Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

FATWA DAN FUNGSINYA

FATWA DAN FUNGSINYA SEBAGAI KOMUNIKASI HUKUM MASYARAKAT ISLAM SINGAPURA: SATU PENELITIAN Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Pendahuluan Rasulullah s.a.w diutus Allah s.w.t sebagai rahmat sekian alam. Dalam menjalankan tugas sebagai rasul, Rasulullah s.a.w bertanggungjawab menyeru umat manusia dengan memberikan panduan-panduan dan memperjelaskan ketentuan hukum daripa Allah s.w.t. Ketentuan hukum-hukum tersebut disampaikan melalui tiga bentuk: a) Penjelasan hukum melalui al-Quran b) Penjelasan hukum melaui al-Sunnah c) Penjelasan melalui ijtihan Baginda sendiri. Fatwa tidak terhenti dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Malah, poses ini telah diikuti oleh jenerasi yang hidup selepas Nabi s.a.w mulai daripada jenerasi sahabah, tabi’in dan pengikut tabi’in sehinggalah hari ini dalam mengeluarkan sesebuah fatwa. Definisi Fatwa Menurut ibn Mandzur: “perkataan fatwa berasal dari perkataan Arab al-fata, alfutya, alfutwa yang bererti penjelasan tentang

Insurans Dan Keperluannya

Insurans Menurut Pandangan Islam Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 1. Pendahuluan 1.1 Insurans dengan kepelbagaian jenisnya merupakan di antara muamalah baru di dalam bidang ekonomi yang memerlukan perbahasan terkini dari sudut Syari’ah. 1.2 Menurut para ulama’, insurans terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama: at-Tabaduli. Kedua, al-ijtima’ie. Ketiga, al-Tijari. 1.3 Jenis pertama dan kedua, para ulama’ sepakat ianya bertepatan dengan asas Syari’ah Islamiah. Manakala jenis yang ketiga - termasuk di dalamnya insurans nyawa – banyak perselisihan pendapat mengenainya. Khilaf ulama’ wujud pada hokum jenis yang ketiga. 1.4 Insurans dengan jenis-jenisnya yang berbeza menjadi satu keperluan social yang mendesak masakini kerana tuntutan keperluan hidup. Masyarakat tidak boleh lari daripadanya. 1.5 Kertas ini bertujuan menglaji semula isyu insurans, secara khusus insurans at-Tijari yang merangkumi isu insurans nyawa, dilihat dari konteks dan kacamata ke

MENGAPA PERLU PADA FATWA?

MENGAPA PERLU PADA FATWA Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 1. Takrif Fatwa 1.1 Menurut ibn Mandzur: “perkataan fatwa berasal dari perkataan Arab yang bererti penjelasan tentang hukum syara’ terhadap perkara yang menjadi keraguan”. 1.2 Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, fatwa dari segi istilah pula bermaksud: “memberikan penjelasan hukum syarak bagi sesuatu masalah sebagai jawapan bagi sesiapa yang bertanya, baik secara bersendirian atau berjemaah”. 2. Kepentingan Fatwa 2.1 Kepentingan fatwa dalam kehidupan masyarakat Islam walau di bumi mana sekalipun mereka berada tidak dapat di nafikan atas tiga sebab berikut: i) Pertama, agama Islam memerintahkan umatnya bertanya kepada orang yang lebih ‘arif dan alim jika mereka tidak mengetahui sesuatu perkara. Fiman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl: 43 bermaksud: “Maka bertanyalah kamu kepada ahl al-zikr (berpengetahuan agama) jika kamu tidak mengetahui” ii) Kedua, terdapat banyak a

SEMARAK ILMU SEMANGAT PADU

SEMARAK ILMU SEMANGAT PADU Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 Semarak ilmu semangat padu, merupakan empat patah perkataan tetapi mengandungi seribu satu macam erti dan tafsiran. “Semarak Ilmu Semangat Padu” menggambarkan kepada kita betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan manusia. Tanpa ilmu, manusia akan hidup seperti hidupnya haiwan-haiwan lain yang melata di muka bumi, tumpuan mereka hanyalah makan, minum, beranak-pinak. Oleh kerana pentingnya ilmu pengetahuan, ayat yang pertama di turunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam surah al-’alaq di mulakan dengan perkataan (iqra’) bermaksud: “bacalah”. Kerana dengan, membaca (menuntut ilmu), mengkaji dan menulis manusia boleh menimba maklumat-maklumat baru yang boleh di terokai dan menjadi pengalaman-pengalaman baru yang boleh dipelajari oleh jenerasi yang datang selepas kita. Kepentingan ilmu pengetahuan dapat kita lihat dari beberapa sudut. Antaranya, dari sudut indiv

KEHEBATAN BERZIKIR

SEKADAR PANDUAN MAJLIS ZIKIR DI TEMPAT UMUM Oleh Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 15.04.2010 _______________________________________________________ 1. Pendahuluan: 1.1 Amalan zikir dan doa adalah ciri kehidupan seorang Mukmin, kerana amalan tersebut membantu membersihkan rohani menjadi manusia yang baik. 1.2 Amalan ini seharusnya tidak terikat dengan masa dan cara tertentu yang mesti diikuti, tetapi sebaik-baiknya perlu mengikut panduan yang diiktiraf oleh para ulama. 1.3 Masyarakat Islam Singapura gemar dengan Majlis-Majlis seperti ini untuk menenangkan jiwa setelah seminggu suntuk sebuk dengan tugas. Masalah yang timbul sekarang, unsur-unsur ta’assub dengan guru dan cara masing-masing mula menebal, menyebabkan umat Islam boleh berpecah-belah disebabkan amalan. 1.4 Oleh yang demikian, satu kajian semula terhadap amalan-amalan zikir di Singapura harus dilakukan untuk mendapat maklumbalas dari pihak-pihak tertentu akan kebaikkan dan keburukkan untuk jangkamasa

PANDUAN ZAKAT

PANDUAN ZAKAT Pendahuluan: Islam sebagai agama untuk manusia sejagat telah menetapkan satu system keadilan dan perseimbangan dalam pembahagian harta dan kekayaan tanpa menindas antara satu sama lain dan membiarkan golongan miskin dan orang yang memerlukan pertolongan hidup dalam kesusahan. Dengan ini Islam telah menentukan satu system dinamakan Zakat. Pengertian Zakat; Dari segi bahasa zakat bererti “bersih”, “suci”, “subur”, “berkat” dan “berkemabang”. Pengertian “bersih” dan “suci” dan “suci” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Firman Allah: (#qßJŠÏ%r&ur no4qn=¢Á9$# (#qè?#uäur no4qx.¨“9$# (#qãèx.ö‘$#ur yìtB tûüÏèÏ.¨§9$# ÇÍÌÈ Maksudnya: “Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan ruku’lah kamu bersama-sama dengan orang yang ruku’” Zakat dari segi s