Pesanku Buat Anak.. Oleh UDSM, 12 September 2017 Jangan tinggalkan solat, dan solatlah pada waktunya, jika mampu berjemaah kerana solat menjaga kita ketika ayah ibu tiada di depan mata. Banyakkan doa, kerana doa membuka hati dan minda untuk lulus dalam apa jua ujian, ujian peperiksaan atau ujian kehidupan. Banyakkan zikir, kerana zikir menenagkan hati, menjernihkan akal dan menajamkan fikiran, menepatkan sasaran untuk capai matlamat dan tujuan. Banyakkan sedekah jika mampu, kerana sedekah membuka pintu rezki dan membantu di waktu dalam kesempitan dan kesusahan. Bercakaplah yang baik-baik, kerana setiap percakapan yang baik itu adalah sedekah dan memperoleh 10 pahala serta dicatat dalam timbangan kebaikan oleh Malaikat. Jauhi bercakap perkara sia-sia, berdiamlah jika tiada yang hendak di perkata. Kerana, seorang mukmin itu cakapnya adalah nasihat, diamnya adalah zikir dan tidurnya adalah ibadah. Dahulukan orang lain sebelum dirimu, kerana itulah sifat para sahab
NILAI SEORANG ASATIZAH Ustaz Dr. Suhaimi bin Mustar 10 September 2017 Ada sesetengah orang meletakkan tanggungjawab mendidik masyarakat 100% ke atas golongan asatizah. Mereka mengatakan asatizah kurang berperanan mendidik, kalau di media sosial pos pasal perkara-perkara yang berkaitan keluarga, makanan, jalan-jalan dan lain-lain. Ni nak bagi tahu, asatizah dah banyak mencorak kehidupan beragama di Singapura sejak sebelum Singapura mencapai kemerdekaan lagi hingga hari ini. Siapa yang bagi fatwa di MUIS?. Siapa tok Kadi? Siapa Hakim Syariah?. Siapa pegawai di Badan-Badan Islam?. Siapa mengajar Madrasah sepenuhmasa dan di institusi Swasta?. Siapa pegawai agama, mengajar, kuliah, syarahan, imam di masjid, institusi yang menghidupkan shariah di Singapura?. Tak boleh dibayangkan MUIS tanpa Mufti dan masjid, ROMM, Mahkamah Syariah tanpa asatizah. Asatizah faham jangkauan masyarakat terhadap mereka. Tapi adakah masyarakat tahu, berapa token asatizah