Thursday, April 15, 2010

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran






Pendahuluan



Masaalah sihir adalah masalah besar yang wajib dibuat kajian oleh para ‘ulama’. Adalah menjadi tanggungjawab mereka membasmi kegiatan sihir yang berleluasa dikalangan masyarakat kita hari ini.



Tukang sihir bekerja siang malam membantu menunaikan niat jahat sesaorang terhadap sesama manusia, semata-mata memperoleh kepentingan peribadi. Akibatnya, ramai manusia merana hasil perbuatan tukang sihir tadi.



Oleh yang demikian, hukum menerangkan tentang bahaya sihir terhadap masyarakat adalah wajib keatas para ‘ulama’. Bahkan yang lebih penting lagi memberi bantuan berupa perubatan yang diizinkan oleh Islam keatas mereka yang menderita akibat mangsa sihir supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan tukang sihir apatahlagi mengharapkan bantuan mereka ketika dalam kesusahan. Nota ini telah saya bahagikan kepada empat bahagian berikut:

· Bahagian Pertama: Pengenalan Tentang Sihir

· Bahagian Kedua: Teknik Rawatan Sihir

· Bahagian Ketiga: Kaedah Pagar Diri dari Gangguan Sihir

· Bahagian Keempat: Jenis Sihir Dan Tanda Tandanya



Kertas kerja ini adalah ringkasan yang ditukil daripada buku bahasa Arab terjemahan yang bertajuk “Senjata Tajam Melawan Sihir Dan Ilmu Hitam” oleh Sheikh Abul Salam Bali. Diharap ianya dapat dijadikan bahan panduan dan pengetahuan untuk saudara saudari dalam usaha mengatasi gangguan sihir samada untuk diri sendiri atau orang lain menurut kaedah yang dibenarkan oleh Islam.





Daftar Isi



Bahagian Pertama: Pengenalan Tentang Sihir

· Hukum Merawat Dengan Al-Quran

· Sebab Sebab Rasukan Jin Ke Badan Manusia

· Tanda Tanda Rasukan Jin

· Jenis-Jenis Rasukan

· Maklumat Penting



Bahagian Kedua: Teknik Rawatan Sihir

· Sifat Perawat

· Teknik Umum Merawat Sihir

· Teknik Khusus Merawat Sihir



Bahagian Ketiga: Kaedah Pagar Diri dari Gangguan Sihir

· Benteng Bagi Pasangan baru Berumahtangga

· Benteng Umum Melawan Jin Dan Syaitan



Bahagian Keempat: Jenis Sihir Dan Tanda Tandanya

· Sihir Pemisah

· Sihir Pengasih

· Sihir Pukauan

· Sihir Gila

· Sihir Kera Sumbang

· Sihir Histeria

· Sihir Penderitaan Sakit

· Sihir Pendarahan

· Sihir Menggagalkan Pernikahan







Bahagian Pertama: Pengenalan Tentang Sihir



Hukum Merawat Dengan Ayat Al-Quran:



Sebenarnya tidak ada nas daripada Rasulullah s.a.w. mengenai teknik-teknik rawatan khas. Namun demikian, semua teknik rawatan yang bakal disebutkan nanti berlandaskan diatas kaedah am daripada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang sahih. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra’ ayat 82:



Ertinya: “Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”.



Sebahgian ‘ulama’ berpendapat kalimah “penawar” di dalam ayat ini ialah penawar dari segi ma’nawi sahaja. Manakala yang lain pula berpendapat “penawar” di sini merangkumi penyakit rohani dan jasmani.



‘Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. menemuinya (dalam bilik ketika beliau sakit) dan ketika itu terdapat seorang wanita merawatnya. Lalu Baginda s.a.w bersabda:



Ertinya: “Rawatilah (‘Aisyah) dengan kitab Allah (ayat-ayat Al-Quran).

(Sila lihat kitab Silsilah hadis sahih oleh Syekh Al-Bani, hadis: 1931)



Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang hukum melakukan jampi serapah di diwarisi dari zaman jahiliyah. Lantas Baginda bersabda:



Ertinya: “Bentangkan padaku tentang bentuk-bentuk jampi yang pernah kalian gunakan itu. Berjampi itu sebenarnya tidak mengapa selagimana ianya tidak berbaur dengan unsure-unsur syirik”.



(Lihat Sahih Muslim, Kitabus Salam, hadis 64)





Dari hadis-hadis diatas, maka daptlah kita simpulkan bahawa harus hukumnya berjampi dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, hadis, serta doo-doa.





Sebab Sebab Rasukan Jin Ke Badan Manusia:



Disana ada berapa sebab yang menyebabkan manusia boleh dirasuk oleh Jin dan Syaitan. Antara sebab-sebabnya ialah:



· Jin atau seumpanya sukakan manusia

· Kejahatan manusia terhadap Jin

· Kejahatan Jin keatas manusia. Akan tetapi ini hanya boleh berlaku dalam keadaan tertentu seperti berikut sahaja:

o Sedang marah

o Dalam keadaan amat takut

o Nafsu sedang meluap-luap

o Lalai mengigati Allah



Tanda-Tanda Rasukan Jin



Apabila manusia diganggu oleh Jin atau seumpanya, ianya dapat dikesan melalui tanda-tanda yang berlaku samada waktu tidur atau jaga. Diantara tanda-tanda yang berlaku:



Waktu Tidur:



· Resah Gelisah

· Berjaga Malam

· Sesak nafas

· Ketawa, menangis dan meracau pekik-pekik

· Berjaga malam atau susah memlelapkan mata

· Bermimpi yang tidak baik. Seperti:

o sesuatu mengganggunya,

o menggerunkan,

o binatang-binatang

o melihat hantu

o melihat manusia dalam keadaan pelik

o jatuh dari tempat tinggi

o berada dikawasan perkuburan, tempat sampah dan menekutkan



Waktu Berjaga:



Susah melakukan taat kepada Allah

Fikiran kusut

Pening berterusan

Letih dan malas



Tanda-Tanda Lain:



Sakit dan panas seluruh anggota

Sakit sebahagian anggota badan

Sakit berterusan

Sakit beberapa ketika





Maklumat Penting Tentang Sihir:



· Ada persamaan diantara tanda terkena sihir dengan kerasukan Jin dan Syaitan



· Sakit perut berterusan menandakan pesakit telah termakan atau terminum bahan-bahan sihir



· Proses rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran tidak akan berhasil melainkan dengan dua syarat berikut:



o Istiqamah (teguh amalan) perawat dengan perintah Allah s.w.t.

o Keyakinan pesakit keberkesanan rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran



· Kebanyakkan sihir mempunyai tanda-tanda yang serupa iaitu sesak nafas pada waktu malam.



· Kita boleh mengetahui dimana letaknya bahan-bahan sihir dengan dua cara berikut:



o Melalui perkhabaran Jin itu sendiri

o Perawat atau pesakit sembahyang dua rakaat dengan benar-benar ikhlas pada tiga suku malam dan berdoa kepada Allah s.w.t agar ditunjukkan lokasi bahan-bahan sihir.



· Anda boleh membaca ayat Ruqyah (penawar) pada minyak habbatus Sauda’, kemudian pesakit menyapukannya ditempat-tempat yang mengalami kesakitan.





Bahgagian Kedua: Teknik Rawatan Sihir



· Sifat Perawat



o Ikhlas niat dan tauhid kepada Allah s.w.t

o Menjauhi perkara-perkara yang haram

o Yakin, Al-Quran dapat memberi kesan

o Mengkaji latarbelakang Jin dan Syaitan

o Mengetahui pintu-pintu masuk Syaitan

o Telah berumahtangga

o Sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.

o Mempunyai benteng-benten pertahanan diri

o Banyak melakukan taat kepada Allah s.w.t.



Teknik Umum Merawat Sihir:



Secara umum, merawat orang yang terkena sihir perlu melalui tiga peringkat. Peringkat sebelum rawatan, peringkat semasa rawatan dan setelah rawatan. Berikut penjelasan bagi setiap peringkat:



Peringkat Sebelum Rawatan



· Mewujudkan suasana yang benar-benar sesui dengan kehendak Islam dalam kehidupan

· Bersihkan rumah dari sebarang tangkal dan azimat

· Jauhkan rumah dari lagu-lagu serta alat muzik yang menghayalkan

· Jangan ada dalam rumah perkara seperti, menghisap rokok, membuka aurat, lelaki memakai emas dan lain-lain maksiat.

· Mengajarkan peskit akidah yang betul, sehingga tidak ada pergantungan selain daripada Allah s.w.t

· Mengenal pasti keadaan pesakit dengan mengemukakan beberapa soalan. Antaranya:

o Benarkah anda melihat isterimu dalam keadaan hodoh?

o Adakah berlaku perselisahan antara kamu suami isteri dalam masalah remeh-temeh?

o Adakah kamu rasa lega di luar rumah dan resah sebaliknya?

o Adakah salah seorang diantara kamu susah melakukan hubungan kelamin?

o Adakah salah seorang diantara kamu meresa cemas dalam tidur?.

· Berwudhu’lah sebelum merawat

· Jangan merawat wanita yang melanggar syari’at

· Jangan merawat wanita tanpa mahram

· Jangan anda sertakan bersama oaring yang bukan mahram bila merawat

· Bacalah:





Ertinya: “Tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agong”.



Peringkat Dalam Masa Rawatan:



Letakkan tangan anda di kepala pesakit dan bacalah ayat-ayat (Ruqyah) berikut di telinga kanan mengikut susunan.



Peringkat Setalah Rawatan:



Dalam peringkat ini, pesakit biasanya terdedah dengan gangguan baru. Maka berilah beberapa amalan sebagai benteng diri. Antaranya:



Memelihara sembahyang berjemaah

Menghindari muzik dan lagu-lagu

Mengambil air sembahyang setiap kali sebelum tidur

Baca ayat Kursi setiap kali sebelum tidur

Baca basmalah setiap kali sebelum melakukan sesuatu pekerjaan

Mesti membaca Al-Quran walaupun sedikit setiap hari

Berkawan dengan orang baik-baik

Jangan tinggalkan zikir pagi dan petang (al-ma’thurat)

Bacalah zikir dibawah ini sebanyak 100 kali setiap hari selepas solat Subuh:



" لاَإِلَهَ اِلاَّاللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ لَهُ اْلمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْ ءٍ قَدِيْرٌ"



Ertinya: “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, yang Esa tidada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Allah Maha berkuasa keatas segala-galanya”.



Setelah pesakit melalui proses diatas. Bacakan sekali lagi ayat Ruqyah keatas pesakit tersebut. Insya’Allah akan berlaku salah satu daripada tiga keadaan berikut:



Keadaan Pertama: Pesakit akan meracau dan ada suara bercakap melalui lidahnya. Dalam keadaan ini, hadapilah Jin tersebut dengan cara berikut.



Tanyakan beberapa soalan, antaranya. Siapa namamu dan apa agamamu?. Kemudian layanilah dia sesuai dengan agamanya.



Tanyakan dimana letaknya sihir. Sekiranya anda mendapatinya, maka bacalah ayat-ayat pada air:



Surah Al-A’raf 117-122:

Surah Yunus: 81-82:

Surah Taha 69:



Larutkan benda itu pada ke dalam air tersebut lalu buangkan jauh-jauh.

Tanyakan berapa ramai Jin yang diberi tugas melakukan sihir.

Jangan mudah percaya kepada apa yang diberitahu oleh Jin, melainkan anda benar-benar kebenaran percakapannya.



Sekiranya sihir jenis makanan, pesakit selalunya mengadu sakit perut. Bacakan ayat-ayat diatas pada air sebanyak tujuh kali dan diminumkan pesakit tujuh hari pagi dan petang dengan ditambah ayat berikut dari surah Al-Baqarah 102



Sekiranya sihir jenis kesan-kesan, maka, bacakan ayat-ayat tersebut diatas pada air untuk dibuat minuman dan mandi selama tujuh hari di luar tandas.



Sekiranya masih belum sembuh selepas seminggu, maka lakukan perkara berikut. Dengarkan kaset Al-Quran surah (Al-Shaffat, Yasin, Al-Dhukan, Al-Jin) tiga kali sehari selama seminggu atau lebih sehingga sembuh.



Keadaan Kedua: Pesakit hanya merasa pening dan gementar tidak meracau apabila dibacakan ayat Ruqyah. Dalam keadaan demikian, ulangi bacaan sebanyak tiga kali sehingga meracau. Jika tidak, lakukan perkara-perkara berikut:

Dengarkan kaset surah (Al-Shaffat tiga kali sehari dan ayat Kursi berulangkali).

Pelihara solat berjemaah

Bacalah zikir ini setiap kali setelah selesai solat Subuh 100 kali selama sebulan:

لاَإِلَهَ اِلاَّاللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ لَهُ اْلمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْ ءٍ قَدِيْرٌ



Ertinya: “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, yang Esa tidada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Allah Maha berkuasa keatas segala-galanya”.



Setelah sebulan, bacakan ayat Ruqyah sebanyak 3 kali. Kemudian, hadapilah ia sebagaimana anda menghadapi keadaan pertama.



Keadaan Ketiga: Pesakit tidak merasa apa-apa setelah dibacakan ayat Ruqyah. Jika demikian keadaannya, maka lakukan perkara-perkara berikut:



Dengarkan rakaman surah Yasin, Ad-Dukhan dan Al-Jin tiga kali sehari.

Beristighfar 100 kali atau lebih setiap hari

Banyakkan membaca zikir ini:



لاَإِلَهَ اِلاَّاللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ لَهُ اْلمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْ ءٍ قَدِيْرٌ"

Ertinya: “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, yang Esa tidada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Allah Maha berkuasa keatas segala-galanya”.



Alamalan ini hendaklah dilakukan selama sebulan sebanyak 100 kali setiap hari atau lebih selama sebulan. Setelah itu bacalah ayat Ruqyah dan hadapilah ia sebagaimana dalam dua keadaan sebelumnya.





Jenis-Jenis Sihir:



Di sana terdapat berbagai-bagai jenis sihir yang dilakukan oleh manusia yang tidak beriman dengan Hari Kiamat, mempunyai hati yang hasad, jiwa yang rosak terhadap saudaranya sendiri dengan niat dan tujuan yang berbeza-beza. Diantara jenis-jenis sihir yang dilakukan adalah seperti berikut:



· Sihir Pemisah

· Sihir Pukauan

· Sihir Gila

· Sihir Kera Sumbang

· Sihir Histeria

· Sihir Penderitaan

· Sihir Pendarahan

· Sihir Mengikat Tenaga Batin

· Sihir Lemah Tengan Batin

· Cepat Keluar Mani



Teknik Khusus Merawat Sihir:



Setelah kita mengetahui jenis-jenis sihir, maka marilah kita mempelajari pula bagaimana cara atau teknik yang perlu dilakukan untuk merawat sihir-sihir tersebut secara khusus:



Rawatan Sihir Pemisah:



Bacakan ayat-ayat Ruqyah ke atas pesakit.

Gantikan ayat (102) dari surah Al-baqarah dengan ayat (14-16) dari surah At-Taghabun, surah Yunus 81-82, suraj Al-A’raf 117-122, surah Taha 69, Ayat Al-Kursi

Pesakit akan mengadu sakit dibahagian perut dan kepala, kadangkala muntah berwarna kuning, merah atau hitam

Bacakan ayat-ayat berikut pada air dan minumkan pesakit selama tinga minggu.





Rawatan Sihir Pukauan



Laungkan azan

Bacakan ayat Al-Kursi

Baca Basmalah

Bacalah zikir-zikir yang disyari’atkan menghalau syiatan

Pesakit sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’

Rawatan Sihir Gila:



Bacakan ayat Ruqyah

Perdengarkan kaset yang mengandungi ayat-ayat berikut tiga kali sehari selama sebulan:



Ayat Ruqyah

Surah AL-Baqarah

Surah Hud

Surah Al-Hijr

Surah As-Shoffat

Surah Qaaf

Surah Ar-Rahman

Surah Al-Mulk

Aurah Al-Jin

Surah Al-A’la

Surah Az-Zalzalah

Surah Al-Humazah

Surah Al-Kafirun

Surah Al-Falaq

Surah An-Nas



Sihir Kera Sumbang



Bacakan ayat-ayat Ruqyah di telinga kanan pesakit

Sekiranya pesakit tidak berteriak, maka perdengarkan surah-surah berikut:

Ayat Ruqyah

Surah Al-Fateha

Surah Al-Baqarah

Surah Ali-‘Imran

Surah Yasin

Surah As-Shoffat

Surah Ad-Dukhan

Surah Az-Dzariyat

Surah Al-Hasyr

Aurah Al-Ma’arij

Surah Al-Ghasyiah

Surah Az-Zalzalah

Surah Al-Qari’ah

Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Falaq

Surah An-Nas



Rakamkan ayat-ayat diatas dalam tiga keeping kaset. Satu rakaman didengarkan pada waktu pagi. Kedua, didengarkan pada waktu ‘asar dan ketiga, didengarkan pada waktu malam sebelum tidur selama 45 hari.



Anadaikata pesakit mengadu sakit dibahagian perut, maka bacakan ayat Ruqyah pada air dan berilah ia minum dalam tempoh rawatan.



Andaikata pesakit mengadu sakit kepala berterusan, bacakan ayat Ruqyah pada air lalu mandikan ia tiga hari sekali selama 45 hari. Dengan syarat:



· Air tersebut jangan ditambah

· Air jangan dimasak

· Mandi ditempat yang bersih



Sihir Histeria



Bacakan ayat Ruqyah pada pesakit

Sekiranya pesakit tidak berteriak, maka ajarkan panduan berikut:



Berwudhu’ dan bacakan ayat Kursi sebelum tidur

Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pada dua tapak tangan dan sapukan keseluruh anggota badan

Baca atau dengar surah As-Shaffat pada waktu pagi dan surah Ad-Dukhan sebelum tidur

Baca atau dengar rakaman surah Al-Baqarah setiap 3 hari sekali.

Baca zikir berikut setiap pagi dan petang sebanyak 7 kali setiap hari:



حَسِْبيَ اللهُ لاَإِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ اْلعَرْشِ اْلعَظِيْمِ

Ertinya: “Cukuplah bagiKu Allah tiada Tuhan melainkan Dia. DengaNya aku bertawakkal, Tuhan yang mempunyai A’rsyh yang maha agong”.



Bacayakan dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah



Baca doa berikut setiap kali sebelum tidur:



ِبسْمِ اللهِ وَضَعْتُ جَنْبِيْ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذَبْيِْ وَأخْسِىءْ شَيْطَانِيْ وَفُكَّ رَهَانِيْ

Ertinya: “Dengan nama Allah aku meletakkan lambungku. Ya Allah ampunkan dosaku, hapuskan syaitan (yang ada dibadanku) dan lepaskan ikatan (sihir).



Perdengarkan rakaman surah-surah berikut, Al-Fushilat, Al-Fath, Al-Jin dan dengarkan pesakit 3 kali sehari





Sihir Penderitaan. Cara merawatinya adalah seperti berikut:



Bacakan ayat-ayat Ruqyah pada pesakit.

Seandainya ia tidak berteriak, maka berikan panduan-panduan berikut:

Baca Al-Fatihah 7 kali

Baca Ayat Al-Kursi 7 kali

Baca Al-Mua’auwidzat 7 kali. Dengarkan pesakit 3 kali sehari.

Bacakan doa-doa berikut pada minyak Habbatus Sauda’:

Bacakan Al-Fatihah

Bacakan Al-Mu’auwidzat

Bacakan ayat ini sebanyak 7 kali:



وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ

Ertinya: “Dan Kami turunkan daripada Al-Quran (terdapat ayat-ayat sebagai) penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”.



Bacakan doa ini berikut sebanyak 7 kali pada minyak Habbatus Sauda’:

بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ، وَاللهُ يَشْفِيْكَ مِنْ كُلِّ دَاءٍ يُؤْذِيْكَ وَمِنْ كًلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ حَاسِدٍ اَللهُ يَشْفِيْكَ



Ertinya: “Dengan nama Allah aku mengobati kamu dan Allah yang meyembuhkan kamu daripada segala penyakit yang menyakiti kamu dan daripada jiwa atau mata yang dengki Allah memelihara kamu”.



Sapukan minyak tersebut di seluruh anggota badan yang sakit.

Amalkan garispandu ini selama 45 hari.



Sihir Pendarahan. Cara merawainya seperti berikut:

Bacakan ayat-ayat Ruqyah pada air

Beri pesakit minuh disamping buat maandi selama 3 hari

Sekiranya darah masih berterusan, maka tuliskan ayat ini pada sekeping kertas:



لِكُلِّ نبأٍ مُسْتَقَرٌّ

Ertinya: “

Rendamkan kertas tersebut dalam air, kemudian diminum selama dua atau tiga minggu.



Sihir Menggagalkan Pernikahan: Cara merawatnya adalah seperti berikut:



Bacakan ayat-ayat Ruqyah pada pesakit

Sekranya pesakit tidak menjerit, berikan panduan berikut:

Menunaikan solat pada waktunya

Jangan mendengar muzik dan lagu-lagu

Berwudhu’ dan membaca ayat al-Kursi sebelum tidur

Membaca Al-Mu’auwidzat pada dua tapak tangan, kemudian sapukan ke seluruh badan tiga kali

Baca ayat Ruqyah pada air dibuat minum dan mandi setiap tiga hari.

Rakamkan ayat Al-Kursi berulang-ulang selama selama satu jam dan dengarkan pada pesakit 1 kali sehari.

Rakamkan Al-Mu’awidzat berulang-ulang selama 1 jam dan dengarkan pesakit 1 kali sehari

Bacakan zikir berikut selepas solat Subuh sebanyak 100 kali:

لاَإِلَهَ اِلاَّاللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ لَهُ اْلمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْ ءٍ قَدِيْرٌ



Ertinya: “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, yang Esa tidada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Allah Maha berkuasa keatas segala-galanya”.



Amalkan panduan-panduan tersebut selama sebulan

Selepas sebulan akan terjadi dua perkara, samada sembuh atau bertambah sakit. Ketika itu, ulangi rawatan.





Sihir Mengikat Tenaga Batin



Sebelum kita mendalami lebih lanjut cara mengatasi Sihir jenis ini, perlu dijelaskan terlebih dahulu jenis-jenisnya. Terdapat banyak jenis sihir yang ada kaitannya dengan sihir mengikat tenaga batin. Antara jenis-jenisnya ialah:



Jerut akal, jerut kepit, jerut sendi, jerut sendi, jerut pendarahan, jerut perawan, lemah syahwat dan cepat keluar mani. Disini akan dijelaskan secara umum cara merawat sihir jenis ini:



Bacakan ayat-ayat pada pesakit

Sekiranya tiada tindakbalas dari pesakit, maka gunakan cara berikut. Bacakan ayat-ayat berikut pada air dan minumkan dan mandikan selama 7 hari :



Surah Yunus 81-82

Surah Al-A’raf 117-122

Surah Taha 69

Bacakan ayat Ruqyah di telinga pesakit, kemudian surah Al-Furqan 23 sebanyak 100 kali.

Cara selanjutnya, bacakan di telinga pesakit ayat-ayat berikut:

Surah Al-Fatihah

Ayat Al-Kursi 70 kali

Surah Al-Mu’auwidzat 70 kali atau lebih selama 3 atau 7 hari. Cara selanjutnya:



Tuliskan ayat berikut pada bejana bersih:



Surah Yunus 81-82

Tuangkan minyak habbatus sauda’ kedalamnya

Minum dan sapukan minyak tersebut ke dahi dan dada pesakit selama 3 hari.

Langkah selanjutnya, bacakan ayat-ayat berikut pada air sebanyak 7 kali untuk dibuat minum dan mandi selama 3 hari.



Cara selanjutnya:



Ambil beberapa jenis bunga-bunga, letakkan dalam bekas yang bersih kemudian tuangkan air bersih ke dalamnya. Jerang air tersebut. Bacakan Al-Mu’auwidzat dan sapukan air pada badan pesakit.



Adapun cara khusus merawat sihir mengikat tenaga batin, maka di sini disebutkan 3 jenis yang paling kerap berlaku seperti berikut:



Sihir Lemah Tengan Batin. Cara merawatinya seperti berikut:

Ambil 1 kilo madu lebah asli dan 200 grm sarang lebah. Bacakan ayat-ayat berikut 7 kali:



Surah Al-Fatihah

Surah Al-Insyirah

Surah Al-Mu’auwidzat



Minum 3 kali sehari. Satu sudu sebelum sarapan pagi, satu sudu sebelum makan tengahari dan satu sudu sebelum makan malam.



Rawatan ini dilakukan selama 1 atau 2 bulan.



Rawatan Sihir Cepat Keluar Mani. Cara merawatnya seperti berikut:



Baca zikir ini sebanyak 100 kali setiap hari:

لاَإِلَهَ اِلاَّاللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ لَهُ اْلمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْ ءٍ قَدِيْرٌ"



Ertinya: “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, yang Esa tidada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian dan Allah Maha berkuasa keatas segala-galanya”.



Baca surah Al-Muluk sebelum tidur.

Baca doa-doa berikut 3 kali pagi dan petang



بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّهُ مَعَ اْسِمهِ شَيءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيمْ



Ertinya: “Dengan nama Allah yang tidak akan memberikan apa-apa mudharat dengan namaNya apa yang ada di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”



Amalkan panduan tersebut 3 bulan berturut-turut



Rawatan Sihir Mandul. Sihir jenis ini ada kaitan dengan sihir mengikat tenaga batin. Cara merawatnya adalah seperti berikut:



Bacakan surah As-Shoffat atau dengar pada waktu pagi

Baca surah Al-Ma’arij sebelum tidur atau mendengarnya

Baca surah Al-Fatihah ayat Al-Kursi, dua ayat terakhir dari surah Ali-Imran dan Al-Mu’auwidzat sebanyak 7 kali pada minyak dan sapukan muka dada dan leher sebelum tidur.

Baca ayat Ruqyah pada bekas madu asli, kemudian minum satu sudu setiap hari

Amalkan panduan tersebut selama 3 bulan berturut-turut, disamping beristiqamah dengan perintah Allah.



Bahagian Ketiga: Kaedah Pagar Diri Dari gangguan Sihir



Dalam bahagian ketiga ini, akan diterangkan secra ringkas benteng-benteng umum dan khusus bagi menahan diri daripada gangguan Jin dan Syaitan.



Benteng Umum Melawan Jin Dan Syaitan

Ikhlas dalam setiap amalan

Memperhanbakan diri kepada Alllah s.w.t

Hidup berjemaah

Menjaga sembahyang

Memeperbanyak melakukan taat

Banyakkan zikir dan warid dari Rasulullah s.a.w.

Membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-Baqarah

Menjaga mata

Menjaga lidah

Menjaga perut

Menjaga kemaluan

Menjaga rumahtangga

Redha dengan ketentuan Allah

Sembahyang malam

Mengucapkan kalimah-kalimah yang baik

Jangan mengikut perangai syaitan



Benteng Kusus Melawan Jin Dan Syaitan



Menakala benteng-benteng khusus pula, seperti berikut:

Sarapan kurma ‘ajwa’

Sentiasa dalam berwudhu’

Memelihara sembahyang berjemaah

Lakukan sembahyang malan

Membaca doa berikut sebelum memasukki tandas:



Membaca isti’adzah sebelum solat

Membaca doa berikuta bagi pasangan suami isteri setelah akad nikah dengan meletakkan tangan kanan ke dahi isteri:



Sembahyang 2 rakaat sebelum melakukan jima’

Membaca doa berikut sebelum bersetubuh:

Tidur dalam keadaan berwudhu’

Baca ayat-ayat berikut setiap hari selepas solat Asar:



Al-Baqarah 1-5

Al-Kursi dan 2 ayat sesudahnya

3 ayat akhir dari surah Al-Baqarah

Bacakan 100 kali wirid ini setelah solat Subuh:

Bacalah doa berikut 3 kali setiap pagi dan petang setalah solat Subuh dan Maghrib:





Bahagian Keempat: Tujuan Sihir Dan Tanda-Tandanya:



Jenis-jenis sihir memang banyak dan masing-masing mempunyai tujuan tersendiri dan tanda-tandanya yang tersendir. Di sini diringkaskan seperti berikut:



Sihir Pemisah:

Tujuan sihir ini ialah untuk memisahkan diantara dua manusia samada, anak dengan ayahnya, adik-beradik, rakan taulan, rakan kangsi dan suami isteri. Jenis terakhir ini yang paling bahaya dan yang paling banyak berlaku..



Adapun tanda-tanda sihir ini, seperti berikut:

Berubah suatu kedaan secara tiba-tiba dari cinta kepada benci.

Timbul syak wasangka antara kedua belah pihak

Tiada perasaan timbang rasa

Sering bertengkar dalam perkara kecil

Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar

Bosan dengan kegiatan-kegiatan harian

Bosan dengan rumah sendiri



Sihir Pengasih:



Sebab-sebab berlakunya sihir ini ialah, terlalu banyak berlaku perselisihan dalam rumahtangga. Kadangkala si isteri tamakkan harta suami atau sebaliknya. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, maka sihir jenis ini digunakan untuk menambahkan lagi kecintaan si isteri terhadap suaminya atau sebaliknya. Perbuatan seperti ini termasuk dalam perkara-perkara yang dilarang dalam agama. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:



“Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta ilmu pengasih adalah syirik”. (Riwayat Imam Ahmad)



Tanda-Tandanya:

Rasa cinta mendadak dan keinginan yang memuncak terhadap pasangannya sehingga suami atau isteri patuh terhadap apa sahaja permintaan pasangannya.



Sihir ini boleh memberi kesan pada tubuh badan orang yang terkena. Antaranya:



Mengalami sakit yang berpanjangan

Kadangkala pasangan suami isteri membenci antara satu sama lain.

Kadangkala seorang lelai membenci semua wanita termasuk isterinya.



Sihir Pukauan:



Tujuan sihir ini dilakukan, samada mahu mengikis kekayaan orang lain atau semata-mata mahu memaparkan kehebatan serta keajaiban yang ada padanya kepada orang ramai.



Tanda-tandanya:



Sesuatu objek yang pada asalnya tetap, tiba-tiba bergerak setelah dijampi. Demikian sebaliknya.

Sesuatu objek yang asalnya kecil berubah menjadi besar setelah dijampi dan demikian sebaliknya.

Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakiki. Seperti Nabi Musa a.s melihat tali menjadi ular.



Sihir Gila



Tujuannya ialah, untuk menjadikan sesaorang menjadi gila dengan menghantar jin ditugaskan duduk di bahagian otak bagi mesrosakkan akal yang telah diprogramkan oleh Allah s.w.t, samada melakukannya sendiri atau melalui bantuan tukang sihir.



Tanda-tandanya:



Mangsa menjadi sasau, bingung dan pelupa

Mangsa selalu meracau dan melolong

Mata mangsa selalu terbeliak-beliak

Mangsa tidak dapat duduk tetap di suatu tempat

Kerja yang dilakukannya selalu tergendala

Berjalan, tidak diketahui kemana hendak di tuju

Selekeh dan tidak memperdulikan pandangan orang terhadapnya



Sihir Kera Sumbang



Tujuannya ialah merosakkan kebahagiaan sesaorang dengan menghantar jin masuk ke dalam badan menganggu system yang ada dalam tubuh badan. Berat atau ringan penderitaan yang dialami oleh mangsa, bergantung kepada kekuatan jin yang dihantar.



Tanda-tandanya:

Suka menyendiri (tidak suka diganggu)

Diam dan tidak suka berbicara

Tidak suka melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan

Sentiasa mengalami sakit-sakit kepala

Fikiran selalu terganggu





Sihir Hesteria



Tujuannya, mengacau dalam keadaan tidur, mimpi sesaorang dimana jin yang dihantar menjelmakan dirinya sebagai haiwan ganas datang menerkamnya. Dalam keadaan jaga pula, jin akan menanggilmanggil mangsa , kemudian suara tersebut menjadi sayup-sayup. Kadangkala mangsa boleh menjadi gila sekiranya sihir yang dihantar itu kuat. Jika tidak kuat mangsa hanya ditimpa penyakit was-was.

Tanda-tandanya:



Mimpi yang mengerikan

Sering ada suara yang memanggil namanya

Sering merasa ada orang yang berbicara dengannya

Banyak mengalami perasaan was-was

Sering bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi

Sering bermimpi binatang buas menerkamnya



Sihir Penderitaan sakit



Berlakunya sihir ini melalui tiga proses:

Jin menyekat program yang telah ditetapkan oleh akal dari terus disalurkan kepada anggota badan, menyebabkan sebahagian anggotan tidak berfungsi.

Jin sekali sekala tidak berfungsi, hasilnya mangsa berkeadaan normal seperti biasa.

Jin menghantar program akal kepada anggota badan terlalu cepat, menyebabkan sebahagian anggota kejung tidak berfungsi, walaupun anggota tersebut tidak lumpuh.



Tanda-tandanya:



Mengalami sakit kepala yang bepanjangan pada salah satu anggota badan

Sering diserang penyakit sawan

Mengalami lumpuh pada salah satu atau seluruh anggota badan

Melumpuhkan semangat dalam melakukan sebarang kegiatan



Sihir Pendarahan (Istihadhah)



Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang wanita yang bernama Hammah binti Jahsyi tentang darah istihadhah. Baginda menjawab, maksudnya:



“Sesungguhnya darah itu adalah hasil dari tolakkan yang dilakukan oleh syaitan”



Sihir pendarahan dikenali dikalangan fuqahaa’ dengan “istihadhah” dan dikalangan para doctor dengan “pendarahan”. Berkata imam Ibnu Al-Athir: “Istihadhah ialah darah yang berterusan keluar daripada rahim wanita selepas hari-hari haid biasa”.



Kadangkala pendarahan ini berlaritan hingga berbulan-bulan. Kadar darah yang keluar pula tidak menentu, ada kalanya sediit dan ada kalanya banyak.



Sihir Menggagalkan Perinikahan



Tujuannya ialah, menggagalkan pernikahan sesaorang dengan meminta bantuan tukan sihir bagi mendapatkan khidmat jin. Dalam usaha ini, jin akan menunggu masa-masa dan ketika yang sesuai untuk melaksanakan tugasnya keatas si mangsa. Antaranya:



Ketika dalam keadaan takut

Ketika dalam keadaan marah

Ketika dalam keadaan lalai mengigati Allah

Ketika hawa nafsu sedang memuncak



Tanda-tandanya:



Wanita merasa benci untuk berumahtanggu. Biasanya, pinangan yang datang ditolak mentah-mentah

Lelaki melihat bakal tunangnya berwajah hodoh

Mengalami sesak nafas, terutama selepas solat asar

Mengalami pening-pening kepala sekalipun telah mengambil ubat

Fikiran rungsing

Kedangkala sakit perut yang berterusan

Seringmengalami sakit-sakit di bahagian belakang hingga ke bawah.



Sihir Mengikat Tenaga Batin:

Berlakunya sihir ini dengan cara syaitan yang ditugaskan oleh tuannya duduk dalam jasad sesaorang dan bertindak sebagai pengacau di bahagian otak yang dikenali sebagai pusat rangsangan seks. Akibatnya, mematikan kemahuan dan rangsangan seks sesaorang.



Jenis-jenisnya

Mengikat nafsu lelaki. Ini berlaku setiap kali si suami ingin menggauli isterinya, tiba-tiba rangsangan untuk melakukan hubungan seks tadi hilang dan menjadi lemah.



Mengikat kemahuan seks wanita dengan cara berikut:



Menghalang wanita menggauli suaminya dengan cara merapatkan kedua-dua pehanya.



Melenyapkan kenikmatan, wanita tidak merasa nikmat menggauli suami, hasilnya tidak ada tindak balas dari pihak isteri.



Berlaku pendarahan, ianya berlaku setiap kali si suami hendak menggauli isterinnya, sehingga suami tidak boleh menggaulinya.



Wujudnya penghadang setiap kali si suami hendak mengadakan hubungan dengan isterinya, tiba-tiba ada penghalang yang menyekat berupa danging-daging yang tidak dapat ditembusi, sehingga proses tersebut menghadapi kegagalan.



Hilang perawan. Seorang suami menuduh isterinya tidak perawan lagi, akan tetapi setelah diubati keadaan pulih seperti biasa.



Wassalam