan, masyarakat akan beroleh manfaat. Untuk tujuan tersebut, dibentangkan tajuk “Pengurusan Masjid Sebagai Pusat Komuniti di Singapura”. Diharap hasil pembentangan ini dapat dijadikan bahan perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada
para peserta seminar.
Kata Kunci: Pengurusan masjid, Pusat komuniti
1. Pengenalan
1.1 Perkataan
“masjid” berasal dari perkataan Arab
“sajada” yang membawa maksud
sesaorang bersujud. Dalam maksud lain, masjid
adalah tempat orang melakukan ibadah.
1.2 Pada
awal kedatangan Islam, masjid tidak dianggap begitu penting kerana semua tempat
adalah suci dan boleh digunakan untuk bersujud (solat), seperti diterangkan
dalam hadis berikut:
“.. Dijadikan
bumi untukku sebagai tempat sujud dan suci lagi mensucikan. Maka di mana saja
salah seorang dari umatku mendapati waktu solat hendaklah ia solat..” (Riwayat
Muslim: no. 810).
1.3 Begitu
juga, permulaan Islam di Makah, Rasulullah s.a.w. dan Sahabat tidak mempunyai
tempat khusus untuk beribadah, mereka melakukan solat secara bersempunyi di
sekitar Kota Makah. Yang iktiraf sebagai masjid pada waktu itu hanyalah al-Masjid
al-Haram yang terletak padanya Ka‘bah.
1.4 Apabila
pengikut Islam bertambah, Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madina pada tahun 622M.
Antara perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. adalah membina ruang berkumpul
untuk orang ramai dan itu adalah institusi pertama dibina dan dikenali sekarang
sebagai Masjid al-Nabawi.
1.5 Di dalam
masjid ini terdapat halaman rumah Rasulullah s.a.w. Selain ianya menjadi tempat
ibadah, ia menjadi tempat berkumpul orang ramai, tempat Nabi s.a.w.
menyampaikan dakwah, khutbah, memimpin solat, tempat membincangkan isu-isu sosial
dan politik masyarakat.
1.6 Kesan
daripada legesi peninggalan Nabi s.a.w. inilah, masjid-masjid yang dibangunkan
selepasnya mengambil contoh fungsi dan peranan Masjid al-Nabawi yang menjadi obor menerangi kehidupan manusia
sehingga kini sejak berabad lamanya.
2.
Masjid di Dunia
Melayu
2.1 Secara
tradisi sejak dulu lagi, masjid menjadi tumpuan masyarakat yang hidup di Bandar
atau kampong dan sebati dalam kehidupan harian masyarat Islam. Masjid bukan
sekadar bangunan untuk masyarakat mendirikan solat sahaja malah, ianya berfungsi
sebagai wadah pertukaran budaya.
2.2 Islam
sampai di rantau ini pada kurun ke 10/11. Namun, masjid tertua mungkin sudah
wujud di rantau ini pada kurun ke 10, walaupun tidak terdapat sisa-sisa
bangunan yang dapat dikesan kerana, kebanyakkan masjid dibina menggunakan asas
kayu yang mudah musnah di telan zaman.
2.3 Walau
bagaimanapu, masjid tertua yang pernah wujud di rantau ini adalah masjid Masjid
Agung Demak di Jawa Tengah. Ini kerana, kesultanan Demak wujud pada akhir kurun
ke 15 dan telah memainkan peranan besar dalam menyebarkan ajaran Islam, secara
khusus di kepulauan Jawa.
3.
Masjid di
Singapura
3.1 Islam bertapak di Singapura pada kurun ke
14.
Namun, agama Islam hanya
mula berkembang pada kurun selepasnya apabila Singapura dipengaruhi oleh
kesultanan Melaka. Jadi, masjid telah wujud sejak kurun ke 15 dan seterusnya.
3.2 Pada
awal kurun ke 17, sejarah ada mencatatkan bahawa Kallang Basin sebagai pusat
perdagangan dan pangkalan Shahbandar (port
master) bagi kesultanan Johor. Tidak mustahil, masjid pernah dibina di
tempat ini sekalipun tidak ada sisa bangunan yang dapat dikesan tercatat dalam lipatan
sejarah (Buyong Adil, 1972).
3.3 Walaupun
tiada rekod awal, masjid tertua yang masih berdiri di Singapura adalah masjid Omar
Kampong Melaka. Terletak di Selatan tebing sungai Singapura, dibina pada tahun
1820 oleh seorang peniaga jutawan, Syed Omar Ali Aljunied yang datang dari Palembang,
Sumatra. Masjid ini telah melalui proses naik taraf sebanyak dua kali, pertama
pada tahun 1855 dan 1981. Masjid ini sekarang telah diwartakan sebagai bangunan
sejarah (historical monument) oleh Lembaga
Warisan Sejarah Singapura (Singapore
Preservation of Monuments Board).
3.4 Sebuah
lagi masjid adalah masjid Sultan, terletak di Kampong Glam, dibina pada tahun 1823.
Rekabentuk asal masjid dengan bumbung bertingkat menyerupai rekabentuk
Nusantara yang terdapat pada masjid Demak. Namun, rekabentuk yang ada sekarang
adalah gabungan Parsi, Mooris dan Turki, membentuk senibina Islam dengan kubah
dan menara yang besar dan tinggi, siap dibina pada tahun 1928, menggantikan
bangunan lama bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat (Anthony
Green, 2007).
3.5 Masjid
Sultan ini selain berfungsi sebagai tempat ibadah, ianya juga menjadi ikon dan
tempat tumpuan pelancong yang berkunjung untuk menyaksikan kehidupan beragama
masyarakat Islam yang bertenaga di Singapura.
3.6 Beberapa
lagi buah masjid telah dibina pada kurun ke 19, sebahagainnya masih ada hingga
sekarang, kebanyakkannya dibangunkan oleh peniaga bangsa Arab dan India, seperti
masjid Dawoodi Bohra Mosque (1829) di Hill Street, Al-Abrar Mosque (1827),
Jamae Chulia (1830) di South Bridge Road, Bencoolen Mosque (1845) di Bencoolen
Street, Hajjah Fatimah Mosque (1846) di Beach Road dan Abdul Ghafoor (1850) di
Dunlop Street.
3.7 Di
Singapura, masjid adalah benteng penting bagi identiti umat Islam dan imbul penyatuan
masyarakat. Masjid bukan hanya fokus kegitannya pada aktiviti agama, malah
menjadi pusat pembelajaran Islam dan pembangunan sosial.
3.8 Setakat
ini, terdapat 71 buah masjid di Singapura dan kebanyakan masjid-masjid ini
diterajui oleh para sukarelawan yang menjadi anggota Lembaga Pentadbir Masjid
(LPM). Pelantikan mereka dibuat oleh Majlis
Ugama Islam Singapura (MUIS) untuk jangkamasa tiga tahun dan di pejabat MUIS terdapat
unit yang memantau pengurusan masjid secara umum (http://www.muis.gov.sg).
4.
Pengurusan
Masjid di Singapura
Pengurusan masjid di Singapura telah melalui
berbagai fasa pembaharuan dan perubahan di sebabkan keperluan semasa masyarakat.
Antaranya adalah seperti berikut:
4.1
(1968), AMLA Dikuatkuasakan,
Peranan Masjid Dilegitimasikan.
4.1.1 Setelah
Singapura mencapai kemerdekaan pada tahun 1965, Akta Pentadbiran Undang-Undang
Islam (AMLA) telah digubal dan berkuatkuasa pada tahun 1968 dengan penubuhan
Majlis Ugama Islam Singapura (http://statutes.agc.gov.sg).
4.1.2 Salah
satu peranan MUIS adalah, mentadbir semua masjid “to administer all mosques” seperti termaktub dalam peruntukan
3.2(e) AMLA.
4.2 (1975), Dana Pembinaan
Masjid (MBF) Ditubuhkan.
4.2.1 Dalam tahun 1970an, Singapura terus
berkembang, surau-surau lama dan masjid terpaksa memberi laluan kepada
projek-projek pembangunan negara yang pesat.
4.2.2 Pemimpin Islam menyedari hakikat bahawa
dalam sebuah Negara yang baru merdeka dan masyarakat Islam hanya membentuk 15% dari
jumlah keseluruhan penduduk maka agak sukar untuk mendapatkan dana bagi mebina sebuah
masjid baru untuk menggantikan yang lama, melainkan semua sumber-sumber dikerahkan.
4.2.3 Pemerintah juga mengakui keperluan tersebut,
akan tetapi dasar kerajaan yang mengamalkan sistem secular, pemerintah
mengambil pendekatan berkecuali (neutral)
tidak memberi keistimewaan kepada mana-mana agama yang dianuti oleh masyarakat
Singapura.
4.2.4 Pada
1975, dengan bantuan pemerintah, Dana Pembangunan Masjid (MBF) telah ditubuhkan,
tujuannya adalah untuk mengutip dana daripada pekerja Islam melalui Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja Central Provident
Fund (CPF) sebagai salah satu mekanisma untuk membina masjid jenerasi baru
di kawasan perumahan.
4.2.5 Masjid
pertama berjaya dibina di bawah skim MBF adalah pada tahun 1977, iaitu Masjid
Muhajirin, yang terletak di Pusat Islam, Bradell Road, dikenali sebagai Singapore Islamic Hub.
4.2.6 Sehingga
tahun 1982, terdapat 83 masjid di Singapura berkhidmat untuk 400,000 orang
Islam membentuk 16.5% dari jumlah penduduk keseluruhan. Namun, sekarang ini
pada tahun 2017, bilangan masjid hanya tinggal sebanyak 71 buah.
4.2.7 MBF
adalah satu kehendak bersama masyarakat Islam menggerakkan sumber, dalam
istilah melayu disebut semangat “bergotong-royong”. Dalam aspek
pengurusan masjid, skim MBF telah memberi tiga kesan positif kepada masyarakat
Islam pada waktu itu, seperti berikut (http://www.muis.gov.sg):
a)
Membantu
mengurangkan masa, tenaga dan sumber umat Islam mengumpul dana untuk membangun
masjid.
b)
Struktur
organisasi dan sistem kewangan di masjd-masjid yang baru dibina
diselarikan.
c)
Mengukuhkan
lagi semangat kerjasama di kalangan umat Islam terhadap komitmen membangun
masjid baru.
4.3 (1982), Kertas
Cadangan Garispandu Peranan Masjid.
4.3.1 Sejak
awal 1980an, masjid-masjid di Singapura telah meluaskan kegiatannya menjangkaui
perkara-perkara berikut:
a)
Pusat nasihat
keluarga.
b)
Pusat khidmat
maklumat;
c)
Pusat latihan
akademi dan dakwah;
d)
Pusat bantuan
bagi orang susah dan anak yatim
4.3.2 Pada tahun
1982, MUIS telah mengeluarkan satu laporan yang melakarkan garispandu besar
peranan bagi enam buah masjid baru yang telah dibina menggunakan dana MBF
antara tahun 1975 hingga1980 (Mansur Sukaimi, 1982).
4.3.3 Laporan
ini menunjukkan kesungguhan MUIS melihat akan kepentingan peranan dan fungsi institusi
masjid dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Singapura. Antara yang
digambarkan dalam laporan tersebut adalah:
“It (the mosque) is meant to be a place of
worship, an educational institution, a spiritual centre, a council chamber for
the deliberation of community affairs, a community service centre, a
secretariat office or other such purpose that will bring about the optimal
growth and prosperity of the Muslim, individually and as a collective entity.”
4.3.4 Ini adalah salah satu usaha MUIS dan
masyarakat secara kolektif untuk meningkatkan lagi fungsi masjid secara
komprehensif bagi memenuhi keperluan masyarakat yang berubah dari sebuah kapong
kepada sebuah bandar metropolitan.
4.3.5 Berikut adalah sebahagian wawasan
kegiatan-kegitan masjid baru yang tercatat dalam laporan (1982):
Educational
|
Religious
|
Public Events
|
Kindergartens
|
Daily
Prayers
|
Awal
Muharram
|
Religious
classes
|
Friday
prayers
|
Maulid Nabi s.a.w
|
Lessons on Qur’an
and Hadith
|
Tarawih and prayers for
Aidil Fitri and Aidil Adha
|
Israk Mikraj
|
Courses for Haj pilgrims
|
Circumcision
|
Provisions of free porridge and meals during
Ramadhan
|
Lessons on the management of Muslim deaths
|
Administration of deaths
and burials
|
Collection of Zakat Fitrah
|
Kuliah Subuh (Lectures)
|
Readings of Qur’an and Hadith
|
Aqiqah-Korban
|
Religious lectures and talks
|
Administration of orphans, destitute and welfare
matters
|
Administration of Hajj
|
Arabic language and “Jawi”
|
Administration of converts
|
National Day ceremonies
|
Library services
|
Family counselling
|
School holidays’ activities
|
Tuition and remedial classes
|
||
Leadership and community
development courses
|
||
Granting of scholarship
and financial assistance
|
4.4 (1994), Penganjuran Seminar
(Singapore MUIS, 1994)
4.4.1 Peminpin masjid merasakan perlu diperkukuhkan lagi
sistem pengurusan dan perkhidmatan masjid sejak dari tahun 1980an, bagi
mengatasi cabaran alaf baru.
4.4.2 Oleh itu, sebuah seminar dianjurkan
membincangkan berkisar kepada perkara-perkara
berikut:
a)
Mengkaji semula
tahap pencapaian masjid
b)
Mengenalpasti
tahap kekuatan dan kelemahan
c)
Memeta
halatuju, visi dan strategi agar masjid kekal relevan.
4.5 (1996), Seminar Kedua (Singapore
MUIS, 1996).
4.5.1 Dua tahun selepas seminar pertama diadakan,
seminar kedua menyusul bagi membincangkan kedudukan masjid dalam empat aspek
teras.
4.5.2 Antara aspek tersebut adalah seperti berikut:
a)
Perkhidmatan
agama
b)
Pendidikan
Islam
c)
Khidmat keluarga
dan kebajikan
d)
Maklumat dan
rujukan
4.6 (1999-2000), Siri
Perbincangan (Singapore MUIS, 2000).
4.6.1 Beberapa siri perbincangan
dengan pemimpin masyarakat diadakan melibatkan
pegawai dan pentadbir lebih 35 buah masjid. Perbincangan tertumpu kepada tema “pengukuhan
keberkesanan masjid di alaf 21” (strengthening
mosque effectiveness in the 21st century).
4.6.2 Hasil perbincangan, beberapa bidang penting
dikenalpasti untuk diberikan perhatian khusus bagi meningkatkan piawaian masjid
sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of
Excellence).
4.6.3 Antaranya adalah:
a)
Kepimpinan
masjid
b)
Pengurusan dan
pentadbiran masjid
c)
Pembangunan
sumber manusia
d)
Kewangan dan
sumber kewangan
e)
Sistem
komunikasi
f)
Teknologi
maklumat
g)
Perancangan
program
5.
Cabaran Masjid
Alaf Baru
5.1
Apabila dunia memasukki alaf baru 2000, banyak cabaran baru dihadapi
masyarakat yang mendorong pemimpin masjid melakukan rombakan demi rombakan untuk
mengukuhkan lagi institusi masjid dalam kehidupan masyarakat.
5.2
Antara cabaran terbesar adalah seperti berikut:
a) Globalisasi
b) Modenisasi
c) Demografik penduduk
d) Trend keagamaan
6. Penyusunan
Semula Masjid
6.1 Di
sebabkan cabaran-cabaran terbaru yang dihadapi, maka para pemimpin masjid berpendapat,
peranan masjid perlu disusun semula dari segi kepimpinan dan pengisian selain
meneruskan khidmatnya dalam tujuh bidang teras masjid sebagai Pusat
Kecemerlangan Centre of Excellence yang
telah dilakarkan pada (1999-2000).
6.2 (2005)
Konvension Masjid (Singapore
MUIS, 2005)
6.2.1 Terdapat
lima teras diperkenalkan dalam konvesyen 2005, ianya adalah:
a)
Fokus
masyarakat, dalam semua aspek pentadbiran dan perkhidmatan masjid
b)
Menganjurkan
program khusus, bagi memenuhi keparluan masyarakat semua peringkat yang berbeza
c)
Memupuk
semangat pemilikan melalui pemerkasaan masyarakat sivik.
d)
Memupuk sikap
urustadbir masjid yang baik khususnya ketelusan dan tanggungjawab dalam bidang
kewangan dan operasi masjid
e)
Mengamalkan
semangat kerjasama melalui perkongsian kerja dan bergerak ke arah tujuan
bersama bagi semua masjid
6.2.2 Daripada
lima teras tersebut maka lahirlah empat cadangan strategik Konvensyen 2005 seperti
berikut:
a)
Meyusun semula kandungan
pembelajaran Islam dengan merombak kurikulum dan methodologi, serta menempa identiti
Islam Singapura di masjid.
b)
Membentuk
semula kepimpinan, dengan menyusun struktur untuk mengangkat kedudukan pimpinan
masjid lebih tinggi, di samping mengukuhkan keupayaan pemimpin dan membudayakan
semangat sivik dalam masyarakat masjid.
c)
Memperkenalkan
dan melaksanakan idea Social Enterprise
di masjid, dengan menarik sumber untuk memaksimakan faedah dan memperkenalkan
sistem kecemerlangan masjid Mosque
Excellence System.
d)
Membentuk
semula pengisian pembangunan sosial, dengan menjadikan masjid lebih mesra
belia, mesra keluarga dan mesra masyarakat.
6.3 (2011) Konvension Masjid
(Singapore MUIS, 2011)
6.3.1 Presiden MUIS, Hj Mohd
Alami Musa ada menyebut dalam mesyuarat masjid-masjid pada 16 April 2011 bertempat
di masjid Sultan:
“Telah
banyak usaha dilakukan untuk “do things right” dan kemudian “doing the right
things”. Tetapi, dengan perubahan lanska socio-ekonomi dan demografi hari ini, maka
tibalah masnya pemimpin masjid lawati revisit semula masjid dengan berkata:
“What more can be done and done differently?”
6.3.2 Menerusi saranan tersebut, pemimpin masjid terdorong
melakukan perubahan di samping mahu menyuntik nilai-nilai teras core values. Terdapat empat nilai teras yang
menjadi pegangan asas pimpin masjid. Ianya adalah:
a) Iman: berkhidmat di masjid dengan penuh taqwa
b) Ilmu: semua perbuatan berasaskan kefahaman Qur’an dan
Sunnah, mempunyai pengetahuan mendalam tentang masyarakat serta berkeupayaan
mengurus masjid.
c) Ihsan: bersungguh-sungguh memeberi khidmat dan melayan semua manusia dengan kasih
sayang, belas kasihan serta hormat.
d) Islah: menjadi ajen perubahan dan sanggup merubah kehidupan orang lain.
6.4 Peranan Masjid Alaf Baru
6.4.1 Selain empat nilai yang menjadi teras asas
kepimpinan masjid alaf baru, ada tiga cadangan strategik yang diketengahkan
dalam Konvesyen 2011. Ianya adalah:
a)
Meningkatkan Kerohanian (Enhancing Spirituality).
b) Membimbing Masyarakat (Guiding Community).
c) Merubah Kehidupan (Changing Lives).
6.4.2 Meningkatkan Kerohanian
a) Mengukuhkan masjid
sebagai institusi yang menyediakan ketenangan dan meningkatkan kerohanian masyarakat
melalui program-program agama yang berkesan.
b)
Menyediakan ruang di masjid untuk masyarakat
memperoleh ketenangan jiwa
c)
Pemimpin masjid, pegawai, asatizah, Imam sentiasa
bersiap sedia memberikan bantuan, sokongan dan
bimbingan masyarakat
d)
Menyediakan program sosio-agama yang dapat mendalamkan kerohanian, menguatkan
iman, meningkatkan keyakinan dan ketahanan beragama dalam masyarakat.
6.4.3 Memimpin Masyarakat
a)
Membangun kepimpinan masjid yang bakal membuat
perubahan dan memimpin masyarakat di dalam dunia yang semakin mencabar.
b)
Meneruskan plan MC05 dengan menjadikan masjid mesra keluarga, belia dan masyarakat.
c)
Memperkenalkan program wajib sijil pengurusan masjid separuhmasa kepada
semua penjawat penting masjid sepenuhmasa
d)
Menaikkan taraf peranan Imam Eksekutif, mejadi tokoh agama masyarakat.
e)
Memupuk budaya kepimpinan rendah diri dengan falsafah bahawa, pengunjung
dan pelawat adalah tetamu Allah SWT.
f)
Meneruskan dasar kepelbagaian melibatkan lebih ramai golongan muda, wanita,
dan warga baru Islam di dalam kepimpinan dan pengurusan masjid.
6.4.4 Merubah Kehidupan
a) Menjadikan masjid
sebagai touch point yang merubah
kehidupan dengan meningkatkan jangkauan.
b)
Mewujudkan asas sokongan, meningkatkan penyertaan program-program
dan meredakan cabaran sosial masyarakat.
c)
Mewujudkan asas sokongan kepada orang-orang yang dating ke masjid dengan
semangat kepemilikan yang tinggi dan untuk menyumbang di masjid tanpa
kepentingan peribadi.
d)
Mengamalkan konsep dari buaian ke liang lahad (cradle to grave) untuk masyarakat sebagai pusat kehidupan mereka.
e)
Meningkatkan keupayaan outreach
dengan mengukuhkan jaringan masyarakat untuk membawa lebih ramai datang ke
masjid.
f)
Meningkatkan inisiatif pembangunan sosial bagi meringankan cabaran yang
dihadapi oleh masyarakan di kejiranan masjid.
6.4.5 Sehingga hari ini, masjid-masjid
di Singapura bergerak mengikut landasan yang telahpun dilakarkan oleh
pemimpin-pemimpin masjid melalui platform Konvension 2011. Konvensyen
selanjutnya akan di adakan pada tahun 2018.
7. Penutup
7.1 Semua idea dan cadangan-cadangan yang
dikemukakan adalah hasil kerja keras masyarakat dan kepimpinan masjid yang
mahukan perubahan-perubahan dan pembaharuan bukan hanya bangunan luaran masjid
akan tetapi, pengisian-pengisian (content)
yang dapat mendalamkan iman, ilmu pengetahuan, serta ketenangan jiwa
masyarakat.
7.2 Selain itu, masjid juga menjadi tempat
bagi masyarakat mendapatkan bantuan sosial bagi meringankan sedikit
bebanan-bebanan yang dihadapi masyarakat, selain menjadi pusat rujukan dalam
semua bidang yang diperlukan. Masjid akan memainkan peranannya menyalurkan
keperluan masyarakat kepada agensi-agensi yang berkaitan dengan masalah mereka.
7.3 Kesemua cadangan strategik beserta dengan
initiatif yang dibentangkan dalam perbincagan menjadi wawasan masjid-masjid dan
dilaksanakan dalam tempoh 5 atau 7 tahun untuk direalisasikan. Setelah itu, ianya
akan diperhalusi semula dalam platform yang lain pula bagi mendapatkan
maklumbalas baru demi pengukuhan masjid.
7.4 Kesimpulannya, perubahan pasti berlaku terhadap
insitusi masjid di sebabkan perubahan keadaan. Cadangan-cangan baru perlu
diadakan bagi membolehkan masjid bergerak seiring dengan kemajuan Negara dan
dunia. Masjid tidak lagi mamapu bergera secara bersendirian untuk mengatasi
cabaran. Oleh itu, penubuhan kelompok masjid (EMC) dan Masjid Mengetui
Pembangunan Sosial (SD Lead Mosque)
adalah salah satu usaha penyatuan.
7.5 Hari ini, masjid-masjid di Singapura
telah merealisasikan kebanyakan visi dan misi yang telah dicadangkan melalui
kertas cadangan dan seminar sejak tahun 1968 sehingga Konvensyen masjid yang
terakhir pada tahun 2011 dan seminar selanjutnya akan berlaku pada 2018.
7.6 Hasil seminar sebagai contoh, masyarakat
tidak lagi mempunyai tanggapan stereotaip jantina mengenai peranan wanita di
masjid. Kaum wanita telah memainkan peranan penting menerajui kepimpinan masjid
yang selama ini didominasi oleh kaum lelaki. Kepimpinan tertinggi masjid-masjid
besar kebanyakannya berjawatan sepenuhmasa dan pegawai-pegawai masjid wajib
mengikuti kursus-kursus pengurusan yang ditetapkan oleh MUIS. Semuanya ini
untuk menjadikan masjid-masjid sebagai pusat kominiti masyarakat yang berdaya
saing.
06 September 2017
Wassalam.