Langkau ke kandungan utama

Catatan

Selagi Kita Dinamakan Manusia

Selagi kita dinamkan manusia, pasti ada masalahnya. Masalah tersebut samada yang telah dilalui atau sedang dan bakal dilalui. Masalah manusia biasanya ada kaitan dengan sesama manusia. Seperti, suami isteri, mertua, menantu, anak, ibu ayah, saudara mara dan sahabat handai. Kedua, masalah kewangan dan ketiga, masalah kesihatan. Masalah yang paling banyak dilalui oleh manusia biasanya yang berhubungkait dengan sesama manusia.

ISLAM SEDERHANA

ISLAM SEDERHANA Oleh Ustaz Dr Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Sejak akhir-akhir ini kita mendengar suara-suara yang menyeru umat Islam menjadi umat yang moderate, umat yang “sederhana” atau pertengahan. Sederhaan dalam segala tingkah laku dan bentuk perbuatan. Ini amat menyedihkan, apatah lagi suara-suara tersebut datangnya dari golongan bukan Islam untuk mengajar kita bagaiamana memprektikkan Islam dengan cara yang betul. Jika kita umat Islam menghayati Islam dengan benar-benar serta kembali kepada ajarannya yang murni, kita akan dapati, Islam itu sendiri adalah agama pertengahan dan sederhana dalam asas-asas pendidikannya. Ini telah di jelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat: 143: Bermaksud: “Dan demikianlah (pula) Kami telah menkadihan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan, agar mereka menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”. Prinsip ini telah dijelaskan dengan perkataan dan perbuatan oleh ...

IBU BAPA PENDIDIK ANAK-ANAK

IBU BAPA PENDIDIK ANAK-ANAK Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 1. Mendidik adalah menjaga atau melatih seseorang. Apabila seseorang itu dilatih bercakap benar, maka setiap perkataan dan pertuturan yang diucapkan sentiasa benar dan tidak dusta. Kebiasaan ini akan menjadi darah daging dalam dirinya dan menjadi adat kebiasaan. Akhirnya, akan terbentuklah sifat dan keperibadian yang luhur dalam diri manusia ini. Keperibadian pula akan melahirkan kemahuan, manakala kemahuan akan mendorong sesaorang melaksanakan sesuatu dengan apa yang dididik. Jika acuan pendidikan itu merupakan pendidikan Islam, nescaya akan lahirlah insan soleh yang memiliki syaksiah Islamiah sebenar yang dapat dilihat dan dalam kehidupan seharian mereka. 2. Dalam mencapai matlamat pendidikan Islam, ibu bapa merupakan agen terpenting selain daripada sekolah dan masyarakat sekitaran. Kanak-kanak membesar bermula di rumah dan di rumahlah merupakan sekolah meraka yang pertama bagi seseorang kanak-kanak. Ib...

Hidup Setelah Mati

HIDUP SETELAH MATI Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar PENDAHULUAN APAKAH YANG WAJIB DILAKUKAN OLEH PESAKIT ?. 1. Redha dengan Qadar, sabar dengan qadha’ dan sangka baik terhadap Allah. 2. Hendaklah senentiasa merasa takut serta berharap, takut akan azab Allah diatas dosa-dosa serta sentiasa mengharap rahmat dari Allah swt. 3. Tidak boleh bercita-cita untuk mati, sekalipun s\mengalami sakit yang melarat. 4. Menunaikan hak-hak keatas orang lain, jika mampu berbuat demikian. Jika tidak lakukan wasiat seperti ini seberapa segera. 5. Wajib keatas pesakit meninggalkan wasiat kepada kaum kerabat yang tidak mewarisinya. 6. Bagi pesakit diharuskan mewasiatkan 1/3 daripada hartanya kepada kaum kerabat. Tidak dibenarkan lebih dari itu. 7. Hendaklah disaksikan dua lelaki Islam yang adil. Jika tidak dua lelaki bukan Islam memadai. 8. Tidak boleh mewasiatkan harta peninggalan kepada dua ibu bapa dan kaum kerabat yang mempunyai bahagian mereka dalam harta warisan. 9. Diharamkan ket...

Salam Pertemuan

Assalamulaikum wrt wbt , Kepada pembaca yang budiman, Blog ini kami sediakan dengan tujuan, antaranya adalah: a) mengongsi maklumat mengenai isu-isu agama terkini bagi mengukuhkan akidah Islamiah b) menerangkan kepada masyarkat akan bahaya amalan sihir dan cara-cara mengubatinya c) berkongsi pengalaman dan maklumat sepanjang penglibatan dalam bidang rawatan d) membantu masyarakat mengatasi masalah yang dihadapi melalui nasihat agama wasiat al-Quran e) ruang perkongsian ilmu dan pengalaman Untuk itu, kami juga akan mengisi blog ini dengan cerita-cerita dan pengalaman realiti kehidupan yang dilalui oleh masyarakat Islam di Singapura agar dapat dijadikan iktibar serta pengajaran kepada yang lain dan tidak melakukan kejahatan kedurjanaan terhadap orang lain. Semaoga artikel-artikel dan nasihat-nasihat agama yang diberikan dalam blog ini dapat membantu merubah sedikit sebanyak pemikiran dan kehidupan serta memberi inspirasi kepada manusia. Email: darul_ilaj...

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Masaalah sihir adalah masalah besar yang wajib dibuat kajian oleh para ‘ulama’. Adalah menjadi tanggungjawab mereka membasmi kegiatan sihir yang berleluasa dikalangan masyarakat kita hari ini. Tukang sihir bekerja siang malam membantu menunaikan niat jahat sesaorang terhadap sesama manusia, semata-mata memperoleh kepentingan peribadi. Akibatnya, ramai manusia merana hasil perbuatan tukang sihir tadi. Oleh yang demikian, hukum menerangkan tentang bahaya sihir terhadap masyarakat adalah wajib keatas para ‘ulama’. Bahkan yang lebih penting lagi memberi bantuan berupa perubatan yang diizinkan oleh Islam keatas mereka yang menderita akibat mangsa sihir supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan tukang sihir apatahlagi mengharapkan bantuan mereka ketika dalam kesusahan. Nota ini telah saya bahagikan kepada empat bahagian berikut: · Bahagian Pertama: Pengenalan Tentang Sihir ...

Kursus Teknik-Teknik Rawatan Sihir

Kursus Teknik-Teknik Rawatan Sihir ( Menyingkap Kaedah Pagar Diri Dari Gangguan Sihir Dan Ilmu Hitam ) Oleh YB Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar __________________________________ Minggu (1-2): Pengenalan Tentang Sihir: · Hukum Merawat Dengan Al-Quran · Sebab Sebab Rasukan Jin Ke Badan Manusia · Tanda Tanda Rasukan Jin · Jenis-Jenis Rasukan · Maklumat Penting Minggu (3-4): Teknik Rawatan Sihir · Sifat Perawat · Teknik Umum Merawat Sihir · Teknik Khusus Merawat Sihir Minggu (5): Kaedah Pagar Diri dari Gangguan Sihir: · Benteng Bagi Pasangan baru Berumahtangga · Benteng Umum Melawan Jin Dan Syaitan Minggu (6-8): Jenis Sihir Dan Tanda Tandanya · Sihir Pemisah · Sihir Pengasih · Sihir Pukauan · Sihir Gila · Sihir Kera Sumbang . Sihir Histeria · Sihir Penderitaan Sakit · Sihir Pendarahan · Sihir Menggagalkan Pernikahan Matlamat kursus ini diadakan ialah untuk menerangkan kepada masyarakat perkara berikut: a) Mengukuhkan akidah dan keyakinan pa...