Skip to main content

FATWA DAN FUNGSINYA

FATWA DAN FUNGSINYA


SEBAGAI KOMUNIKASI HUKUM MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA: SATU PENELITIAN

Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar

15.04.2010


Pendahuluan

Rasulullah s.a.w diutus Allah s.w.t sebagai rahmat sekian alam. Dalam menjalankan tugas sebagai rasul, Rasulullah s.a.w bertanggungjawab menyeru umat manusia dengan memberikan panduan-panduan dan memperjelaskan ketentuan hukum daripa Allah s.w.t. Ketentuan hukum-hukum tersebut disampaikan melalui tiga bentuk:

a) Penjelasan hukum melalui al-Quran

b) Penjelasan hukum melaui al-Sunnah

c) Penjelasan melalui ijtihan Baginda sendiri.



Fatwa tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Malah, poses ini telah diikuti oleh jenerasi yang hidup selepas Nabi s.a.w mulai daripada jenerasi sahabah, tabi’in dan pengikut tabi’in sehinggalah hari ini dalam mengeluarkan sesebuah fatwa.







Definisi Fatwa



Menurut ibn Mandzur: “perkataan fatwa berasal dari perkataan Arab al-fata, alfutya, alfutwa yang bererti penjelasan tentang hukum syara’ terhadap perkara yang menjadi keraguan”.



Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, fatwa dari segi istilah pula bermaksud: “memberikan penjelasan hukum syarak bagi sesuatu masalah sebagai jawapan bagi sesiapa yang bertanya, baik secara bersendirian atau berjemaah”.



Manakalah Drh. Nadiyah Syarif al-Umari membuat kesimpulan bahawa fatwa ialah: “ketentuan hukum yang dijelaskan oleh mufti dalam menjawab sesuatu permasalahan atau penjelasan mengenai sesuatu hukum walaupun tidak ada pertanyaan khas menegenainya”.



Kepentingan Fatwa



Tugas memberi fatwa adalah tugas yang mulia dan agung, kerana ia menepati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w, menyampaikan ajaran Allah s.w.t mengajar dan memberi petunjuk kepada manusia ke jalan yang benar serta memberi ingatan kepada mereka dari ancaman azam siksa bagi yang menyeleweng.



Memandangkan akan kepentingan dan peranan fatwa dalam memberi hukum kepada masyarakat, maka Imam al-Nawawi berkata:



“Memberi fatwa hukumnya adalah fardhu kifayah. Apabila sesaorang diminta memberi fatwa dan tiada orang lain yang berkelayakkan, maka ketika itu hukumnya menjadi fardhu ‘ain ke atas dirinya…”.



al-Quran dan al-Sunnah sendiri telah menetapkan beberapa kaedah menejelaskan hukum syara’ kepada manusia dengan dua cara berikut:



i) Memberikan ketentuan hukum secara langsung tanpa ada soalan atau pertanyaan dari orang ramai

ii) Memberikan ketetapan hukun sebagai jawapan kepada pertanyaan tentang sesuatu masalah atau kemusykilan. Inilah yang dinamakan fatwa.



Allah s.w.t. juga memerintahkan agar manusia bertanya kepada orang yang lebih ‘arif dan alim jika mereka tidak mengetahui. FirmanNya bermaksud:



“Maka bertanyalah kamu kepada ahl al-zikr (berpengetahuan agama) jika kamu tidak mengetahui”.



FirmanNya lagi, yang merakamkan kepentingan fatwa. Bermaksud:



“Mereka (orang-orang Islam) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad mengenai masalah kalalah). Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepada kamu dalam masalah kalalah itu”.



Fatwa di Singapura





Ketika Singapura di bawah Penjajahan British perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan ehwal agama Islam ditadbirkan oleh Lembaga Wakaf Orang-Orang Islam Dan Hindu (Muslim and Hindu Endowment Board) yang berkuatkuasa sejak 1905.



Pada 1915, terbentuk pula Lembaga Penasihat Islam Mohammedan Advisory Board (ditukar kepada Muslim Advisory Board pada 1946) telah dibentuk dengan tujuan memperkemaskan urusan pentadbiran keagamaan dan sebahagian dari ehwal kemasyarakatan masyarakat Islam. Ahli Lembaganya dilantik oleh Kerajaan British daripada orang-orang yang dikira layak dari kalangan masyarakat Islam. Lembaga ini diberi kuasa dan tugas untuk menasihatkan Kerajaan British dalam perkara-perkara keagamaan dan kebajikan masyarakat Islam setempat.



Sebelum Singapura mempunyai Majlis Perunangan Negeridan mencapai autonomi dalaman pada tahun 1958, pentadbiran Undang-Undang Islam yang berjalan di Singapura boleh dikatakan bersamaan dengan apa yang berlaku di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, terutama negeri-negeri selat.



Perundangan yang utama ialah, Mohamedan Marriage Ordinance 1880, No. 5, yang berlaitan dengan perkahwinan Islam yang lebih bersifat tata cara atau pentadbiran meliputi pendaftaran sukarela perkahwinan dan penceraian. Selain dari itu juga, antara hal ehwal Islam yang ditadbir adalah dalam bidang penentuan menyambut puasa, Hari Raya, Idul Fitri dan Idul Adha. Tentang pengajaran dan persekolahan agama Islam. Pemerintah tidak mengambil apa-apa peranan, bahkan terpulang kepada masyarakat Islam sendiri untuk mengadakan dan mengendalikan.



Hal-hal yang bersangkut-paut dengan pengeluaran fatwa adalah terlaksana umumnya secara informal. Tidak ada institusi rasmi yang dilantik untuk melaksanakan fungsi ini. Jawatan Mufti Negara tidak wujud pada masa itu.



Bagi masyarakat umum, dalam perkara-perkara keagamaan yang memerlukan fatwa, mereka akan merujuk kepada para alim ulama’, imam-imam dan kadi-kadi. Fatwa bagi sesuatu masalah didapatkan daripada Kadi Besar Singapura yang dikira sebagai satu jawatan tertinggi Islam Negara ini. Oleh itu, dalam perkara-perkara rasmi, seperti jika terdapat permintaan daripada mahkamah mengenai hukum Islam dalam sesuatu perkara, Kadi Besar akan diundang memberikan keterangan di mahkamah .



Walaupun begitu, terdapat beberapa usaha untuk mengadakan saluran bagi orang ramai dalam mengutarakan masalah keagamaan yang mereka hadapi seperti dalam ruangan kemusykilan agama yang diadakan melalui radio. Disamping itu terdapat juga beberapa penerbitan yang mengandungi kumpulan jawapan kepada kemusykilan-kemusykilan agama.

Diantara para ulama tempatan yang terkenal pada masa lalu dalam hal ini ialah, seperti almarhum, Syed Abullah Balfaqih, almarhum Syed Abu Bakar bin Taha Al-Sogoff, almarhum Kiyai Zuhri Mutammim dan almarhum ustaz Hj Daud Ali yang selain mengadakan kelas agamanya di massjid-masjid seperti, masjid Hajah Fatimah, Java Road, beliau juga menjawab kemusykilan agama di radio. Biasa juga umat Islam Singapura mendapatkan fatwa dari negeri Johor yang mempunyai Mufti.



Pada tahun-tahun 40an dan 50an, banyak masalah yang ditempuh oleh masyarakat Islam mengenai pertikaian keluarga menyusuli penceraian. Ia membuat Kerajaan Britain merasakan perlu untuk menyahut gesaan para pemimpin Islam agar dibentuk Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan masalah kekeluargaan itu.



Hasilnya, selepas itu terdapat lagi beberapa pindaan yang dibuat sehinggalah sampai kepada perlaksanaan undang-undang Muslims Ordinance 1957. Ordinan ini merupakan perkembangan selanjutnya dari segi kawalan oleh Pemerintah dalam soal undang-undang keluarga Islam, khusunya dalam urusan penceraian. Daripada undang-undang ini, tertubuhlah Mahkamah Syariah dan Pejabat Pernikahan Orang-Orang Islam dengan bidang kuasa dalam undang-undang keluarga termasuk hukuman pembahagian harta pusaka. Hal-hal yang berkaitan dengan fatwa masih dirujuk kepada Kadi Besar Singapura.



Apabila timbul gerakan untuk mendapatkan kemerdekaan, para pemimpin Islam juga turut memperjuangkan agar kepentingan agama dan masyarakat Islam terpelihara. Apabila kemerdekaan tercapai dengan penyatuan Singapura ke dalam Malaysia pada 1963, Yang Di Pertuan Agong Persekutuan Malaysia menjadi ketua agama Islam di Singapura. Sebuah Majlis Ugama Islam juga telah dirancang penubuhannya untuk menasihati Baginda tentang Islam dan masyarakat Islam di Singapura. Peruntukan ini dimasukkan ke dalam Perlembagaan Singapura sewaktu ia bergabung dalam Persekutuan Malaysia pada 1963. Namun, 23 bulan kemudian, Singapura keluar dari Malaysia pada 9hb Ogos 1965.

Menyedari keperluan khas masyarakat Islam, peruntukan-peruntukan bagi orang Islam segera dijalankan oleh pihak Pemerintah dengan melakarkan Undang-Undang Pentadbiran Hukum Islam. Soal Fatwa dan jawatan Mufti Negara adalah antara yang sangat diambil perhatian. Rang Undang-Undang itu telah dibawa ke Parlimen pada Disember 1965.



Setelah dibahas dan dipertimbangkan segala pendapat dari masyarakat, maka pada 17 Ogos 1966 Parlimen Singapura telah meluluskannya bagi membuka laluan penubuhan sebuah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan aktanya yang bernama The Administration of Muslim Law Act 1966 (AMLA) atau Akta Pentabiran Hukum Islam 1966. Dengan terlaksananya Akta ini, Muslim Ordinance 1957 yang terhad itu dimansuhkan.



AMLA kini mengandungi 10 bahagian:

Bahagian 1 (Fasal 1 - 2): Pengenalan dan penafsiran istilah.

Bahagian 2 (Fasal 3 - 33): Penubuhan Muis, perlembagaan dan keanggotaannya, perlantikan Presiden Muis, Setiausaha Muis dan Mufti Negara serta tugas-tugas mereka, fungsi dan tata cara perkalanan Muis, pembentukan Jawatankuasa Fatwa.

Bahagian 3 (Fasal 34 - 56): Penubuhan Mahkamah Syariah, perlantikan Ketua Mahkamah, kuasa serta tugasnya, dan juga Lembaga Rayuan Syariah.

Bahagian 4 (Fasal 57 – 73): Penubuhan Baitul Mal (General Endawmwnt Fund), pentadbiran harta-harta masyarakat Islam dari wakaf, zakat harta dan zakat fitrah.

Bahagian 5 (Fasal 74 – 88): Pentadbiran masjid-masjid dan madrasah-madrasah.

Bahagian 6 (Fasal 89 – 109) Pernikahan dan penceraian, perlantikan pendaftar pernikahan dan tugas-tugas Pejabat Pernikahan Orang-orang Islam.



Bahagian 7 (Fasal 100 – 125): Pembahagian harta pusaka dan wasiat

Bahagian 8 (Fasal 126 – 128): Pengislaman.

Bahagian 9 (Fasal 129 – 140): Kesalahan dan denda.

Bahagian 10 (Fasal 141 – 146): Pelbagai perkara lain.



Implikasi Perlaksanaan Akta Pentadbiran Hukum Islam



Dengan terbentuknya AMLA, maka wujudlah sebuah badan rasmi agama Islam yang dipertanggungjawabkan tentang ehwal agama dan masyarakat Islam setempat. Dengan terbentunya Muis dan Akta Pentadbiran Hukum Islam, dapat dikatakan bahawa masyarakat Islam Singapura telah berjaya mencapai satu tahap yang kukuh bagi menjaga dan membela kepentingan masyarakat Islam Singapura dalam bidang-bidang yang lebih luas dari sebelumnya.



Fasal 30 hingga 33 AMLA menyentuh perlantikan Mufti Negara, fatwa dan kuasa-kuasanya.



Seksyen 30 (Perlantikan Mufti)

1. Mufti Singapura. Perlantikan itu hendaklah diumumkan dalam Prese\iden Singapura boleh, setelah berunding dengan Majlis, melantik seorang yang layak dan sesuai untuk menjadi Warta Kerajaan.

2. Mufti itu akan menjadi anggota Majlis kerana jawatannya (ex-officio member)



Pada bulan Ogos 1968, Muis mula berfungsi dan seorang Mufti dilantik buat pertama kalinya. Oleh kerana jawatan Mufti adalah sebagai pegawai awam negara, perlantikannya dibuat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC). Setelah mengambil kira maklum balas dari MUIS, calon Mufti dilantik dengan rasmi oleh Presiden Singapura dan diumumkan perlantikannya itu dalam Warta Pemerintah. Mufti merupakan ex-officio dalam Majlis Tertinggi Muis dan kekal sebagai anggota Majlis sehingga dia bersara, tidak seperti anggota Majlis yang lain yang berkhidmat untuk jangka masa 3 tahun sahaja. Di antara tugas-tugas Mufti Singapura adalah :

• Menjadi anggota ex-officio dalam Majlis Tertinggi Muis;

• Menjadi anggota ‘Management’ Muis;

• Mempengerusikan Jawatankuasa Fatwa;

• Mengeluarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa;

• Memberi nasihat kepada Majlis Tertinggi Muis atau Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil Majlis dalam bidang agama

• Bertindak bersama-sama Presiden dan Setiausaha dalam masa kecemasan dalam membuat sesuatu keputusan

• Mengisytiharkan permulaan Ramadan, Syawal dan Aidiladha

• Bertanggungjawab dalam membuat Taqwim Islam dan waktu sembahyang bagi Singapura

• Membuat pengumuman tentang kadar zakat fitrah

• Bertanggungjawab tentang khutbah-khutbah Jumaat dan khutbah Hari Raya yang dikeluarkan oleh Muis

• Menguji dan meluluskan perlantikan para imam dan bilal di masjid-masjid Singapura

• Menjadi penasihat agama dalam perkara-perkara yang timbul dari semasa ke semasa.





Penubuhan Dan Keanggotaan Jawatankuasa Fatwa

Kerja-kerja Mufti dalam mengeluarkan fatwa dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Fatwa. Jawatankuasa Fatwa Muis dianggotai oleh para ulama tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang syariah, berpengalaman dalam hukum hakam agama dan berwibawa.



Berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (AMLA). Seksyen 31 (Jawatankusa Fatwa):



1. “Majlis akan mempunyai sebuah jawatankuasa fatwa yang terdiri dari Mufti, dua orang anggota Majlis yang lain yang layak dan sesuai dan tidak lebih daripada dua orang Islam yang lain yang layak dan sesuai yang bukan anggota Majlis”.



2. “Anggota-anggota Jawatankuasa Fatwa itu selain daripada Mufti, akan dilantik oleh Presiden Singapura atas nasihat Majlis bagi satu jakamasa yang difikirkan patut oleh Presiden Singapura dan tiap-tiap perlantikan seperti itu akan diumumkan dalam Warta Kerajaan”.



3. Mufti akan menjadi pengerusi jawatankuasa fatwa itu dan Presiden Singapura boleh melantik seorang lain yang disyurkan oleh Majlis untuk menjadi pengerusi dalam masa ketiadaan Mufti”.



4. “Pengerusi dan dua lagi anggota jawatankuasa fatwa itu, seorang daripadanya hendaklah bukan anggota Majlis, akan dikira cukup bilangan untuk mesyuarat Jawatankuasa Fatwa itu”.



5. Tetakluk kepada syarat-syarat dalam undang-undang ini, Jawatankuasa Fatwa boleh mengatur cara perjalanannya sendiri.

6. Anggota-anggota Jawatankuasa Fatwa akan disifatkan sebagai kakitangan awam bagi maksud ‘Penal Code’.





Anggota Jawatankuasa Fatwa terdiri daripada:



• Mufti selaku Pengerusi

• Dua orang anggota Majlis Tertinggi Muis yang mempunyai kelayakan

• Dua orang ulama lain yang bukan anggota Majlis Tertinggi



Pencalonan bagi keanggotaan Jawatankuasa Fatwa dibuat oleh Majlis Tertinggi Muis. Setelah dipersetujui, nama calon-calon itu diserahkan kepada Presiden Singapura untuk dilantik dengan rasminya dan disahkan perlantikan itu menerusi Warta Pemerintah.



Kaorum bagi mesyuarat Jawatankuasa Fatwa terdiri daripada Mufti dan 2 anggotanya - seorang anggota Majlis Tertinggi Muis dan seorang lagi dari kalangan bukan anggota Majlis Tertinggi. Ini untuk memastikan keputusan yang tercapai bebas dari sebarang sangkaan yang mirip kepada sesuatu pihak. Jika tidak, keputusannya dikira sebagai pendapat sahaja dan bukan fatwa.



Sejak tahun 1990, Jawatankuasa Fatwa telah meluaskan keanggotaannya dengan mengundang seramai 8 orang lain sebagai anggota bersekutu untuk sama-sama berbincang serta membahaskan masalah yang dikemukakan kepadanya. Ini juga adalah sebagai inisiatif untuk memberi latihan, pengalaman dan peluang kepada barisan pelapis muda dalam bidang ini dan memperkuatkan lagi keputusan yang dicapai.



Namun, keputusan fatwa hanya akan dibuat oleh anggota penuh Jawatankuasa Fatwa. Hanya keputusan yang disepakati saja yang dikira fatwa. Jika tidak tercapai kata sepakat, ia akan dirujukkan kepada Majlis Tertinggi MUIS yang akan memilih pendapat yang dikira sesuai bagi kepentingan umum. Namun, keputusan dari Majlis ini tidak dikira sebagai fatwa.



Faktor-Faktor Pertimbangan Dalam Penggubalan Fatwa Di Singapura



Di antara faktor-faktor yang diambil kira di dalam proses penggubalan fatwa (ifta) di Singapura ialah :

• Masyarakat Islam sebagai masyarakat minoriti (15% dari keseluruhan penduduk) di tengah-tengah masyarakat berbilang kaum

• Majoriti masyarakat Islam, secara tradisi, bermazhab Syafii

• Keterbatasan Singapura dari segi saiz, sumber asli dan sebagainya

• Kedudukan Singapura sebagai negara sekular

• Kedudukan masyarakat Islam yang tidak memiliki penguasaan ekonomi

• Keadaan masyarakat yang berpelajaran dan berpandangan kritikal

• Dalam usaha menjadikan fatwa lebih bernas, pandangan pakar yang relevan didapatkan berhubung dengan isu-isu teknikal.



Kedudukan Fatwa Dalam Perlembagaan Singapura





Termaktub dalam Seksyen 32 (Permohonan Mendapatkan Fatwa), seperti berikut:



4. “Jika dalam sebuah mahkamah sesuatu soal berkenaan dengan hukum Islam menghendaki penentuan dan mahkamah itu meminta pendapat Majlis mengenai soal itu, maka soal itu hendaklah dirujukkan Jawatankuasa Fatwa dan Jawatankuasa Fatwa akan, bagi pihak dan atas nama Majlis, memberikan pendapatnya berkenaan soal tersebut menurut pendapat sebilangan terbesar daripada anggota-anggotanya dan akan mengakui sah pendapat tersebut kepada mahkamah itu”.



Akta ini menerangkan tentang kedudukan dan fungsi fatwa dalam menentukan undang-undang Islam di Singapura. Sebagai contoh, fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa dipatuhi oleh pihak mahkamah berdasarkan akta tersebut diatas.



Dalam bab warisan harta pula, Seksyen 115 (Pengeluaran Sijil Warisan) ada menyebut seperti berikut:



3. Jika terdapat kesulitan yang besar Mahkamah Syariah boleh merujukkan perkara itu kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis bagi mendapatkan pendapatnya dan jika Jawatankuasa Fatwa memberikan pendapatnya Mahkamah hendaklah mengakui sah pendapat itu”.





Akta ini menegaskan jika mahkamah syariah merujukkan sesuatu perkara berkaitan dengan pembahagian harta warisan. Jika keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa, maka keputusan itu haruslah diambil dan dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah dalam membuat keputusan-keputusannya.





Bidang-Bidang Fatwa



Perkembangan sains dan teknologi dan suasana kehidupan yang dinamik di Singapura telah menimbulkan pelbagai persoalan baru yang memerlukan huraian menerusi fatwa.



Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memainkan peranan sebagai Sekretariat Jawatankuasa Fatwa, menyelenggarakan tugas-tugas operasi di dalam mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebagai Sekretariat, Pejabat Mufti mengumpulkan bahan-bahan rujukan untuk diedarkan kepada Jawatankuasa Fatwa. Begitu juga dengan maklumat mengenai perkembangan semasa yang berkaitan dengan untuk perbincangan Jawatankuasa Fatwa.



Jika terdapat keperluan, Jawatankuasa Fatwa akan mengundang sesiapa yang dikira dapat menyumbang untuk menghadiri dan menyertai perbincangan, khususnya bagi masalah berkaitan dengan perkara-perkara di luar bidang keagamaan seperti sains, perubatan dan seumpamanya.



Beberapa asatizah dan ulama’ yang berpengalaman juga diundang untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Fatwa. Ia bertujuan untuk memperluaskan perbincangan dan sebagai usaha mempersiapkan mereka untuk mengambil alih tugas pada ifta’ di masa depan. Antara bidang-bidang fatwa yang selalu menjadi perbahasan ialah:



• Isu atau masalah yang timbul dalam masyarakat dan belum jelas hukum mengenainya

• Pendapat yang berbeza antara ulama yang memerlukan pemilihan (tarjih)

• Isu-isu telah difatwakan di negara-negara lain yang perlu disesuaikan mengikut keadaan setempat

• Isu-isu yang bersifat global dan berkaitan dengan kepentingan umat Islam







Prosedur Untuk Mengeluarkan Fatwa



Prosedur yang diamalkan dalam pengeluaran fatwa di Singapura ada termaktub dalam Akta Pentadbiran Hukum Islam seksyen 30 (Permohonan Mendapatkan Fatwa) seperti berikut:



(2) Jawatankuasa Fatwa akan mempertimbangkan tiap-tiap permintaan seperti itu dan akan membuat suatu rangka fatwa berkenaan perkara itu., kecuali, pada fikirannya soal yang dikemukakan itu berupa soal remeh atau kerana lain-lain sebab yang munasabah soal itu tidak harus dijawab. Jika rangka fatwa itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa fatwa itu atau oleh anggota-anggotanya yang hadir dan berhak mengundi, Pengerusi, bagi pihak dan atas nama Majlis, akan segera mengeluarkan suatu fatwa seperti yang telah dipersetujui itu. Jika Jawatankuasa Fatwa tidak mendapat kebulatan suara, soal itu hendaklah dirujukkan kepada Majlis dan Majlis akan dengan cara yang yang sama seperti itu mengeluarkan suatu fatwa, iaitu menurut pendapat sebilangan terbesar daripada anggota-anggotanya.



Fatwa yang dikeluarkan oleh Muis pada umumnya mengikut mazhab Syafii. Mazhab Sunni lain boleh diambil kira jika dapat menyelesaikan masalah yang ditempuh oleh masyarakat. Umpamanya, mengikut mazhab Syafii, harta wakaf tidak boleh dijual sekalipun untuk dibangun semula. Akan tetapi, Mazhab Hanafi membolehkannya. Lantaran itu, dalam konteks Singapura, Jawatankuasa Fatwa telah memilih pendapat Mazhab Hanafi dengan digantikan harta wakaf tersebut demi untuk meluaskan kebaikan dan mengekalkan harta wakaf itu.



Secara Ringkas Fatwa Dikeluarkan



• Permohonan fatwa

• Dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Fatwa

• Fatwa dikeluarkan oleh Pengerusi, Jawatankuasa Fatwa (Mufti), apabila sebulat suara Jawatankuasa Fatwa dicapai

• Dikaji dan dibentangkan dalam Jawatankuasa Fatwa

• Lazimnya, mengikut pendapat muktamad dalam mazhab Syafie

• Jawatankuasa Fatwa juga boleh memilih pendapat-pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah jika ia bersesuaian dengan maslahah umum

• Mengikut kaedah Fiqh Al-Aulawiyaat iaitu meletakkan sesuatu pada kedudukan yang sewajarnya, samada dari segi hukum, nilai mahupun perlaksanaannya. Perkara / amalan yang lebih utama hendaklah didahulukan, berdasarkan penilaian syariat dan akal

• Jawatankuasa Fatwa akan merujuk juga kepada pendapat-pendapat sahabat, tabiin, imam-imam mazhab dan fuqaha dengan penelitian terhadap dalil-dalail dan implikasinya.



Sumber-Sumber Rujukan Mengeluarkan Fatwa



Adapun sumber-sumber rujukan utama Jawatankuasa Fatwa Muis mengikut susunan seperti berikut:



1. Al-Quran

2. Al-Sunnah

3. Al-Ijma’

4. Al-Qiyas

Antara sumber-sumber rujukan lain yang diambil kira dalam mengeluarkan fatwa, seperti berikut:



5 Al-Istihsan

6. Al-Masalih Al-Mursalah

7. Al-‘Urf

8. Al-Istishab

9. Saddu Al-Zarai’e

10. As-Syr’u man Qablana

11. Kaedah-Kaedah Fiqh.



Cara Mendapatkan Fatwa



Mengikut seksyen 32, Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) ada menjelaskan bagaimana sesorang itu boleh mendapatkan Fatwa seperti berikut:



(1) “Sesiapa pun boleh, dengan surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Majlis, meminta Majlis menegluarkan suatu fatwa mengenai sebarang perkara dalam hokum Islam. Manakala menerima sesuatu permintaan seperti itu Setiausaha Majlis hendaklah segera mengemukakan permintaan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa fatwa”.





Pertimbangan Dalam Mengeluarkan Fatwa



Proses pengeluaran fatwa yang sesuai dengan kehendak syara’ (maqasid al-syari’ah) di dalam konteks kehidupan masyarakat dan Negara Singapura mengandungi cabaran-cabaran yang tersendiri, sepertimana fatwa mengharuskan penjualan harta wakaf. Diantara factor-faktor yang diambil kira dalam proses ifta’ di Singapura:



• Masyarakat Islam minority ditengah-tengah masyarakat berbilang kaum

• Majoriti masyarakat Islam, secara tradisi bermazhab Syafie

• Keterbatasan Singapura dari segi saiz tanah, sumber asli dan sebagainya

• Kedudukan dan situasi Singapura sebagai Negara secular

• Kedudukan umat Islam yang tidak menguasai ekonomi

• Keadaan masyarakat yang berpelajaran dan berpandangan kritikal.



Walaupun Jawatankuasa Fatwa dalam mengeluarkan fatwa berpandukan kepada mazhab Syfie, namun ada kelonggaran bagi mereka yang bukan bermazhabkan Syafie untuk memdapatkan fatwa mengkut mazhab mana yang mereka anuti. Ini termaktub dalam Amla, Seksyen 33 (Keterangan dan Pertimbangan Yang Diikuti). Seperti berikut:



2. Dalam satu perkara di mana fatwa atau pendapat Majlis atau Jawatankuasa Fatwa diminta berkaitan dengan kepercayaan suatu mazhab yang tertentu, Majlis atau Jawatankuasa Fatwa hendaklah memberi fatwa atau pendapat menurut kepercayaan mazhab itu.



Cara Memohon Fatwa



Untuk mendapatkan fatwa bagi keperluan peribadi, permohonan boleh dibuat melalui surat atau melalui lelaman internet.



• Jika permohonan dibuat melalui surat, hantarkan surat permohonan anda bersama butir-butir peribadi yang lengkap. Seperti, nama, alamat, no talipo, dan no. ke alamat:

Setiausa, Majlis Ugama Islam Singapura

273, Braddell Road, Singapore 579702

• Manakala permohonan melalui lelaman Internet pula, sila kunjungi lelaman Internet Muis di www.muis.gov.sg dan anda harus daftarkan nama sebagai anggota lelaman Khidmat Keagamaan Muis. Hanya permohonan yang lengkap beserta maklumat yang benar akan dapa dipertimbangkan. Anda juga digalakkan merujuk ke Lelaman Internet Muis untuk melihat fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa.



Jangkamasa Yang Diambil Untuk Menjawapan Pertanyaan





Setipa permohonan akan diteliti oleh jawatankuasa teknikal terlebih dahulu sebelum dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa fatwa. Jawatankuasa fatwa akan bersidang sebulan sekali. Jawatankuasa fatwa akan melihat pula isunya samada mudah atau rumit sehingga memerlukan kepada kajian terperinci. Jika ini berlaku, ianya akan mengambil sedikit masa untuk membuat kajian yang melibatkan pakar-pakar dalam bidang tertentu. Setelah selesai, dan jawatankuasa fatwa puashati dengan hasil kajian, barulah fatwa akan dikeluarkan mengikut yang dahulu didahulukan. Jadi, jawapan untuk mendapatkan fatwa itu bergantung kepada sejauhmana kerumitan sesuatu isu itu.



Adakah Dikenakan Bayaran?.



Bayaran tidak dikenakan kepada orang ramai dan institusi awam bagi mendapatkan fatwa. Bayaran pentadbiran hanya akan dikenakan kepada Firma Profesional / komersil yang mengajukan pertanyaan.



Penguatkusaan Fatwa Dalam Undang-Undang Singapura



Fatwa berubah mengikut perubahan zaman, tempat dan keadaan. Antara faktor utama perubahan fatwa ialah maslahah (keperluan umum) kerana syariat Islam terbina di atas maslahah manusia dunia dan akhirat. Itulah yang berlaku dengan fatwa di Singapura. Disini akan saya bawakan dua contoh yang berbeza dimana fatwa yang pertama dipatuhui dan dituruti oalh umat Islam, termasuk badan pemerintah (Kementerian Kesihatan) menerima baik Fatwa Pendermaan Ginjal .



Adapun isu kedua ialah, isu nuzriah dimana fatwa telah menetapkan nuzriah adalah sah disisi undang-undang Islam. Isu ini dipertikaikan dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Singapura. Pada tahun 2004, Mahkamah menjatuhkan, hukuman nuzriah tidak sah. Isu ini melancetuskan implikasi berbeza dikalangan masyarakat Islam Singapura.





Isu Pendermaan Organ



Berikut saya bawakan perundangan yang ada masakini diikuti dengan perkembangan fatwa pendermaan organ dan Hota yang mengalami beberapa pindaann sejak tahun 1973 hingga hari ini.



Terdapat dua akta yang memperundangkan hal-hal yang berkaitan dengan Pendermaan dan Pemindahan Organ. Akta tersebut ialah:



a) Medical (Therapy, Education and Reaserch) act 1972 (MTERA). Akta ini dalam berbentuk system “Opt-in” iaitu dengan cara membuat ikrar bagi pendermaan apa sahaja organ selepas kematian.



b) Human Organ Transplant Act 1987 (HOTA). Akta ini dalam bentuk system “Opt out”, iaitu sesiapa yang tidak bersetuju hendaklah menyatakn dantahannya, jika tidak dibuat, ianya dianggap telah bersetuju (presumed consent). Akta tersebut antara lain merangkumi keadaan berikut:



i) Pemindahan organ hanya boleh diambil bila berlaku kematian akibat kemalangan.

ii) Pemindahan organ hanya dihadkan pada organ buah pinggang sahaja.

iii) Dikuatkusa atas semua warga singapura dan Penduduk Tetap yang berusia diantara 21 dengan 60 tahun, kecuali orang yang beragama Islam.



Saranan Pindaan Kepada Hota 2003



Usulan dari Kementerian Kesihatan bagi pindaan Hota ini antara lain agar lebih benyak oragan dapat disediakan untuk mereka yang memerlukannya. Ada tiga pindaan yang telah diusulkan:



i) Meluaskan HOTA supaya merangkumi kematian bukan akibat memalangan

ii) Meluaskan HOTA supaya merangkumi organ jantung, hati dan kornea.

iii) Memperundangkan peraturan yang ada bagi pemindahan organ dari penderma hidup.







Perkembangan Fatwa MUIS Tahun Berhubung Pendermaan Organ

Tahun 1973



Pada tahun 1973, telah diajukan soalan kepada Jawatankuasa Fatwa mengenai wasiat seorang Muslim yang ingin mewasiatkan buah pinggangnya kepada hospital untuk didermakan kepada pesakit-pesakit ginjal.



Setelah meneliti soalan tersebut, JK Fatwa telah menfatwakan bahwa wasiatnya untuk mendermakan buah pinggangnya kepada pesakit ginjal adalah batil dan tidak sah. Ini disebabkan bahawa beliau tidak memiliki dirinya sendiri termasuk buah pinggangnya. Di samping itu pada masa itu tidak terdapat maklumat mengenai sejauh mana bahaya penyakit ini dan sama ada ia mempunyai penawar lain. Perkembangan kejayaan perubatan dalam aspek ini pula belum mencapai tahap yang meyakinkan.



Fatwa MUIS Tahun 1986



Pada tahun 1986 Pemerintah Singapura memperkenalkan akta pemindahan ginjal yang dikenali sebagai The Human Organ Transplant Act (HOTA). Akta ini hendak dikuatkuasakan ke atas semua rakyat Singapura termasuk Masyarakat Islam. Tujuannya ialah untuk membantu pesakit-pesakit ginjal yang mana tidak ada jalan lain bagi mengubati pesakit-pesakit tersebut kecuali dengan melakukan pemindahan ginjal.



Sehubungan dengan itu, Kementerian kesihatan telah mengemukakan pertanyaan kepada JK Fatwa mengenai pemindahan ginjal daripada orang Islam adakah dibolehkan atau sebaliknya.



JK Fatwa berbincang sesama sendiri dengan merujuk fatwa-fatwa rasmi dari beberapa negara Islam dan pendapat-pendapat Ulama antarabangsa seperti Akademi Fiqh Islami di Al Azhar Kahirah dan OIC di Jeddah, JK Fatwa juga membuat analisa mengikut metodologi Usul Fiqh dan kaedah-kaedahnya dengan melihat isu ini dari beberapa sudut di antaranya: -



• Maqasid (tujuan) Syariah yang memandang berat terhadap kebaikan dan maslahat manusia sejagat.

• Islam lebih mengutamakan kedudukan orang yang hidup daripada yang telah mati.

• Keadaan pesakit, dan bahaya yang mengancamnya,

• kejayaan yang telah dicapai oleh ilmu perubatan dalam pemindahan ginjal pada ketika itu.



Setelah membahaskan persoalan ini dengan penuh teliti berdasarkan prinsip-prinsip Syara‘ di atas dan mengambil kira pekembangan dan pencapaian bidang perubatan dalam hal ini, JK Fatwa akhirnya telah memutuskan bahwa pemindahan organ dalam keadan darurat seperti itu bagi menyelamatkan nyawa adalah dibolehkan, Ini berdasarkan Kaedah Fiqh yang menjelaskan "Darurat membolehkan yang terlarang. " Fatwa ini sekaligus memansuhkan Fatwa mengenainya yang dikeluarkan dalam tahun 1973.



Di samping fatwa tersebut, JK Fatwa telah membuat dua saranan kepada pihak Pemerintah iaitu :-

• Meminta Pemerintah mengecualikan masyarakat Islam daripada akta pemindahan ginjal HOTA.

• Merasa baik jika orang Islam melakukan ikrar dengan cara opt-in dan bukan op-out.

• Saranan ini dibuat semata-mata meraikan maslahah agama iaitu dengan mengekalkan dan mengutamakan hak-hak waris terhadap si mati lebih daripada dirinya sendiri.



Saranan ini dibuat semata-mata meraikan maslahah agama iaitu dengan mengekalkan dan mengutamakan hak-hak waris terhadap si mati lebih daripada dirinya sendiri. Saranan tersebut telah dipersetujui oleh pihak Pemerintah dan Pemerintah telah mengecualikan orang Islam dari Akta HOTA yang berkuatkusa sejak tahun 1987.



Saranan NKF (National Kidney Foundation)



Pihak NKF yang diwakili oleh Encik T.T Durai dan beberapa anggota MKAC pada 9 Apr 1999 telah meminta pandangan MUIS mengenai saranan untuk menyertakan orang-orang Islam ke dalam HOTA, tujuannya ialah supaya semua pesakit ginjal Muslim mendapat bantuan subsidi dan peluang menerima ginjal gantian sepertimana yang dinikmati oleh pesakit-pesakit bukan Islam yang sudah terdaftar sebagai pengikrar melalui HOTA. Ini memandangkan jumlah pesakit Islam yang meningkat dan kebanyakan mereka pula daripada golongan yang tidak berada. Kebanyakan mereka pula tidak berikrar menderma ginjal bukan kerana tidak mahu, tetapi tidak mendapat izin waris. Para pesakit Muslim ini pula sangat penyabar, berdisiplin dan bersemangat untuk sembuh. Ini sangat mengharukan pihak NKF dan mendorong mereka untuk melakukan sesuatu demi membantu mereka.



Terkini mengenai pendermaan organ manusia (HOTA) dimana, fatwa yang dikeluarkan pada tahun 1986 menetapkan dua orang waris lelaki untuk menjadi saksi kepada pengikrar ginjal. Keadaan berubah, keperluan hari ini amat mendesak bagi umat Islam mengikrarkan ginjal mereka jika dibandingkan dengan masa lalu. Untuk mendapatkan persetujuan waris pula menjadi satu kesukaran bagi para pengikrar yang mahu mengikrarkan ginjal mereka.



Akhirnya Jawatankuasa Fatwa bersidang dan berbincang mengikut garispandu yang diperuntukan oleh syara’ dengan merujuk kepada sumber-sumber fatwa yang telah disebutkan diawal tadi. Akhirnya fatwa terkini dapat dihasilkan dengan menetapkan 2 orang lelaki sebagai saksi tanpa mensyaratkan waris.



Kesannya, bilangan pengikrar semakin meningkat dan ramai umat Islam di Singapura hari ini mengikrarkan organnya atas dasar yakin bagi membantu pesakit-pesakit yang menderita tanpa merasa bimbang dan ragu serta yakin dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Muis.



Adapun saranan Kementerian Kesihatan meluaskan HOTA merangkumi pendermaan organ jantung, hati dan kornea. Jawatankuasa fatawa berpendapat, memandangkan organ jantung dan hati adalah bagi tujuan menyelamatkan nyawa, manakala kornea mata pula untuk memulihkan penglihatan. Maka fatwa yang dikeluarkan. Seperti berikut, pemindahan organ jantung dan hati termasuk dalam kategori darurat bagi menyelamatkan nyawa maka hukumnya diharuskan. Manakala kornea mata pula, keharusannya atas dasar menghilangkan kemudharatan.





Isu kedua: Nuzriah



Isu ini telah melancetuskan implikasi berbeza dikalangan masyarakat Islam Singapura, apabilan Keputusan Mahkamah Tinggi Singapura memutuskan pada 2004 bahawa nuzriah, atau pemberian bernilai $463,000 dalam wasiat Allahyarham Hj Ibrahim Abdul Samad, tidak sah kerana ia melanggar batas undang-undang Islam. Nuzriah itu dipertikaikan oleh dua anak Allahyarham, meskipun surat wasiat itu telah disahkan Jawatnkuasa Fatwa dan ditanda-tangani oleh Mufti Syed Isa Semait. Hakim Mohideen Rubin memutuskan wang itu patut digolongkan sebagai sebahagian daripa dua pertiga harta peninggalan Allahyarham yang harus diagihkan kepada warisnya mengikut hukum faraid. Sepertiga lagi harus diberi kepada dua masjid seperti yang dinyatakan Allahyarham dalam surat wasiatnya .



Hakim Mahkamah Tinggi Mohideen Rubin ketika ketika memutuskan kes nuzraih ini berkata:

“Selepas menilai semua pendapatyang diketengahkan, saya berpendapat bahawa selagi harta yang dinyakan sebagai nuzriah itu tidak dilepaskan daripada kawalan, kepunyaan dan milik Allahyarham sehingga selepas kematiannya, nuzriah itu adalah pemberian wasiat yang bertujuan memberi hadiah yang tidak sah kepada orang-orang berkenaan (kebanyakannya waris), dan ia nyata melanggar batasan yang ditetapkan oleh undang-undang Islam. Kata-kata yang digunakan dalam segmen Nuzriah di wasiat itu, yang berkata harta itu telah diberi.. tiga hari atau satu jam sebelum kematian Allahyarham.. tidak menjadikan mitos atau cereka itu sebagai reality dan ia tidak menandakan bahawa bahagian itu telah diberi semasa hayat Allahyarham. Setelah membertinbangkan semua pendapat…rumusan saya ialah nuzriah tidak sah bukan hanya kerana ia tidak sejajar dengan peraturan Islam berkaitan wasiat, tetapi juga kerana ketidakpastian dalam segmen (nuzriah) itu”.



Dalam isu berkaitan juga, beberapa orang peguam meyuarakan keperitahinan mereka, bahawa implikasi keputusan Mahkamah Tinggi ketas isu Nuzriah ini perlu dikaji oleh Muis, samada membuat rayuan atau memperjelaskan kepada masyarakat akan kedudukan Nuzriah, kerana masyarakat sedang menunggu kata putus mengenainya. Menurut Peguam, Encik Sadari Musari: Jika tiada penjelasan dibuat (oleh Jawatankuasa Fatwa), saya akan terus menerima kes nuzriah jika ada klien yang memintanya.



Berikut saya bawakan urutan cerita:



Pemilik harta: Allahyarham Ibrahim Abdul Samad, pesara polis, meninggal dunia pada usia 80 tahun dalam 1997, mempunyai 10 orang anak. Jumlah harta yang dimiliki sekitar 1.3 juta.



Wasiat: Allahyarham membuat wasiat bertarikh 9 Disember 1996. Ia ditandatangani oleh dua saksi, (Allahyarham) Syed Abdillah Aljufri dan En Abdul Rahim Salleh, seorang kakitangan Muis. Mufti Syed Isa Semait juga menandatangani dan mengesahkan wasiat itu sebelum ia dibahaskan dan disahkan oleh jawatankuasa fatwa.



Wasiat yang terkandung: sepertiga harta diberikan kepada dua masjid, sepertiga kepada waris mengikut hukum faraid dan sepertiga diberi sebagai nuzriah, pemberian kepada lapan orang.



Lapan orang itu adalah isteri Allahyarham 35%, dua cucunya masing-masing 5% dan lima anaknya antara 10% dengan 15% masing-masing. Lima anaknya yang lain dikecualikan.



Nuzriah harus dikuatkuasakan tiga hari sebelum Allahyarham jatuh sakit, sekiranya penyakit itu membawa maut, atau satu jam sebelum maut sekiranya beliau meninggal dunia secara mengejut.



Pertikaian: plantif mendakwa pemberian nuzriah sebanyak $463,000 itu tidak adil dan menuntut ia dibahagikan kepada para waris mengikut hukum faraid.



Plantif, En Mohd Ismail Ibrahim anak kesembilan dan Cik Hasnah Ibrahim anak ketiga diwakili peguam Mohd Muzammil mohd. Saksi pakar ialah Dr. Ismail bin Mohd, pensyarah dan timbalan pengarah universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).



Defendan, En Mohammad Taha Ibrahim anak kesepuluh, juga dilantik Allahyarham sebagai penyelaras wasiat. Diwakili peguam Mirza Namazie. Saksi pakar defedan ialah Mufti Syed Isa. Hakim,



Hakim, En Mohideen Rubin. Keputusan Hakim, nuzriah tidak sah kerana ia melanggar batas undang-yndang Islam. Ia patut digolong sebagai dua pertiga bahagian wasiat Allahyarham dan diagihkan kepada warisnya mengikut hukum faraid.



Adapun pendirian Jawatankuasa Fatwa, mengenai isu nuzriah diatas telah disuarakan oleh Mufti, Syed Isa Semait selaku pengerusi Jawatankuasa Fatwa, seperti berikut:



“Nuzriah sah, dan (ia) adalah jenis nazar kecil. Ia telah diamalkan oleh pengikut Syafie selama lebih 500 tahun. Perkataan nuzriah datang daripada perkataan naza, dalam bahasa Arab. Dua perkataan ini boleh digunakan untuk makna yang serupa. Ia juga diamalkan di Singapura dan antara 1984 dengan 2002 sebanyak 50 nuzriah telah didaftarkan. Nazar seperti ini disebut dalam beberapa kitab, seperti Bughyatul Mustarsyideen susunan Mufti Hadramaout, Sayyid Abdul Rahman Ba’alwie, Al-Yaquut un Nafees oleh Mohammad Ibn Ahmad Asy Syatiri dan Tuhfahtul Muhtaj oleh Ibn Hajat Al-Haithami..”.





Kesimpulan



Memalui perbahasan diatas, dapatlah saya simpulkan bahawa, kedudukan fatwa di Singapura dilindungi dibawah Akta yang dipanggil AMLA (Administration of Muslim Law Act). Akta ini telah banyak memelihara kepentingan dan kedaulatan agama Islam di Singapura dengan tertubuhnya Majlis Ugama Islam Singapura, dan perlantikan seorang Mufti serta anggota Jawatankuasa Fatwa, yang dengannya dapat memelihara kepentingan agama daripada dicemari.



Akta ini juga menjadikan Institusi Fatwa di Singapura berwibawa, memandangkan empat orang anggotanya dilantik oleh Presiden Singapura. Sekalipun fatwa tidak di wartakan dalam Warta Kerajaanm, akan tetapi ianya mendapat perhatian Badan-Badan Berkanun di Singapura, jika ianya melibatkan isu yang berkaitan dengan umat Islam Singapura. Biasanya, Kerajaan akan mendapatkan pandangan agama dari Jawatankuasa Fatwa sebelum menggubal sesuatu perundangan baru di Singapura. Sebagai contih, Isu Pemindaham\n Organ, Kementerian Kesihatan menerima cadangan Jawatankuasa Fatwa agar umat Islam Singapura dikecualikan dalam system MTERA.



Ada ketikanya pula, fatwa dicabar di Mahkamah Tinggi sehingga hakim menjatuhkan hukuman, fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa tidak sah sebagaimana yang telah dibincangkan diatas.



Apapun yang berlaku, Fatwa tetap menjadi rujukan bagi kebanyakkan Umat Islam Singapura. Dalam apa keadaan sekalipun mereka tetap menaruh keprcayaan kepada institusi fatwa dan merasa yakin dengannya sebagaimana yang berlaku dalam kes pendermaan organ dan Hota, penyembelihan, makanan halal, nikah cerai dan isu-isu berkaitan dengan kewangan..

Popular posts from this blog

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran

Teknik Rawatan Sihir Kaedah Al-Quran Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Masaalah sihir adalah masalah besar yang wajib dibuat kajian oleh para ‘ulama’. Adalah menjadi tanggungjawab mereka membasmi kegiatan sihir yang berleluasa dikalangan masyarakat kita hari ini. Tukang sihir bekerja siang malam membantu menunaikan niat jahat sesaorang terhadap sesama manusia, semata-mata memperoleh kepentingan peribadi. Akibatnya, ramai manusia merana hasil perbuatan tukang sihir tadi. Oleh yang demikian, hukum menerangkan tentang bahaya sihir terhadap masyarakat adalah wajib keatas para ‘ulama’. Bahkan yang lebih penting lagi memberi bantuan berupa perubatan yang diizinkan oleh Islam keatas mereka yang menderita akibat mangsa sihir supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan tukang sihir apatahlagi mengharapkan bantuan mereka ketika dalam kesusahan. Nota ini telah saya bahagikan kepada empat bahagian berikut: · Bahagian Pertama: Pengenalan Tentang Sihir
HARTA PEWARISAN (PUSAKA)             Harta pusaka ialah peninggalan sesaorang yang telah meninggal dunia, baik berupa harta benda atau hak-hak ataupun aset yang mempunyai nilai kebendaan yang dibenarkan syariat untuk dipusakakan oleh ahli waris. Sabda Nabi s.a.w. :             Terjemahnnya: "Baragsiapa yang meninggalkan sesuatu hak atau harta, maka hak atau harta itu adalah untuk ahli warsnya setelah kematiannya".             Perkara-perkara yang termasuk sebagai harta pusaka si mati adalah: a.        Harta benda yang bersifat tetap seperti bangunan, tanah, ladang dan seumpamanya b.       Harat benda yang bersifat tidak tetap atau boleh bergerak seperti, wang tunai, peralatan, kenderaan, barang-barang kemas, pakaian dan seumpamanya. c.        Hutang-hutang orang kepada si mati. d.       Harta benda yang telah digadai oleh si mati dan boleh ditebus. e.        Harta benda yang telah dibeli oleh si mati semasa hayatnya berupa sesuatu pembelian yang suda