Skip to main content

Hidup Setelah Mati

HIDUP SETELAH MATI


Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar



PENDAHULUAN

APAKAH YANG WAJIB DILAKUKAN OLEH PESAKIT ?.

1. Redha dengan Qadar, sabar dengan qadha’ dan sangka baik terhadap Allah.
2. Hendaklah senentiasa merasa takut serta berharap, takut akan azab Allah diatas dosa-dosa serta sentiasa mengharap rahmat dari Allah swt.
3. Tidak boleh bercita-cita untuk mati, sekalipun s\mengalami sakit yang melarat.
4. Menunaikan hak-hak keatas orang lain, jika mampu berbuat demikian. Jika tidak lakukan wasiat seperti ini seberapa segera.
5. Wajib keatas pesakit meninggalkan wasiat kepada kaum kerabat yang tidak mewarisinya.
6. Bagi pesakit diharuskan mewasiatkan 1/3 daripada hartanya kepada kaum kerabat. Tidak dibenarkan lebih dari itu.
7. Hendaklah disaksikan dua lelaki Islam yang adil. Jika tidak dua lelaki bukan Islam memadai.
8. Tidak boleh mewasiatkan harta peninggalan kepada dua ibu bapa dan kaum kerabat yang mempunyai bahagian mereka dalam harta warisan.
9. Diharamkan ketidak adilan dalam membuat wasiat. Seperti mengharamkan sebahagian waris daripada hak dan bahagiannya atau melebihkan sebahagian yang lain. Wasiat seperti ini tidak sah dan ditolak oleh syara’.
10. Harus bagi pesakit mewasiatkan ahli warisnya menjauhkan perkara-perkara Bid’ah dalam penguruskan jenazah.
TALQIN KEATAS ORANG YANG SEDANG NAZAK

Jika kita berhadapan dengan orang yang sedang nazak, maka hendaklah melakukan perkara-perkara berikut:
1. Talqinkan kalimah syahadah.
2. Hendaklah mengatakan perkataan-perkataan yang baik serta mendoakannya. Kerana Malaikat akan mengaminkan apa yang kita katakana.
3. Menyuruh orang yang sedang nazak mengucapkan syahadah, bukan dengan hanya mendengarkannya sahaja. Cukup dengan:

لاَِإلَهَ ِإلاَّ اللهُ

4. Adapun membacakan surah Yasin disisi orang yang sedang nazak serta menghadapkan mukanya kerah kiblat, tidak terdapat hadis sahih mengenainya. Bahkan disanggah oleh Saeed Ibn Musayyib perbuatan tersebut.
5. Tidak menjadi kesalahan bagi seorang Islam menghadiri pesakit bukan Islam untuk mengajar Islam agar ia beriman.
APA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PENGURUS JENAZAH ?.

Apabila pesakit telah kembali ke Rahmatullah, hendaklah dilakukan perkara-perkara berikut:
1. Menutup kedua matanya
2. Mendoakan keatasnya.
3. Menutup dengan kain seluruh tubuhnya, selain yang mati dalam keadaan ihram, meraka tidak ditutup muka dan kepalanya.
4. Mempercepatkan pengurusan jenazah, jika telah jelas kematiannya.
5. Hendaklah mengkebumikan jenazah di negara di mana ia meninggal dunia. Tidak digalakkan memindah-mindahkan mayit, kerana yang demikian melanggar syariat agar mempercepatkan.

APA YANG HARUS DILAKUKAN OLEH MEREKA YANG MENGHADIRI JENAZAH?.

Harus bagi memeraka membuka wajah mayat dan menciumnya diantara dua matanya. Berdasarkan apa yang dilakukan oleh Abu Bakar r.a. beliau menciun Nabi s.a.w. setelah kewafatannya, serta menangis selama tiga hari diatas pemergian Baginda s.a.w.

APA YANG WAIB DILAKUKAN KEATAS KELUARGA SI MATI

Wajib keatas keluarga si mati apabila menerima berita kematian melakukan perkara-perkara berikt:

1. Sabar dan Redha. Sebagaimana firman Allah s.w.t:
2. Istirja’. Dengan mengatakan:

إنا لله وإنا إليه راجعون

PERKARA YANG HARAM DILAKUKAN OLEH KERABAT MAYAT

Rasulullah s.a.w. telah mengharamkan beberapa erkara yang masih diakukan oleh sebahagian manusia jika berlaku kematian. Maka wajib bagi kita mengetahuinya agar dapat menjauhinya:

1. Menangis dan meraung
2. Memukul-mukul pipi sambil mengoyakkan pakaian
3. Membotakkan kepala
4. Menyebarkan syair khusus untuk si mati
5. Mengiklankan kematian melalui menara-menara.

TANDA-TANDA HUNUL KHATIMAH.
Allah s.w.t telah menetapkan tanda-tanda yang jelas menunjukkan sesaorang itu mati dalam husnul khatimah. Seandainya sesaorang itu meninggal dunia dengan salah satu tanda berikut, maka baginya berita gembira.

1. Mati mengucap kalimah syahadah ketika mati.
2. Meninggal dengan berpeluh di dahi
3. Meninggal malam Jumaat
4. Mati syahid di medan pertempuran
5. Mati di jalan Allah s.w.t.
6. Mati kerana taun
7. Mati kerana penyakit perut
8. Mati tenggelam
9. Mati wanita kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar
11. Mati mempertahankan agama dan diri
12. Mati ribath fi sabilillah
13. Mati melakukan amal soleh
14. Mati dibunuh oleh pemimpin yang zalim kerana menasihatinya.

PUJIAN MANUSIA KEATAS JENAZAH

Pujian manusia keats jenazah amat diperlukan daripada orang Islam yang jujur sekurang-kurangnya dua orang dikalangan jiran tetangga yang baik dan berilmu. Ini boleh menjadi syafaat kepada si mati untuk masuk syurga.

MEMANDIKAN MAYAT

Apabila meninggal seorang itu, maka wajib bagi sebahagian orang yang hadir – khususnya pengurus jenazah – melaksanakan perkara berikut:

1. Segera memandikannya
2. Menjaga perkara berikut semasa memandikan mayat:
3. Memandikan tiga kali
4. Memandikan dengan witir
5. Memandikan dengan sabun
6. Dicampurkan air dengan minyak wangi pada akhir mandian
7. Meleraikan rambut
8. Membersihkan kekotoran
9. Mulakan dari sebalah kanan
10. Mayat lelaki dimandikan oleh lelaki begitu juga dengan mayat wanita. Kecuali suami isteri.
11. Ditutup aurat mayat dengan kain semasa memandikannya, supaya tidak terlihat aurat atau terpegang.

Pahala besar bagi mereka yang menguruskan dan memandikan jenazah dengan dua:

1. Menutup rahsia si mati, tidak menceritakan kepada sesiapa cacat cela yang dilihatnya daripada tubuh si mati.
2. Hendaklah ia melakukan pengurusan jenazah itu semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t.

Disunatkan bagi mereka yang memandikan mayat supaya mandi juga.

Tidak disyari’atkan memandikan orang yang mati syahid, sekalipun diketahui dia junub, kerana Malaikat akan memandikannya.

MENGKAFANKAN MAYAT

Setelah selesai memandikan mayat, maka wajib pula dikaankan sebagaimana yang diperintahkan Nabi s.a.w. Ini perlu dilakukan mengukut ketentuan berikut:

1. Hendaklah kain kafan tersebut dibeli dari harta peninggalan si mati.
2. Hendaklah kain tersebut lebar dan luas, boleh menutupi seluruh tubuh si mati
3. Jika kain kafan sedikit, manakala bilangan mayat banyak. Harus mengkafankan sejumlah mayat dengan kain kafan yang satu.
4. Jika kain kafan pendik. Tutuplah kepala si mati dan sebahagian tubuhnya, selainnya ditutup dengan daun-daun atau rumput rampai.
5. Tidak boleh membuka baju orang yang mati syahid. Bahkan dikebumikan dalam keadaan tersebut.
6. Harus mengkafankan mayat dengan sehelai kain atau lebih.
7. Orang yang ihram dikebumikan dengan dua helai pakain ihramnya.
8. Diharuskan kain kafan itu berwarna putih.
9. Dilarang mengkafankan mayat lebih dari tiga helai kain kafan
10. Wanita dikafankan seperti lelaki, selagi tidak ada dalil yang membezakannya.

MENGUSUNG JENAZAH DAN MENGIRINGINYA

1. Wajib mengusung jenazah ke tanah perkuburan serta mengiringinya, kerana itu adalah hak bagi seorang Islam keatas saudaranya.
2. Mengiringi jenazah ada dua keadaan:
· Mengiringi jenazah sehingga selesai disembahyangkan
· Mengiringi jenazah sehingga selesai dikebumikan. Tidak syak lagi keadaan yang kedua alahah lebih baik daripada yang pertama.
3. Kelebihan mengiringi jenazah hanya diberikan kepada kaum lelak sahaja, bukan keatas kaum wanita.
4. Tidak sekali-kali dibenarkan mengiringi jenazah dengan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syari’ah. Seperti, dengan memekik serta membakar sesuatu benda. Termasuk mengangkat suara dengan berzikir dihadapan jenazah.
6. Wajib cepat dalam perjalanan, tidak sampai berlari.
7. Di haruskan mengiringi jenazah dihadapan dan belakang, kanan dan kiri dengan syarat berhampiran jenazah. Melainkan yang menunggang kenderaan perlu mengikut dibelakang.
8. Adapun mengusung jenazah dengan kenderaan yang dikhususkan serta mengiringinya dengan kenderaan adalah kurang wajar, jiaka ianya dapat dilakukan dengan tidak menggunakan kenderaan, atas beberapa sebab:
9. Kerana itu adalah sebahagian ‘adat orang kafir.
10. Kerana ini bertentangan dengan sunah Nabi s.a.w dalam mengiringi jenazah.
11. Kerana ini boleh melenyapkan matlamat sebenar mengusung serta mengiringi jenazah, iaitu mengigatkan akhirat.
12. Menjadi penyebab kurangnya orang yang mahu mengiringi jenazah. Kerana tak semua mempunyai atau mampu menyewa kenderaan.
13. Adapun dua jenis berdiri ketika ada jenazah telah dimansukhkan:
· Berdiri ketika berlalu jenazah
· Berdiri ketika jenazah selesai dikebumikan

SOALAT JENAZAH

1. Solat jenazah adalah fardhu kifayah, berdasarkan arahan Nabi s.a.w.
2. Dikecualikan dua golongan manusia. Mereka tidak wajid disembahyangkan:
· Kanak-kanak yang belum baligh
· Orang yang mati syahid. Akan tetapi ini tidak bermakna

Popular posts from this blog

FATWA DAN FUNGSINYA

FATWA DAN FUNGSINYA SEBAGAI KOMUNIKASI HUKUM MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA: SATU PENELITIAN Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Rasulullah s.a.w diutus Allah s.w.t sebagai rahmat sekian alam. Dalam menjalankan tugas sebagai rasul, Rasulullah s.a.w bertanggungjawab menyeru umat manusia dengan memberikan panduan-panduan dan memperjelaskan ketentuan hukum daripa Allah s.w.t. Ketentuan hukum-hukum tersebut disampaikan melalui tiga bentuk: a) Penjelasan hukum melalui al-Quran b) Penjelasan hukum melaui al-Sunnah c) Penjelasan melalui ijtihan Baginda sendiri. Fatwa tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Malah, poses ini telah diikuti oleh jenerasi yang hidup selepas Nabi s.a.w mulai daripada jenerasi sahabah, tabi’in dan pengikut tabi’in sehinggalah hari ini dalam mengeluarkan sesebuah fatwa. Definisi Fatwa Menurut ibn Mandzur: “perkataan fatwa berasal dari perkataan Arab al-fata, alfutya, alfutwa yang bererti penjelasan tentang...

Insurans Dan Keperluannya

Insurans Menurut Pandangan Islam Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 1. Pendahuluan 1.1 Insurans dengan kepelbagaian jenisnya merupakan di antara muamalah baru di dalam bidang ekonomi yang memerlukan perbahasan terkini dari sudut Syari’ah. 1.2 Menurut para ulama’, insurans terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama: at-Tabaduli. Kedua, al-ijtima’ie. Ketiga, al-Tijari. 1.3 Jenis pertama dan kedua, para ulama’ sepakat ianya bertepatan dengan asas Syari’ah Islamiah. Manakala jenis yang ketiga - termasuk di dalamnya insurans nyawa – banyak perselisihan pendapat mengenainya. Khilaf ulama’ wujud pada hokum jenis yang ketiga. 1.4 Insurans dengan jenis-jenisnya yang berbeza menjadi satu keperluan social yang mendesak masakini kerana tuntutan keperluan hidup. Masyarakat tidak boleh lari daripadanya. 1.5 Kertas ini bertujuan menglaji semula isyu insurans, secara khusus insurans at-Tijari yang merangkumi isu insurans nyawa, dilihat dari konteks dan kacamata ke...
HARTA PEWARISAN (PUSAKA)             Harta pusaka ialah peninggalan sesaorang yang telah meninggal dunia, baik berupa harta benda atau hak-hak ataupun aset yang mempunyai nilai kebendaan yang dibenarkan syariat untuk dipusakakan oleh ahli waris. Sabda Nabi s.a.w. :             Terjemahnnya: "Baragsiapa yang meninggalkan sesuatu hak atau harta, maka hak atau harta itu adalah untuk ahli warsnya setelah kematiannya".             Perkara-perkara yang termasuk sebagai harta pusaka si mati adalah: a.        Harta benda yang bersifat tetap seperti bangunan, tanah, ladang dan seumpamanya b.       Harat benda yang bersifat tidak tetap atau boleh bergerak seperti, wang tunai, peralatan, kenderaan, barang-barang kemas, pakaian dan seumpamanya. c.   ...